Jakarta: Pengambilan tanah tidak selalunya disusuli dengan kisah pahit dan kadang-kadang ada kisah menarik yang muncul, seperti orang yang tiba-tiba menjadi jutawan.
Penduduk yang terpaksa berpindah bagi memberi laluan kepada sesuatu projek pembangunan menjadi kaya kerana mereka mendapat pampasan untuk pengambilan tanah yang mempunyai nilai tinggi. Detik melaporkan, itulah yang berlaku di Tuban, Jawa Timur apabila penduduknya menjadi jutawan kerana mendapat pampasan untuk projek kilang. Menariknya, kekayaan yang dimiliki sebagai ‘jutawan segera’ itu membuatkan mereka berbondong-bondong membeli kereta baharu dan tular di media sosial.
Selain Tuban, berikut empat perkampungan yang penduduknya mendadak menjadi jutawan segera. 1. Yogyakarta Penduduk desa di Tirtonadi, Mlati, Sleman menjadi jutawan selepas mendapat pampasan atas ta-nah yang dijual untuk projek lebuh raya Yogyakarta-Bawen. Salah seorang yang mendapat pampasan berbilion rupiah adalah Sumianto, 50. Tanahnya diganti pampasan sebanyak 2.4 bilion rupiah dan membelanjakan wang tersebut dengan membeli tanah lain serta tiga kereta. 2. Sulawesi Selatan Perkampungan di Kale Komara dekat Takalar mendapat pampasan untuk projek empangan. Daripada hasil pampasan itu, penduduk membeli kereta dan trak selain ada yang membuat pelaburan. 3. Jawa Barat Penduduk di Kuningan, Jawa Barat turut menjadi ‘buah mulut’ orang ramai selepas tanah milik mereka dibeli kerajaan untuk projek Empangan Kuningan. Pembangunan projek empangan itu melibatkan 362 keluarga. Menurut Ketua Kampung, Kawungsari Kusto, nilai pampasan itu diberikan secara berbeza-beza mengikut keluasan tanah dan ba-ngunan yang dimiliki. “Paling rendah pun ada yang menerima 150 juta rupiah sehingga kepada 1.6 bilion rupiah,” katanya. 4. Jawa Timur Warga desa Tuban tular di laman media sosial apabila ‘memborong’ beratus-ratus kenderaan baharu. Mereka mendadak menjadi orang kaya selepas menerima pampasan untuk projek kilang yang merupakan kerjasama antara Pertamina dan perusahaan dari Rusia, Rosneft. “Sampai sekarang sudah ada 176 kereta baharu yang datang. Terakhir kelmarin ada 17 kereta baharu,” kata Ketua Kampung Sumurgeneng, Gihanto. -CARI Sumber: Utusan Online
|
tokchik replied at 8-9-2021 10:01 AM
Nanti jadilah MCM pnduduk gelang patah yg terbabit dgn pmbinaan pelabuhan tanjung pelepas...Papa ked ...
ilacantik: Masa zaman meols kat kolej kat JB dulu2, lecturer meols banyak cerita pasal jutawan segera kat gelang patah ni, sangking tak tau nak buat apa dgn duit ...
imransulaiman replied at 8-9-2021 12:13 PM
Nak tanya... Sangking... Anggek... Bahasa apa dan apa maksudnya tu? Kue rong jowo ko?
ffbeauties replied at 8-9-2021 12:52 PM
Ambik kaww beli 3 terus kereta
Kepentingan education dapat kat yang tak berapa nak cerdik setakat t ...
ilacantik replied at 8-9-2021 10:22 AM
Masa zaman meols kat kolej kat JB dulu2, lecturer meols banyak cerita pasal jutawan segera kat gel ...
imransulaiman replied at 8-9-2021 12:13 PM
Nak tanya... Sangking... Anggek... Bahasa apa dan apa maksudnya tu? Kue rong jowo ko?
ADVERTISEMENT