CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Saman Ditolak, Maydan Trading Diarah Bayar RM10,000 Kepada Fazura

7-9-2021 10:41 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 24005| Komen: 142

Mahkamah Rayuan pada Selasa mengesahkan keputusan Mahkamah Tinggi menolak saman oleh pemilik Maydan Trading terhadap selebriti Fazura atau nama sebenar Nur Fazura Shariffudin dan Universal Music Sdn Bhd atas dakwaan melanggar kontrak.


Panel tiga hakim terdiri daripada Datuk Hanipah Farikullah, Datuk Azizah Nawawi dan Datuk See Mee Chun menolak rayuan Narhamdan Abd Malek dan mengarahkan beliau membayar kos RM10,000 kepada Nur Fazura.


Kredit foto: IG Fazura

Ketika dihubungi, peguam Fakhrul Azman Abu Hassan, mewakili Nur Fazura, mengesahkan keputusan mahkamah tersebut dan berkata, mahkamah memutuskan bahawa tiada pelanggaran kontrak oleh anak guamnya dan Universal Music.


Narhamdan merayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi pada 18 Jun tahun lalu yang menolak samannya terhadap pelakon dan penyanyi itu serta Universal Music yang mengurus Nur Fazura.





Narhamdan, yang memiliki dan menjual produk kesihatan iaitu ‘candy’ yang boleh dikunyah dikenali sebagai 'Q Tab' untuk kesihatan rambut, kulit dan kuku memfailkan saman pada 16 Disember 2017 dengan menamakan Nur Fazura, 38, dan Universal Music Sdn Bhd sebagai defendan pertama dan kedua.

Mengikut terma perjanjian, Nur Fazura sepatutnya memasarkan produk tersebut dalam tempoh enam bulan melalui media sosial, khususnya Instagram milik pelakon itu.

Dalam saman tersebut, Narhamdan mendakwa, selebriti itu melanggar kontrak pada penghujung September 2017 apabila Nur Fazura melancar dan memasarkan produk kesihatan dan kecantikan berasingan iaitu 'TRUDOLLY 'TruBeauty' ketika kontraknya masih berkuat kuasa.

Beliau mendakwa pelancaran produk itu mewujudkan persaingan untuk produk ‘Q Tab’ manakala pemasaran produk itu telah diabaikan, menyebabkan beliau mengalami kerugian dari segi jualan.


Kredit foto: IG Fazura

Oleh itu, Narhamdan, antara lain, menuntut pembayaran balik RM156,000 daripada Nur Fazura dan Universal Music, ganti rugi RM141,755.61 kerana pelanggaran kontrak, faedah dan kos.

Fazura dalam penyataan pembelaan difailkan pada 29 Januari 2018 mendakwa beliau tidak pernah memasuki apa-apa perjanjian dengan perayu.

Peguam Jefri Jaafar mewakili Narhamdan manakala Universal Music oleh Wilson Lim.


Sumber: Bernama

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Piramida 7-9-2021 10:49 PM
Byk juga kakak faz menang kes kes ya.
Quote biozipstar 7-9-2021 10:49 PM
tahniah mekjura
Quote dudaberhias 7-9-2021 10:51 PM
Saman yang tah apa2. Dah tahu ambil selebriti mesti la dorang akan endorse pelbagai brand, sama jugak la dengan retis internationl. Kontrak dia ada tulis tak boleh promot produk lain ke? bukan ke orang ambik seleb ni untuk guna face dan promot dekat social media je ke?
Quote dudaberhias 7-9-2021 10:53 PM
Btw ni berita tahun 2020, nauzubillah min zalik tak sangka korang baru update...
Quote KIM.K 7-9-2021 10:54 PM
Tahniah kakafaz. Murah rezeki sheol
Quote nakkomenjugak 7-9-2021 10:56 PM
hebat peguam sheol pakai.
Quote sharlenetexas 7-9-2021 10:56 PM
Sori ot. Nely senrosa bayar tak saman sheols dulu? Ke mintak diskaun?
Quote sopianpian 7-9-2021 10:57 PM
aik? bkn benda ni dah setel ke tahun lepas? kan faz dh menang masa masuk court time pregnant tu.
Quote sopianpian 7-9-2021 10:58 PM
dudaberhias replied at 7-9-2021 10:53 PM
Btw ni berita tahun 2020, nauzubillah min zalik tak sangka korang baru update...

