Jakarta: Dua pelajar masing-masing berusia 15 dan 14 tahun bertindak mencuri kotak amal di Majsid Ikhlas Arrahman, Nagari Batang Barus dekat Solok, Ahad lalu.
CNN Indonesia melaporkan, aksi kedua-dua mereka dirakam kamera litar tertutup (CCTV). Mereka hanya menggunakan seluar dalam, topeng dan penutup kepala. Aksi mereka itu tular dalam media sosial kerana dianggap ‘dua ekor toyol’ yang sering meresahkan hidup penduduk setempat. Bagaimanapun perkara itu dinafikan pihak polis Solok. Ketua Siasatan Jenayah Solok, Rifki Yudha Ersanda berkata, maklumat yang beredar itu merupakan kekeliruan tanpa ada fakta.
“Itu (berita toyol) hanya persepsi media tanpa fakta sebenar,” katanya. Rifki berkata, alasan kedua pencuri tersebut tidak menggunakan pakaian kerana dulu rakan pelaku dikenali melalui pakaian yang ia kenakan, sehingga mereka belajar daripada pengalaman, dan menanggalkan pakaian. “Makanya dari pengalaman itu, mereka menanggalkan pakaian supaya mengaburkan identiti,” katanya. Kejadian dilaporkan salah seorang penduduk yang terkejut melihat kotak infak sudah hilang di tempatnya selepas solat subuh. Kotak itu ditemukan di tandas dalam keadaan sudah pecah dan kerugian dianggarkan sebanyak 400,000 rupiah. Jelas Rifki, kedua-dua suspek sudah ditahan semalam di lokasi berbeza. -CARI Sumber: Utusan
|
AKAZ85 replied at 8-9-2021 08:49 AM
Kakyung teringat kenangan masa sekolah dulu.. Ade 1 group budak lelaki ni memang tahap nakal laa.. 1 ...
ADVERTISEMENT