Perkongsian seorang peguam mengenai kisah seorang lelaki yang menangis semasa melafazkan cerai talak satu tular di media sosial hari ini.
Menurut perkongsian seorang Peguam Syarie dan Perunding Keluarga dalam satu hantaran di laman Twitternya berkata, anak guamnya itu tidak dapat menahan air mata kerana terpaksa melepaskan isterinya selepas wanita itu kembali ke pangkuan bekas teman lelakinya. “Menangis anak guam masa lafaz cerai talak satu. Nak buat macam mana, kalau dah isteri berpatah balik pada bekas teman lelaki, aku nak nasihat pun dah tak boleh.
“Suami reda dan faham, tapi alhamdulillah pihak-pihak selesaikan pertikaian dengan baik tanpa pergaduhan,” katanya. Sementara itu, Muhammad Fadhil turut menasihatkan agar pasangan suami isteri banyakkan berdoa supaya tuhan menetapkan hati daripada sebarang ujian khususnya yang melibatkan hati dan perasaan. “Tak ada siapa merancang suatu perceraian bila mula mendirikan rumah tangga, banyakkanlah berdoa agar Tuhan tetapkan hati daripada sebarang ujian khususnya melibatkan hati dan perasaan “Yang paling penting, selesaikanlah dengan cara yg paling berhikmah terutama sekali bila melibatkan anak-anak,” ujarnya. Hantaran itu turut dikongsi lebih 2,000 kali dengan terdapat pengguna media sosial yang berkongsi pengalaman turut pernah mendengar kisah sama terjadi kepada ahli keluarga atau kenalan. Sumber: K! ONLINE
|
AKAZ85 replied at 10-9-2021 09:12 AM
Kalau kakyung jadi jantan tu pergi laa mampus bini tu ko nak menyundal ngan ex ko.. Cerai je pastu c ...
nuryakmal: Selalu sgt la lawyer syarie ni buat perkongsian sendu macam ni. Haish. Elok korang buat perkongsian pasal proses nafkah ke proses wasiat ke. From a - ...
JunkMail replied at 10-9-2021 08:45 AM
Peguam yang sama kembali dengan cerita Hasanah ke? Tapi okay cerita kali ni agak logikal.
trexxxxxi replied at 10-9-2021 09:57 AM
Pancing emosi lettew
Aku tak caya ler cite hasanah cenggini
ADVERTISEMENT