CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Selongkar Tong Sampah Cari Retainer Gigi, Nasib Baik Tak Geli Nak Pakai Balik!

9-9-2021 01:31 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 4070| Komen: 18

"Terpaksa selongkar tong sampah food court," itulah kapsyen yang tertera pada video seorang gadis yang kehilangan barang yang dianggap penting dan berharga untuk dirinya.

Video yang dikongsi gadis berkenaan menunjukkan dia sedang menyelongkar tong sampah kerana tidak sengaja terbuang retainer gigi miliknya sendiri.

Berkongsi cerita dengan mStar, Nur Durrani Waheda Wahed, 18, berkata, kejadian berlaku sewaktu dia keluar makan bersama ibunya, Shakilawati Maideen, 47, dan kakaknya, Nur Maisarah Waheda Wahed, 22, di sebuah pusat beli-belah di Nilai, Negeri Sembilan.


Kredit foto: mStar

Jelasnya lagi, dia baru sahaja sembilan hari menggunakan retainer itu setelah hampir dua tahun memakai pendakap gigi.


"Saya tertinggal retainer box dalam kereta, jadi waktu itu cuma guna tisu untuk balut. Lepas dah cuci, saya letaklah dalam plastik makanan. Tapi masa makan di food court tu kakak gunakan plastik yang ada retainer tu untuk letak sampah.

"Saya terlupa yang retainer ada dalam plastik tu dan kakak pula buang selepas selesai makan. Saya teringat pasal retainer tu pun selepas ternampak retainer box dalam kereta sewaktu dah nak gerak balik.

"Masa tu memang terkejut dan takutlah kena bebel dengan mak, kos nak buat tu saja dah RM200. Maklumlah, saya baru je pakai retainer dan ini merupakan kali pertama keluar pakai benda tu," katanya.

Lebih mesra disapa Durra, dia yang ditemani kakaknya kemudian gigih menyelongkar tong sampah sekitar kawasan medan selera yang mereka sekeluarga makan untuk mendapatkan semula retainer tersebut.



Mengakui malu kerana dipandang orang ramai ketika itu, Durra bagaimanapun lega apabila dia akhirnya bertemu dengan apa yang dicarinya di dalam tong sampah yang ketiga.

"Saya korek semula tong sampah di situ dengan harapan dapat jumpa semula. Ada juga rasa macam sudah tiada harapan sebab terlampau banyak sampah, nasib baik dalam tong sampah ketiga dah jumpa retainer yang dibalut kemas dengan tisu.

"Ambil masa lebih kurang 10 minit jugalah nak mencari, memang saya rasa malu kerana orang sekeliling semua pandang je. Ada seorang tu siap kata, awak cantik, kenapa selongkar tong sampah?

"Kakak saya yang rekod video itu sebab dia tahu adik dia ni memang seorang yang cuai. Sebelum ni cermin mata saya dah tiga kali patah sebab letak merata tempat," katanya yang merupakan pelajar jurusan Sains Komputer di Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan di Kuala Pilah.



Menurut anak ketiga daripada empat beradik itu, dia bernasib baik kerana retainer tersebut masih dalam keadaan terbalut rapi dan tidak terkena sisa makanan lain di dalam tong sampah.

Durra turut berpesan kepada pemakai retainer untuk menggunakan kotak yang diberikan sebaik mungkin bagi mengelakkannya daripada tercicir.

"Kira bernasib baik jugalah waktu dah jumpa tu, retainer saya memang tak terkena makanan lain langsung pun. Saya membilasnya dengan air di sinki, bila dah sampai rumah barulah cuci guna berus dan sabun.

"Disebabkan tak kotor terkena kotoran sampah, jadi saya tak rasa geli sangat. Cuma bila teringat malu tu, rasa macam nak baling je retainer tu.

"Pesanan saya untuk mereka yang pakai retainer ni, janganlah balut dalam tisu sebab nanti risau terlupa dan terbuang dalam tong sampah macam kes saya ni. Tolonglah manfaatkan kegunaan retainer box yang diberikan itu sebaik mungkin," katanya.


Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kurex 9-9-2021 01:49 PM
Menguappppppp
Quote upper_case 9-9-2021 02:42 PM
Aku dulu masa nak bukak braces mmg doc tu dah bg pesanan benda2 mcm ni... Mmg biasa jd.. simpan dlm tisu, then letak dlm poket.. lps tu terbuang tisu tu.. atau terduduk atas tisu. Nak buat semula mcm mahal jugak la..
Quote RatuDunia94 9-9-2021 02:53 PM
Berapa banyak germs yg sheols kumpul dalam pada duk menyelongkar tong sampah tu..
Quote heythere123 9-9-2021 07:41 PM
logik la jugak dia sanggup ambik sebab kos + masa nak buat retainer tu memang tinggi & lama la jugak (bukan instantly boleh siap). Tapi, dari segi hygiene tu la tak sure
Quote nakkomenjugak 9-9-2021 09:08 PM
haihhhh
apa lagi kena buang ni?
retainer sudah
emas sudah
dild0 sudah
baby pun sudah
Quote mawardia 9-9-2021 09:41 PM
Biarlah aku buang RM200 lagi dari pakai retainer yg dah penah landing dlm tong sampah yach.
Quote Mini.Me 9-9-2021 11:16 PM
Eeuuwwww.....
Quote soursop_juice99 10-9-2021 06:27 AM
Kawan me pakai braces. And dia pernah terbuang retainer sebab balut pakai tisu and lepas beberapa jam baru teringat. Nangis dia sbb tak jumpa. And kebetulan nak buat retainer kena pegi jumpa orthodontist dkt tempat dia buat which is dkt sarawak, and time tu dia di KL sambung blajar. Nak dkt sebulan jugak la dia baru dpt buat sbb nak tunggu cuti sem. And dlm tempoh tu gigi dia dah gerak balik.

So.. bagi aku apa sister ni buat, boleh faham la sbb cost nak buat retainer baru, lepas tu takut gigi gerak balik sementara nak tunggu retainer siap. Lagipun skrg kan ada pembersih retainer tu brand polident. Rendam je la{:nose
Quote wanokakaka 10-9-2021 09:02 AM
heythere123 replied at 9-9-2021 07:41 PM
logik la jugak dia sanggup ambik sebab kos + masa nak buat retainer tu memang tinggi & lama la jugak ...

Tp husband I retainer dia patah dlm setegah hari jgk blh siap.. tp x nafi kan la kos mahal jgk la 250 utk atas jea nasib yg patah belah atas je kalau x melayang2 la duitnyaa..
Quote heythere123 10-9-2021 11:22 AM
wanokakaka replied at 10-9-2021 09:02 AM
Tp husband I retainer dia patah dlm setegah hari jgk blh siap.. tp x nafi kan la kos mahal jgk la  ...

nasib baik yg u punya kejap. My friend memang lama kalau nak tunggu retainer baru siap. Yang pasti memang mahal kan kos retainer
Quote samperit 10-9-2021 06:11 PM
kesian manusia zmn skrng. suma bnd nk share dgn public. ape point rekod vid smbil selongkar tong pun xtau. seeloknya kau ddk dlm tong tu terus. hahahaha

bo to the doh
Quote Cece1234 10-9-2021 06:37 PM
Mcm xlogik je cite ni..i pakai retainer time tido je..siang2 xpakai..geli dan leceh gile kot nak makan ke apa kalo pakai siang2..walaupun dah cabut braces 6 tahun lepas still smpai skrg pakai retainer time tido..ada la jugak kdg2 lupa..
Quote Cece1234 10-9-2021 06:39 PM
wanokakaka replied at 10-9-2021 09:02 AM
Tp husband I retainer dia patah dlm setegah hari jgk blh siap.. tp x nafi kan la kos mahal jgk la  ...


Cop nak tanya..ur husband wat retainer baru tu dia kena wat mold baru ke atau bole ikut je bentuk retainer lama tu..i tak ske la buat mold tu..rasa nak termuntah..retainer pun dah lama sgt ingat nak wat baru..
Quote Cece1234 10-9-2021 06:41 PM
mawardia replied at 9-9-2021 09:41 PM
Biarlah aku buang RM200 lagi dari pakai retainer yg dah penah landing dlm tong sampah yach.

Kalo tong sampah rumah sndiri mungkin la i korek..tp kalo tong sampah awam mmg i babaikan aje..
Quote mawardia 10-9-2021 07:26 PM
Cece1234 replied at 10-9-2021 06:41 PM
Kalo tong sampah rumah sndiri mungkin la i korek..tp kalo tong sampah awam mmg i babaikan aje..

Di zaman2 pandemik ni pegi korek tong sampah. Dgn sisa makan org, dgn tisu org. Kan bahaya tu. Tambah pulak kot ada org gi kencing lap kelampang dgn tisu pastu buang dlm tong sampah tu. Lol. Saje I tambah perasa spekuan I ols.
Quote pearl.silver 10-9-2021 08:11 PM
Retainer tu mmg dok pakai selalu time jln2 kt mall ke
Quote shernazz 10-9-2021 08:59 PM
Mmg semua kena masuk.tiktok ke?
Quote wanokakaka 10-9-2021 09:03 PM
Cece1234 replied at 10-9-2021 06:39 PM
Cop nak tanya..ur husband wat retainer baru tu dia kena wat mold baru ke atau bole ikut je bentu ...

Dia ckp artu kena buat mold baru..

Lihat semua komen(18)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-12-2024 10:05 AM GMT+8 , Processed in 0.294072 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top