CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Artis Pendek Akal Diminta Henti Provokasi, "Jangan Sebab Keangkuhan Korang..."

10-9-2021 08:25 AM| Diterbitkan: Lilrose| Dilihat: 3947| Komen: 9|Original author: Oleh: LilRose

Bukan saja pelakon senior Fauziah Nawi, malah segelintir penggiat seni termasuk pengarah, Shahrulezad Mohameddin dan Michael Ang turut kecewa dengan pelakon yang masih 'liat' untuk divaksin tetapi masih berdegil mahu masuk set penggambaran.



Kredit foto: IG

Justeru, Shahrulezad menasihati golongan degil itu supaya tidak mencetuskan sebarang kekecohan atau provokasi di set pengambaran yang hanya akan memberikan persepsi buruk terhadap penggiat seni.

"Jangan bangga sangat memukul canang pada kalangan artis atau kru betapa megahnya dapat menyelit dalam produksi dengan sengaja mencetuskan provokasi yang kononnya tanpa vaksin pun kau bisa meloloskan diri join us. 


"Untuk apa tujuan provokasi tu? Nak tunjukkkan pada netizen yang Finas, stesen TV dan produser taklah setegas mana? Hangat-hangat tahi ayam dalam melaksanakan SOP?" tulisnya.


Kredit foto: IG

Dia juga mendakwa 'serabut' apabila dihimpit soalan panas daripada pelbagai pihak terutama media.

"Tak logik la kalau abang nak bagi komen murni murni je. Opkos la aku tumpang melahar sama sbb geram," ujarnya.

Shahrulezad juga mengingatkan rakan produser, pengarah, stesen TV supaya berhati-hati bila berurusan dengan golongan artis pendek akal.

Dalam masa sama, dia mengakui faham segelintir antivaksin mencetuskan provokasi kerana marah tak dapat keistimewaan yang dinikmati mereka yang melengkapkan dos vaksin.

Michael Ang juga memberi peringatan kepada artis yang enggan divaksin supaya tidak buat hal dan patuh peraturan ditetapkan kerajaan.


Kredit foto: IG

"Tolonglah jangan sebab keangkuhan kau orang, satu industri kena tutup balik. Tak payah tanya I siapakah dia orang sebab I pun tak tahu siapa pelakon dan producer tu," katanya.




Dahlah degil, dicanang pula macam-macam di media sosial. - CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dudaberhias 10-9-2021 08:40 AM
Pengarah ponen Kiri sekali tu iras betul dengan lana nordin. Pergi klinik sama la kot, booking masa shopee 9.9 sales siap cashback lagi. Hidung nan huduh dua2. Sorang antivaks, sorang bukan.
Quote Kurex 10-9-2021 09:19 AM
Dah macam apa muka dakjad ni...
Quote RatuDunia94 10-9-2021 12:35 PM
dudaberhias: Pengarah ponen Kiri sekali tu iras betul dengan lana nordin. Pergi klinik sama la kot, booking masa shopee 9.9 sales siap cashback lagi. Hidung nan hu ...



Quote abadi84 10-9-2021 12:47 PM
Hahahahha berani tqk acitrude lahar acik Fauziah Nawi???
Quote dudaberhias 10-9-2021 12:52 PM
RatuDunia94 replied at 10-9-2021 12:35 PM

Dah macam kembar seiras. Dua2 hidung macam proboscis monkey. Mesti pergi klinik paling murah dan klinik sama siap tebus voucher dekat shopee. Lepastu 2 tahun sebelum operate kena shake2 coins kumpul banyak2 untuk kurangkan lagi harga kos pembedahan.
Quote prettyuglybabe 10-9-2021 01:59 PM
golongan tak nak vaksin ni tak reti diam-diam ke..
perlu ke dah tau salah, lagi nak war-war kan kau berjaya buat salah..
guna otak sikit boleh dak?
Quote xAthenax 10-9-2021 02:04 PM
dudaberhias replied at 10-9-2021 12:52 PM
Dah macam kembar seiras. Dua2 hidung macam proboscis monkey. Mesti pergi klinik paling murah dan k ...

proboscis monkey tu reti diam dud oooooiyang betina ni hah
elok letak gelaran pinnochio lagi sesuai sebab tak reti nak diam




Quote nakkomenjugak 10-9-2021 09:25 PM
fonenejad gigi putih nyaaaa
Quote manehnya 10-9-2021 09:40 PM
Sapa la retis tuuu kna

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-12-2024 01:49 PM GMT+8 , Processed in 0.314232 second(s), 39 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top