Brazil: Seorang model menyesal selepas melabur sebanyak 13,000 pound sterling (RM74,000) semata-mata menjalani pembedahan suntikan ‘filler’ di wajahnya.
Lapor Daily Star, tujuan wanita itu melakukan sedemikian supaya kelihatan cantik apabila memuat naik gambarnya dalam media sosial tanpa menggunakan sebarang filter. Carol Tozaki yang pernah memegang takhta Miss Sao Paulo Intercontinental akhirnya terpaksa berehat seketika daripada aktif di media sosial selepas menyedari wajahnya kelihatan buruk. “Saya mahu jujur dan tidak mahu menggunakan sebarang filter. Kita perlu berbangga dengan kecantikan sebenar.
“Penggunaan filter semasa menangkap gambar hanyalah toksik semata-mata,” katanya sebelum melakukan pembedahan tersebut. Kenyataan itu mengundang kutukan pengguna media sosial yang tidak bersetuju dengan perkara tersebut. Disebabkan hasrat yang diinginkan tidak tercapai, dia berjumpa doktor semula untuk mengembalikan wajahnya seperti asal. Model kelahiran Brazil ini bukanlah satu-satunya selebriti yang memutuskan melakukan pembedahan untuk mengembalikan wajahnya seperti asal. Sebelum ini, bintang realiti, Molly Mae Hague melakukan pembedahan semula kerana dia pernah menjalani pembedahan kosmetik semasa zaman muda. -CARI Sumber: Utusan Online
|
edayildiz replied at 10-9-2021 10:30 AM
selalunya yg mmg dah cantik asli yg rajin ubah2 ni..tgk bibir acik zila b..pelik nau terjuih..dah se ...
edayildiz: selalunya yg mmg dah cantik asli yg rajin ubah2 ni..tgk bibir acik zila b..pelik nau terjuih..dah serupa hantu ..dulu kan noniswara kan masa cerai tu. ...
Acikgomen replied at 10-9-2021 10:56 AM
Khennnnz zilabakarin tu kalo tak cucuk, cantik apa
mclaren replied at 10-9-2021 10:56 AM
Mcm Cat woman tu. Jocelyn Wilderstein ke apa nama lupa dah. Punya lah cantik tengok gambar muda ...
edayildiz replied at 10-9-2021 11:24 AM
jocelyn tu mcm kak pink sikit kan muka dia
dorg ubah byk kali kot..i rasa lalau sekali ...
Guccibamboo replied at 10-9-2021 10:53 AM
Tula kan....zaman skrg ni...ade yg cantik sbb filter ...ade yg cantik sbb filler.
Syukur I dah cant ...
ADVERTISEMENT