Seorang wanita warga emas didakwa memenggal kepala suaminya semasa perbalahan mengenai sarapan, lapor media asing. Margaret Wanjiru, 65, didakwa membunuh Ndung'u Mugachia yang berusia 99 tahun, kira-kira pukul 7.30 pagi Ahad, di kampung Kagumo-ini, selatan Kenya.
Menurut polis, insiden berlaku selepas suspek bertengkar dengan menantu perempuannya, yang menyediakan sarapan untuk suaminya. Pegawai polis di bandar Kandara, Catherine Ringera berkata: "Suami tampil membela menantu perempuan dan ketika itulah perbalahan tercetus." Memetik akhbar Kenya, Daily Nation, suspek kemudian bergegas mencari sebilah parang sebelum memotong telinga kanan suaminya dan mengelar leher mangsa.
Menantu perempuan suspek, Betty Mumbi berkata: “Dia bangun dan mulai menghina suami dan melibatkan saya kerana saya menyediakan sarapan untuk suaminya. "Suaminya berusaha menenangkannya, tetapi sia-sia. Dia mengambil parang dan mengelar leher suaminya. "Saya cuba menyelamatkannya, tetapi saya juga diserang," katanya. Pasangan itu berkahwin selama 52 tahun dan mempunyai enam anak. Suspek mendakwa tidak mahu suaminya diberikan wang atau makanan, dan pasangan itu sering bertengkar mengenai isu tanah dan dakwaan hubungan sulit. -CARI Sumber: Daily Star
|
Suspek mendakwa tidak mahu suaminya diberikan wang atau makanan, dan pasangan itu sering bertengkar mengenai isu tanah dan dakwaan hubungan sulit
Meiizu replied at 7-9-2021 04:08 PM
Cemburu leeertuu
NBM replied at 7-9-2021 04:36 PM
jauh betul beza umur dgn laki dia. 99-65 = 34 tahun jauhnya. Ni mesti kes kena kawin paksa mmg benci ...
sukacactus replied at 7-9-2021 04:26 PM
Ngeri aihhh!!
Apa brutal sgt ni nek oiii
ADVERTISEMENT