CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Remaja Terjun Tingkat 30, Sempat Bagitahu Kawan Nak Bunuh Diri

8-9-2021 08:18 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 20070| Komen: 122

Cyberjaya: Polis mengesahkan wanita yang ditemui mati dipercayai terjun dari tingkat 30, sebuah kondominium di sini, malam tadi, mempunyai keinginan untuk membunuh diri.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, sebelum kejadian, mangsa, remaja berbangsa Cina berusia 20-an naik ke aras bumbung bersama-sama seorang rakannya kira-kira pukul 7 malam.


Gambar Hiasan

“Mangsa yang berasal Kota Setar, Kedah, memaklumkan keinginannya untuk membunuh diri kepada rakannya yang sudah lebih setahun tidak dijumpai ketika mereka meluangkan masa bersama di aras roof top itu.

“Pada pukul 8 malam, rakannya meninggalkan mangsa bersendirian di lokasi terbabit kerana mangsa tidak mahu kawannya itu melihat dia terjun. Mangsa bagaimanapun meminta rakannya tengok dari bawah,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.


Wan Kamarul Azran berkata, rakannya kemudian menuruni lif ke tingkat lima dan melalui jambatan untuk pergi Tower I sebelum memaklumkan rakannya yang lain.

“Mereka kemudian melihat mangsa terjun dari aras roof top ke jalan raya kira-kira pukul 8.45 malam,” katanya.

Tambah Wan Kamarul Azran, akibat kejadian itu, mangsa patah tulang pinggul sebelah kiri, tulang belakang serta mengalami kecederaan di bahagian perut.

“Tidak terdapat kesan lain yang mempunyai unsur jenayah semasa siasatan dijalankan oleh pasukan forensik,” katanya.

Beliau berkata, mangsa meninggalkan pod vape, kunci kereta, telefon bimbit dan bekas air.

“Dokumen mangsa seperti kad pengenalan, lesen dan kad bank sempat diserahkan kepada rakannya ,” katanya.

Menurutnya, siasatan di lokasi kejadian turut mendapati terdapat televisyen litar tutup (CCTV) di kawasan terbabit, namun dimaklumkan oleh pihak keselamatan bangunan bahawa ia tidak berfungsi sejak dua minggu lepas.

“Mayat mangsa dihantar ke Hospital Serdang bagi bedah siasat dan perlu menjalani proses ujian saringan Covid-19,” katanya. -CARI

Sumber: Utusan Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak
1

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote insulin 8-9-2021 12:14 AM
Takziah kepada keluarga mangsa. Muda sangat orangnya.
Quote che-cikL 8-9-2021 12:19 AM
Apa lurus sgt kawannya tu pun. Suruh turun, dia turun pulak. Siap nak tgk dari tingkat 5 lagi. Napa lah korang tak pujuk dgn kawan2 lain?
Quote akuchenta 8-9-2021 12:20 AM
Ada 2 kes bunuh diri hari ini. Takziah kpd keluarga mangsa.

Peliknya kawan tak pujuk ke mangsa? Kenapa tinggalkan dia sendirian di tingkat atas kalau tahu nk bunuh diri
Quote perembes 8-9-2021 12:20 AM
knpa la kwn mndiang x cuba bg semngat..kot2  mndiang ubh pikiran... ni ajk pula kwn lain tgk mndiang terjun...
Quote edayildiz 8-9-2021 12:21 AM
kwn dia nape xpujuk..sygnya sbb dia mcm jmpa kwn tu mcm nk mengadu..lama jgk kwn dia turun kul 8..8.45 baru dia terjun..kalau kita kwn mengadu gitu dh seram sejuk
Quote ninja9 8-9-2021 12:22 AM
che-cikL replied at 8-9-2021 12:19 AM
Apa lurus sgt kawannya tu pun. Suruh turun, dia turun pulak. Siap nak tgk dari tingkat 5 lagi. Napa  ...

