Iskandar Puteri: Pemandu Perodua Viva yang memandu secara melawan arus di Bulatan Medini, di sini, kelmarin, mendakwa dia keliru dengan laluan berkenaan.
Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Dzulkhairi Mukhtar berkata, alasan itu diberi pemandu berusia 34 yang juga warganegara ketika memberi keterangan di Balai Polis Trafik di sini, petang semalam. Katanya, polis memperoleh nombor telefon pemilik kereta itu dan meminta dia hadir ke Balai Polis Trafik untuk memberi keterangan. "Siasatan awal mendapati pemandu yang memandu kereta pada hari kejadian adalah sepupu kepada pemilik kenderaan itu. Polis meminta pemandu pada hari kejadian untuk hadir ke Balai Polis Trafik dan memberi keterangan.
"Dia mengaku memandu kereta secara melawan arus di Bulatan Medini pada 6 September lalu yang boleh mendatangkan bahaya kepada dirinya serta pengguna jalan raya lain. "Dia ditahan dan kereta disita. Ujian air kencing mendapati dia negatif dadah," katanya dalam kenyataan hari ini. Dzulkhairi berkata, satu saman dikeluarkan kepada pemilik kenderaan atas kesalahan membenarkan memandu tanpa lesen. Kes disiasat mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 iaitu memandu secara melulu dan merbahaya. -CARI Sumber: Harian Metro
|
sambaldurian replied at 8-9-2021 03:42 PM
kejap ak dok fhm kan. kereta tu bkn owner asal yg bwk salah arah. tp sepupu owner kereta. sepupu ow ...
edayildiz replied at 8-9-2021 03:57 PM
ckp psl belajar keta ni..teringat i dullu sblm kobid..i takde pun family i nk ajar..semua org surr ...
edayildiz replied at 8-9-2021 03:57 PM
ckp psl belajar keta ni..teringat i dullu sblm kobid..i takde pun family i nk ajar..semua org surr ...
Jitu replied at 8-9-2021 11:17 PM
pastu skrg dah pandai ke ?
klu tak pandai sy blh ajar .....gurau je
edayildiz replied at 8-9-2021 11:23 PM
boleh jer drive p kerja balik kerja jah..tp ni wfh dh berkarat balik skill memandu
Jitu replied at 8-9-2021 11:40 PM
tips dia klu nak cekap memandu kena selalu drive pastu banyak layan koner InshaAllah lama2 nnt cek ...
edayildiz replied at 8-9-2021 11:54 PM
parking mmg failed teruk..dulu pun sampai kt tmpt kerja call kolig tlg parking..kdg2 jd jer..tp ...
Fortiori02 replied at 8-9-2021 05:44 PM
Kalo tak biasa ngn sesuatu area tu, ada kemungkinan boleh wat silap gitu terutama ko jenis gabra tim ...
edayildiz replied at 8-9-2021 03:57 PM
ckp psl belajar keta ni..teringat i dullu sblm kobid..i takde pun family i nk ajar..semua org surr ...
ADVERTISEMENT