|
Tiada niat mahu menyindir mana-mana pihak, pelakon, Fendy Bakry, 34, menegur segelintir rakan artis mahupun sesiapa sahaja yang memasang hajat untuk mendalami agama agar berguru dengan agamawan atau ustaz yang betul.
Menurut Fendy, secara peribadi, dia gembira apabila melihat ramai kalangan sahabat dan teman artis kini berubah ke jalan yang lebih baik dan niat itu seharusnya diraikan dengan kata pujian dengan penuh rasa kesyukuran. “Ia tentunya satu perubahan yang baik dan kita tidak pernah menafikan sebarang usaha ke arah kebaikan. Cuma, bagi saya, kalau nak buat penghijrahan, ia perlu dilakukan secara total dan bukannya sekadar keluar tiga hari. “Kita kena cuba perbaiki diri secara keseluruhannya, dari segi agama, rohani, kelakuan dan sikap. Memang orang akan kata alahai, manusia semua buat silap tapi bila kita pilih jalan itu, kita juga sebenarnya menjadi contoh kepada orang lain,”katanya.
|

dudaberhias: sindirrrr penumbuk sambal ayam penyet yang viralll sambal dia sedap merah ke tu...
Normabaru replied at 8-9-2021 10:59 AM
Hahahahaa sambal dia sedap ke masalah nye..euwwww



trexxxxxi replied at 8-9-2021 10:06 AM
credit to Kaka @Felycya
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
10-2-2026 10:08 AM GMT+8 , Processed in 0.866657 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.