tu la rasanya mcm dah setel isu ni tahun lepas tapi kenapa paper baru kluar dan kt igs faz pn ada.
Quote Budakmomok 7-9-2021 11:01 PM
Ini kes di Mahkamah Rayuan ye. Adui penat tuan tanah paste artikel.
Quote Milkypower123 7-9-2021 11:02 PM
sopianpian replied at 7-9-2021 10:58 PM
tu la rasanya mcm dah setel isu ni tahun lepas tapi kenapa paper baru kluar dan kt igs faz pn ada.

Sebelum ni kes diorang hanya di mahkamah tinggi.Mydan fight kes ni sampai mahkamah rayuan .
Quote harkktuih 7-9-2021 11:02 PM
sopianpian replied at 7-9-2021 10:58 PM
tu la rasanya mcm dah setel isu ni tahun lepas tapi kenapa paper baru kluar dan kt igs faz pn ada.

Last time Mahkamah tinggi yg bg ruling.. Then plaintiff bwk ke Mahkamah rayuan.. So ni ruling mahkamah rayuan pulak kan..
Quote sopianpian 7-9-2021 11:07 PM
harkktuih replied at 7-9-2021 11:02 PM
Last time Mahkamah tinggi yg bg ruling.. Then plaintiff bwk ke Mahkamah rayuan.. So ni ruling mahk ...

ooo mcm tu..hee sorry la tak faham sgt psl mahkamah saman menyaman ni. ok..patut la. kiranya faz xpergi court ke td?
Quote Whitney72 7-9-2021 11:31 PM
Murah rezeki Fazura..so far, semua kes mahkamah dia menang. Jahlop pulak menunggu giliran
Quote Whitney72 7-9-2021 11:32 PM
sopianpian replied at 7-9-2021 11:07 PM
ooo mcm tu..hee sorry la tak faham sgt psl mahkamah saman menyaman ni. ok..patut la. kiranya faz x ...

X perlu pergi..itu hanya melibatkan urusan peguam shj kerana ianya kes rayuan dan bukan perbicaraan
Quote LadyCarefree 7-9-2021 11:50 PM
Bodohlah Maydan tak buat kontrak bertulis yg legally binding. Takat agree mulut je how to prove. Padan muka dahlah jual produk merepek je kan kunyah2 rambut cantik ke haper.
Quote imanda 8-9-2021 12:49 AM
faz kata takde kontrak tp maydan saman sb langgar kontrak, dah kata xde kontrak brani dia saman sb kontrak eh?
mcm ada satu kes bibik indon dituduh curik brg2 bos dia kat spore, pdhal brg2 yg dah rosak bos dia ltk dlm bagasi n pos ke kg bibik tu, dia tuduh curi brg2. bodo ke apa nk curik brg2 dah rosak? mmg kalah la jwbnya. apooooo
Quote Whitney72 8-9-2021 01:11 AM
imanda replied at 8-9-2021 12:49 AM
faz kata takde kontrak tp maydan saman sb langgar kontrak, dah kata xde kontrak brani dia saman sb k ...

Kan..dh tau kontrak x wujud..ngada ngada nak saman..kna gali lagi ilmu tu Maydan oiiii...
Quote supermum 8-9-2021 01:11 AM
Banyak duit Maydan tu fight situ sini walaupun tau kes tak kuat

Lihat semua komen(142)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 09:05 AM GMT+8 , Processed in 0.049661 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top