Seorang lelaki bukan saja membiarkan anak kecilnya membahayakan nyawa dengan bermain di jalan raya, malah dia memukul kanak-kanak itu apabila ditegur seorang lelaki yang merakamkan kejadian.
Menerusi video yang dikongsikan di akaun Twitter Problematic, difahamkan, kanak-kanak itu berulang kali melintas jalan raya bersendirian. Perakam video itu memberi amaran kepada lelaki terbabit supaya menjaga anaknya dengan elok, namun dia tiba-tiba menumbuk wajah kanak-kanak perempuan berkenaan hingga terjatuh. Tindakan lelaki itu menimbulkan kemarahan si perakam yang mengugut mahu melaporkan kejadian dipercayai berlaku di Kuala Lumpur itu kepada polis.
Namun, agak memilukan apabila kanak-kanak itu menghalangnya dan nekad melindungi bapanya yang dipercayai sedang mabuk. "Jangan jangan jangan panggil polis, ini saya punya bapak." Dalam beberapa video lain menunjukkan mangsa rapat dan mesra dengan perakam kejadian berkenaan. Malah, lelaki itu menyuarakan hasratnya ingin menjadi ibu bapa kepada mangsa. Kanak-kanak itu juga mendakwa bapanya tidak sayang kepadanya dan mendedahkan dia sering dimarahi. Sayangnya anak pada bapa dia. Walau dimarahi dan dipukul, beria dia lindungi bapanya daripada dipukul dan dilaporkan kepada polis. - CARI
|
edayildiz: tp abg chinese tu bm failed teruk yach..mata depan..depan mata kot..btw lelaki chinese mmg ramai yg baik.yg perempuan jer i kureng..selalu tlg i dikal ...
edayildiz replied at 9-9-2021 06:32 PM
tp abg chinese tu bm failed teruk yach..mata depan..depan mata kot..btw lelaki chinese mmg ramai yg ...
matbad replied at 9-9-2021 06:59 PM
effort dia hentam mamat tu aku sokong. hihi
amira_adlina replied at 9-9-2021 07:01 PM
Sama iols pun pengalaman gini
Laki chinese penah tolong iols bukak kan pintu bila kita bwk ank dg ...
reddots replied at 9-9-2021 06:31 PM
Mcm bagus ja mamat yg ambil video tu..marah kat bapak budak tu sebab pukul the girl.. yg dia pukul b ...
felinecat replied at 9-9-2021 07:22 PM
India lah.. Mak melayu, bapak Myanmar ye budak ni. Muka rohingya. Kesian budak ni jgn kene abuse men ...
ADVERTISEMENT