|
Hampir tiga tahun menyimpan angan-angan, akhirnya impian pelakon Riena Diana untuk memiliki kereta pertama tercapai. Riena atau Nur Qamarina Diana Zulreal, 24, meluahkan rasa syukur kerana usaha dan kerja kerasnya selama ini membuahkan hasil apabila dia berjaya memiliki sebuah kereta jenama Mazda CX5, baru-baru ini.
"Saya memang dah lama nak beli kereta sejak awal bergelar pelakon kira-kira lima tahun lalu... tapi masa itu saya cuba buat loan macam-macam kereta termasuklah Myvi tapi tak lepas. "Alhamdulillah tahun ini saya dah mampu beli kereta sendiri, selepas bertanya dengan sahabat saya, Uyaina Arshad dia cadangkan kereta sama dengannya, jadi itu sebab saya ambil kereta jenama ini!
"Sebelum ini ada juga tengok-tengok beberapa jenama kereta lain, tapi setelah difikir-fikirkan kereta ini paling sesuai untuk kegunaan harian," katanya kepada mStar. Menerusi Instagram, penyampai radio Hot FM ini berkongsi kegembiraannya memiliki kereta pertama semasa ulang tahun kelahiran ke-24 yang disambut pada 3 September lalu.
|



drive jer la kereta buruk aku ni..
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
9-2-2026 09:11 PM GMT+8 , Processed in 0.057334 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.