Semangat dan kesungguhan dua beradik menjual lukisan yang dibuat sendiri antara kisah yang trending. Alya Aqeela, 7 dan adiknya Alya Adeela, 3 meminta kepada ayah mereka untuk menjual enam keping lukisan. Jadi, ayahnya telah membuka gerai di hadapan rumah mereka walaupun yakin tiada siapa yang akan membelinya. Menariknya, kesemua lukisan tersebut yang dijual dengan harga RM1 sekeping laku. Kisah tersebut dimuat naik oleh ayahnya sehingga mendapat perhatian netizen.
Menurut ayahnya, Fadhil Zainuddin, permintaan anaknya tidak susah menyebabkan dia menunaikannya. Namun, tidak disangka pula apabila lukisan seperti bendera Malaysia, bentuk hati, kuda dan abstrak itu dibeli oleh mereka yang lalu lalang. Ianya membuatkan mereka berdua ingin berniaga lagi. Apatah lagi dengan komen pembeli yang berasa bertuah menjadi pelanggan pertama ini. Gambar kuda berbentuk seekor kucing, comel kata mereka. |
kakigojes: Jangan ghairah sangat. Ntah2 orang beli rm1 sebab kesian kat anak sorang2… to me, faham kita nak ajar anak yang terbaik.. but ada had nya, lagi2 time ...
ADVERTISEMENT