Jangan-jangan kedua-dua ini sejiwa tak... yang seorang lagi tunggu masa jer

Quote sarah82 8-9-2021 12:26 AM
“Pada pukul 8 malam, rakannya meninggalkan mangsa bersendirian di lokasi terbabit kerana mangsa tidak mahu kawannya itu melihat dia terjun. Mangsa bagaimanapun meminta rakannya melihat dari bawah,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Wan Kamarul Azran berkata, rakannya kemudian menuruni lif ke tingkat lima sebelum memaklumkan kepada kawan yang lain dan mereka kemudian melihat mangsa terjun dari aras ‘rooftop’ ke jalan raya kira-kira pukul 8.45 malam.

Ermmmmmm.. Dia ada masa 45 minit utk report polis dan bomba. Tapi dia pi bagitai kawan2 dia..
Quote nakkomenjugak 8-9-2021 12:42 AM
“Pada pukul 8 malam, rakannya meninggalkan mangsa bersendirian di lokasi terbabit kerana mangsa tidak mahu kawannya itu melihat dia terjun. Mangsa bagaimanapun meminta rakannya melihat dari bawah,”

Oh hell nah.. Trauma wehhh
Takziah diucapkan
Mungkin kawan dah puas pujuk tapi tu laa si mangsa da nekad
Quote tupai 8-9-2021 12:55 AM
Apa punye kwn la camtu, patut pujuk la kwn tu jgn bunuh diri.... ni die bole pi turun tgk...org nk bunuh diri ni die need org lain to pujuk her sbb die dlm condition x leh pikir waras dh....masa ni la kwn amat diperlukan itk bg die sedar yg bunuh diri its not an option pun
Quote matchstick 8-9-2021 12:58 AM
Tak buleh harap punye kawan..takde rasa nk call 999 ke bgtahu member tu nk bunuh diri. Mana tahu kot abg bomba dtg pujuk tak jadi dia terjun tiruk
Quote R2D2 8-9-2021 01:01 AM
dlm masa 45 min tu kawan ada masa cukup utk call bomba
dlm kawasan Cyberjaya tu memang ada balai bomba
Quote Cenderakirana9 8-9-2021 01:03 AM
Takziah....
Quote matchstick 8-9-2021 01:06 AM
Aku skrg jadi takut nk jalan kaki kt bwh rumah apartment Aku ni..mesti jenguk2 dulu ke atas kot ada yg tengah terjun tiruk senyap2 di hempap nye kita..tapi Aku perati rumah Aku ni kalu Ada yg terjun dari tingkat 5 ke atas dia akan jatuh kt tgkt 5 tu je sbb design tgkt 5 tu luas ada semua facilities kt situ. Unless org yg nk bunuh diri tu ada skill terjun buat somersault pusing2 dulu pastu lompat jauh sikit baru boleh jatuh ke ground floor kot. Tp aku tetap paranoid nk jalan kt bwh tu
Quote ctaz 8-9-2021 01:10 AM
muda2 dah jagi gini,,,,
tak der keje...atau baru kena buang keje...
zaman la ni...zaman kena byk bersabar...
Quote None68 8-9-2021 05:29 AM
Lurus bendul pulak kawannya tu
Quote noor2 8-9-2021 06:00 AM
Apa masalah adik ni....tiada family ke utk luahkan perasaan
Quote noor2 8-9-2021 06:01 AM
20an bukan remaja lagi....wartawan ni pun....
Quote rainbowrainz 8-9-2021 07:56 AM
Takziah..makin ramai yg bunuh diri..
Quote sukacactus 8-9-2021 08:11 AM
Edited by sukacactus at 8-9-2021 08:12 AM

This is so disturbing
Dr si mati, kwn baik ke kwn2 lain
Semua fucked up

Lihat semua komen(122)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 09:05 AM GMT+8 , Processed in 0.040237 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top