CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Fiza Halim Tak Niat Nak Tayang, Tak Izin Anak Gadis Jadi Artis

9-9-2021 09:10 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 6309| Komen: 29

Perkongsian foto pelakon Fiza Halim memperkenalkan dua anak gadisnya iaitu Feera Aryanna dan Feeya Adyrra di Instagram menarik perhatian netizen yang rata-rata memuji kecantikan mereka.


Tidak menyangka foto tersebut tular, pemilik nama Siti Zaidatul Fiza Abd. Halim berkata, dia hanya berkongsi rasa rindu kerana sudah lima bulan tidak bertemu dengan anak-anak.

Fiza juga memberitahu dia tidak berniat untuk menunjuk-nunjuk seperti mana mesej beberapa netizen yang tidak senang dengan perkongsian itu.


Foto: IG

"Saya dah lama tak jumpa anak-anak sebab mereka tinggal bersama bekas suami pertama. Saya memang kalau boleh nak elak jumpa sebab mereka pun tak vaksin lagi.


"Tapi semalam (Selasa) kami jumpa selepas lima bulan sebab anak nak potong rambut. Bila dah lama tak jumpa, saya post la di Instagram.

"Tapi tiada niat pun nak 'show off' anak. Sekadar berkongsi saja... tapi tak sangka la boleh dapat perhatian ramai. Sampaikan ada netizen DM minta saya jangan kongsi.

"Katanya lebih baik saya jangan kongsi, takut nanti ada yang kurang senang atau dengki pula. Tapi niat saya hanya ingin kongsi perkembangan saja," katanya kepada mStar.



Sebelum ini, foto dua orang anak perempuan kepada pelakon berusia 40 tahun itu di Instagram menerima pujian daripada netizen.

Ramai yang terpukau dengan kecantikan dan menawarkan diri menjadi menantu aktres itu.

Dalam pada itu, bekas ahli kumpulan Elite ini meluahkan rasa syukur kerana bekas suami pertamanya iaitu Ahmed Farriq Zainul Abidil yang bertanggungjawab dan pandai menjaga anak-anak mereka.



"Kalau sebelum ini, memang selalu jumpa juga tapi sejak pandemik ini, memang kurangkan jumpa. Alhamdulillah, saya sangat bersyukur ada bekas suami yang baik.

"Saya hargai bekas suami yang seorang bapa bertanggungjawab dan pandai mengurus serta menjaga anak-anak kami. Susah nak dapat lelaki macam dia," katanya.

Sementara itu, Fiza memberitahu dia dan bekas suaminya tidak membenarkan dua orang anak mereka itu menceburi bidang seni buat masa ini.



"Buat masa sekarang, saya dan bekas suami memang tak bagi mereka ceburi bidang seni atau peragaan. Kami tak izinkan mereka ke arah dunia seni.

"Mungkin bukan waktu sekarang sebab kami nak mereka lebih fokus kepada pelajaran. Habiskan belajar dahulu... mungkin nanti habis kolej atau universiti, baru fikir.

"Apabila mereka dah besar dan pandai bawa diri, barulah boleh buat pilihan. Memang sekarang, tidak benarkan masuk industri seni pun," ujarnya.

Fiza mendirikan rumah tangga dengan Ahmed Farriq Zainul Abidin, namun bercerai pada 4 November 2010 dan mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Ferra Aryana, 13, dan Feeya Adyrra, 12.



Fiza seterusnya berkahwin dengan penyanyi kelahiran program Akademi Fantasia, Adam, pada September 2013 namun perkahwinan kedua juga tidak dapat diselamatkan.

Kemudian, Fiza berkahwin dengan juruterbang berstatus duda dua anak, iaitu Aizat Al Jefri pada Disember 2016 dan dikurniakan seorang cahaya mata bernama Siti Aleena atau Baby Aleena yang kini berusia tiga tahun.

Mereka juga akhirnya bercerai pada 22 Julai 2019. -CARI

Sumber: mStar Online


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote CARI-MRO 9-9-2021 09:44 AM
"Tapi tiada niat pun nak 'show off' anak. Sekadar berkongsi saja... tapi tak sangka la boleh dapat perhatian ramai. Sampaikan ada netizen DM minta saya jangan kongsi.
Quote shida81 9-9-2021 10:05 AM
tp anak2 dia memang cantik .....
elok kejadiannya
Quote Normabaru 9-9-2021 10:07 AM
Dia nk attention Pujian etc

maklumlaaa jenis lapa soho
Quote cruz2 9-9-2021 10:11 AM
Bior lerr..anak2 dia kan??netizen ni mcm2 sungguh.tayang salah,tak tayang salah.kan dia dh lama tk jumpa anak2 tu.at least nmpk anak2 dia happy dpt jumpa mak kandung dia.bab dia pose kangkang dgn gosip dgn laki org bole ler nak kecam
Quote CapitalE 9-9-2021 10:12 AM
Musim retis nak tayang anak2 yang helok kejadiannya. Retis yang anak muka tak berapa nak siap, pegi main jauh2 gitew.
Quote sue_liah 9-9-2021 10:13 AM
bangga ke baka sheols cecantik..tp jgn ikut perangai mak nya sudah la
Quote ezacbee 9-9-2021 10:13 AM
Oklah ada persaingan yg sihat.

Asyik tunjuk anak acik yebi je, nak gak tgk anak org lain.

Quote MoonRise 9-9-2021 10:17 AM
Bukan nak back up, tapi biasa la post gambar anak2  kat ig atau mana2 media sosial. Apa yg peliknya.
Yang tak senonoh tu maknya yg selfie gambar duckface
Quote likilu 9-9-2021 10:22 AM
Actually ramai jugak ibu sanggup pisah dgn anak.. ada je jumpa
Quote mixed 9-9-2021 10:47 AM
lawa2 anak2 dia{:spot
Quote innocent_me 9-9-2021 10:51 AM
eh eh netz ni, dah anak dia salah ke dia upload buh dalam IG.
Sebab anak2 dia helok so dia diconsider as show off?
Kalau huduh atau muka so so mesti netz biorkan saja kan..
Quote nanasno 9-9-2021 11:48 AM
comey teruk anak anak dia. yang kecik tu comey nya. yang dah besaq tu lawa2.
Quote cahaya_almas 9-9-2021 11:54 AM
Comel2 anak dia..mcm dia pun ada..kembar ke anak mrk yg dlm kete tu .lebih kurang je muka n nama..
Quote ariellin 9-9-2021 12:30 PM
Lawa anak2 dia
Quote TeropongThaico 9-9-2021 02:28 PM
Untung anak lawa2 belaka.... Suka teman mengoknye
Quote makcun14 9-9-2021 02:48 PM
Tak dinafikan memang cantik gegurls  sheols. Semoga pak and mak tiri dorang pandai didik elok elok agar perangai secantik wajah and tak ikut perangai mak kandung. Done doa yang baik baik
Quote Lengkong 9-9-2021 03:25 PM
Lawanya anak2 fiza
Quote mesmerize 9-9-2021 03:31 PM
yang sulung tu baru 13 tahun? kelihatannya seperti 16 tahun.. tapi lawa gile.. macam paki tapi tak berapa paki macam LMK.. nampak mix melayu dia.. so cantik.
Quote dudaberhias 9-9-2021 03:47 PM
ok anak2nya comel... tapi kesiannya mak dia kesenduan tak popular jadi terpaksa jaja anak pula di social media... nampak desperatenya tu....

Lihat semua komen(29)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-12-2024 12:18 AM GMT+8 , Processed in 0.176475 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top