CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ramai Pelik Macam Mana Pasangan 'Kopi Susu' Ini Boleh Jatuh Cinta

10-9-2021 10:19 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 9853| Komen: 61

Jawa Tengah: Pasangan sejoli, Nur Khamid dengan Polly Alexandria pernah menggemparkan media sosial pada 2018 gara-gara hubungan percintaan mereka sehingga ke jenjang pelamin.


Walaupun sudah tiga tahun berlalu, masih ramai belum mengetahui bagaimana cara lelaki berasal dari Magelang itu memikat hati wanita cantik berkulit putih tersebut, lapor Suara.com.

Pasangan bak kopi dan susu ini asalnya bertemu di Pantai Double Six, Seminyak, Bali.

Nur Khamid ketika itu bekerja sebagai Jurulatih Meluncur di Bali, sementara Polly merupakan pelancong yang sedang bercuti di Kota Dewata itu.

Kredit foto: Youtube


Berdasarkan maklumat daripada video di YouTube Nur Khamid berjudul Once in a Lifetime, lelaki itu menceritakan fakta unik mengenai cara dia mendekati wanita itu.


Katanya, dia mula tertarik dan berhasrat ingin berkenalan dengan gadis Eropah itu ketika melihat Polly sedang berjemur di tepi pantai.

Lelaki itu menggunakan taktik mengguling-gulingkan badannya sehingga menarik perhatian wanita itu.

Dipendekkan cerita, dia berjaya mengenali Polly lebih lanjut dan mengajaknya ke kedai makan.

Selepas itu, mereka bertukar-tukar nombor telefon dan sentiasa berhubung kerana jarak memisahkan mereka berjumpa secara fizikal.

Cinta mereka ternyata kuat sehinggalah disahkan menjadi pasangan suami isteri pada 18 Disember 2018.

Selepas tiga tahun berkongsi kasih dan menjalani kehidupan bersama, mereka akhirnya dikurniakan seorang anak, Mac lalu.

Berita gembira itu diumumkan dalam Instagram milik mereka berdua.

Namun, jantina dan rupa paras bayi itu masih menjadi teka teki kerana pasangan itu masih merahsiakan sehingga sekarang. -CARI

Sumber: Utusan Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote caramello 10-9-2021 10:26 AM
Mcmanalah teknik berguling2 tu ye?agaknya berguling2 mcm filem hindustan tu kah?menjadi plak tu tekniknya
Quote zehra2 10-9-2021 10:29 AM
caramello replied at 10-9-2021 10:26 AM
Mcmanalah teknik berguling2 tu ye?agaknya berguling2 mcm filem hindustan tu kah?menjadi plak tu tekn ...

macam tenggiling kot
Quote zulka 10-9-2021 10:31 AM
tennis player Gael Monfils dgn Elina Svitolina tu pun kopi susu gak

Quote kalchi 10-9-2021 10:33 AM
Omputeh bukan ke minat muka mcmni.
Quote makadek 10-9-2021 10:34 AM
Dh mcm binatang nk mengawan ada teknik
Kepak2 kan ekor
Ada berguling


Quote edayildiz 10-9-2021 10:34 AM
i terbayang heols mengelupur mcm ayam kena sembelih kot hihi..
tapi laki polly ni herlok jah kat mata i..i ingt kopi pekat mcm kat africa itew
Quote Artemesiaa 10-9-2021 10:35 AM
Pandai melawak ramah hospitality bagus omputih memang suka.  
Quote pxlbb 10-9-2021 10:39 AM
Interracial marriage normal jah tapi yang jadi pelik biasanya perempuan putih gebu mcm ni kalau end up dgn yg takde rupa pun biasanya sbb $$$.
Quote ninja9 10-9-2021 10:41 AM
Artemesiaa replied at 10-9-2021 10:35 AM
Pandai melawak ramah hospitality bagus omputih memang suka.

... bila aku padankan dengan kisah2 pasangan orang putih dan asia mcm ni yg perna aku tonton ... serasi benar.  observation hebat!

Quote ninja9 10-9-2021 10:47 AM
pxlbb replied at 10-9-2021 10:39 AM
Interracial marriage normal jah tapi yang jadi pelik biasanya perempuan putih gebu mcm ni kalau end  ...

bangkali salah satu faktor.. ialah kadang perempuan mat salleh atau perempuan ni maukan kepercayaan dan mau dihargai....  dah sangup guling2 untuk nak kenal, keadaan fizikal biasa sangat, tak kaya, .. bukankah itu suatu bentuk kepercayaan bahawa dia akan lebih dihargai kerana lelaki itu tak ada apa yang nak ditawarkan kecuali cinta suci... jika dibandingkan dengan persaingan dan persekitaran ditempat asal dia mungkin sukar

Quote bakingsoda 10-9-2021 10:51 AM
laki tu helok je aku tengok, polish sikit dah boleh jd retis.
Quote Marylis 10-9-2021 10:52 AM
terbayang dia berguling giling cam dlm cerita hindustan
Quote tripleid 10-9-2021 10:58 AM
hina sgt ke jawa..mulia sagt ke kokosen smpai kawin campur pun jadi isu???
Quote kaedahnya 10-9-2021 11:07 AM
ok la tu rupa macam tony jaa sebelum operate hidung dulu.
Quote Ciktiekus 10-9-2021 11:09 AM
Man raja lawak versi jawa..
Quote TravellingBear 10-9-2021 11:28 AM
pxlbb replied at 10-9-2021 10:39 AM
Interracial marriage normal jah tapi yang jadi pelik biasanya perempuan putih gebu mcm ni kalau end  ...

macam nak mengata tin teletubbies ja
Quote helicornia 10-9-2021 11:30 AM
aki penah tengok kapel gini kt lombok kt resort yg kitorang duduk.laki tu tk tau la asal mana tp mmg org asia. tp mcm bodo je. bini dok rilek2 sunbath dia yg jaga anak sume benda dia buat. nampak kaya pun tak.berkerak je. tk tau la klu bini omputih tu konsepnya asal berlaki
Quote Belibis 10-9-2021 11:59 AM
edayildiz: i terbayang heols mengelupur mcm ayam kena sembelih kot hihi..tapi laki polly ni herlok jah kat mata i..i ingt kopi pekat mcm kat africa itew

Ala ala muka tony jaa..binik pun biasa2 ajer,cuma lebihnya sebab baka import.
Quote pxlbb 10-9-2021 12:03 PM
ninja9 replied at 10-9-2021 10:47 AM
bangkali salah satu faktor.. ialah kadang perempuan mat salleh atau perempuan ni maukan kepercayaa ...

Orang kita pulak cari mat saleh sbb romantic, tau tanggungjawab dan caring berbanding lelaki asian yg tak romantic, abai tanggungjawab dan insensitive.

Lihat semua komen(61)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-12-2024 02:06 PM GMT+8 , Processed in 0.040689 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top