"Mungkin orang terbiasa dengan imej saya sebelum ni yang agak boyish, jadi mereka terkejut tengok apabila saya kenakan pakaian yang agak seksi."
Janna Nick menegaskan pendiriannya tidak akan memadam gambar seksi yang didakwa menampakkan bahagian dada, baru-baru ini. Kata pemilik nama Nurul Jannah Munir, 26, netizen yang terkejut kerana tidak biasa melihat penampilannya sebegitu. Terdahulu, Janna dikecam teruk selepas memuat naik gambar di Instagram menunjukkan pakaiannya terselak hingga menampakkan bahagian dada.
"Kalau orang kata seksi saya terima, memang itu seksi la. Kalau ada yang kata itu biasa pun saya terima. "Apabila kita sendiri memilih untuk upload gambar yang mengundang kecaman saya kena terima la, saya tahu memang akan ada kecaman. "Saya bukan jenis kalau upload akan delete balik jika kena kecam. Tapi apabila ada artis lain yang pakai tube dan seluar pendek tak ada pun orang datang bash," katanya kepada mStar. Ekoran itu, Janna meminta orang ramai mendoakannya berubah menjadi insan lebih baik. "Macam Zizi Kirana dulu imej seksi sekarang Alhamdulillah dah bertudung. "Kita tidak tahu pengakhiran hidup seseorang," ujarnya. Kalau ikut kata Janna, dia takkan padam gambar tu. Kalau begitu, jika dah bertudung nanti, gambar-gambar seksi di laman sosialnya akan dipadam atau tidak agaknya? - CARI
|
krustykrab replied at 8-9-2021 12:16 AM
Kalau etek dia, mcm pelik la pulak..takkn melayut mcm gitu
sarah_ary2 replied at 8-9-2021 12:58 AM
Nampak mcm x pakai bra tue yg org kecam. Belahan tue sampai bawah situ kalau dia pakai bra mesti nam ...
nakkomenjugak replied at 7-9-2021 11:03 PM
baju apa yang sheol pakai sebenarnya
macam baju kurung
tapi belahan nya macam panjang sangat
ADVERTISEMENT