CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Filem & Drama Lihat artikel

Kes Langgar SOP Selesai- 3 Bulan Digantung, ‘All Together Now Malaysia’ Kembali Bersiaran

10-9-2021 12:10 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4051| Komen: 16

Selepas tiga bulan digantung siaran, program realiti nyanyian All Together Now Malaysia (ATNMY) akhirnya kembali menemui penonton bermula Sabtu ini.

Presiden Strategi Pembangunan Kandungan Hiburan Melayu Astro, Raqim Ahmad berkata kontroversi dan siasatan program itu tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) semasa sesi rakaman telah selesai.

"Alhamdulillah, kini segalanya telah selesai dan kami ingin merakamkan jutaan terima kasih di atas kerjasama yang diberikan oleh semua pihak yang terlibat.

"Justeru, fokus penting yang menjadi keutamaan kami adalah untuk bergerak ke hadapan demi memastikan variasi kandungan terbaik dapat terus disajikan khusus buat pelanggan kami," katanya menerusi satu kenyataan kepada mStar.


Foto: mStar Online


Untuk rekod, ATNMY hanya sempat bersiaran episod pertama pada 6 Jun lalu.

Program ini terpaksa ditunda tayangan selepas tular di media sosial didakwa melanggar SOP berikutan selebriti dilihat tidak memakai pelitup muka dan tiada penjarakkan fizikal.

Susulan itu, Majlis Keselamatan Negara (MKN) mengarahkan agar siasatan dilakukan ke atas penerbitan rancangan berkenaan susulan dakwaan tersebut.

Raqim bagaimanapun menjelaskan rakaman program itu dibuat pada Mac lalu di Putrajaya sebelum pelaksanaan PKP 3.0.

Seramai 50 juri daripada barisan penggiat seni tanah air merangkumi pelbagai cabang seni yang berbeza seperti penyanyi, pelakon, pelawak, penyampai radio, pengacara dan personaliti media sosial telah dilantik untuk mengadili program ini diketuai oleh selebriti popular Datuk AC Mizal.

Antara juri dalam program tersebut ialah Erra Fazira, Siti Nordiana, Khai Bahar, Dafi Ismail, Zizi Kirana, Liza Hanim dan Aina Abdul.


Foto: mStar

Sherry Al Hadad pula diberi tanggungjawab selaku pengacara pentas utama.

ATNMY bakal memulakan siaran episod istimewa sempena ulang tahun Astro ke-25, Sabtu ini pukul 10 malam.

Seterusnya, konsert mingguan selama 10 minggu pula akan ditayangkan pukul 9 malam bermula Ahad ini di saluran Astro Ria HD (104) dan Astro Ria (124). -CARI

Sumber: mStar Online
1

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote RatuDunia94 10-9-2021 01:48 PM
Syukur seikit2 pentas ronggeng kembali dibuka. Mari kita lihat retis mana yg beyul2 istiqomah dibawah lembayung ebit lew
Quote slyfynx 10-9-2021 02:19 PM
Tu je ke
Xde denda duit kah?
SO kalau orang buat kenduri, denda die x leh buat kenduri dalam setahun ke?
Atau hadiah kenduri tergantung dulu sebulan?
Quote Normabaru 10-9-2021 08:53 PM
Yeahuuuuu...hidop pak maellll
Quote Rhyno 10-9-2021 09:56 PM
patutnya denda sorang seribu tp nan hado. bias!!!!
Quote nakkomenjugak 10-9-2021 10:31 PM
Best keee show ni?
Quote Mawar91 11-9-2021 11:16 PM
nakkomenjugak replied at 10-9-2021 10:31 PM
Best keee show ni?

Erm bagi meols biase je .x tgok pon x pe
Quote nadie90 11-9-2021 11:33 PM
Bila PM dah bertukar....PM itu bapa kpd slh sorg juri ATNMY....isu xikut SOP pun berlalu dibawa angin.....kan
Quote YomiuriLandMae 12-9-2021 01:27 PM
sume juri menggeletis mcm ada ulat gonggok dkt celah kangkang memasing..
Quote dudaberhias 12-9-2021 01:31 PM
Bila tengok show ni je terbayang mesti kepam busuk ikan masin dan perfume dsv dalam ramai2 macamtu especially bila ramai retis tak herlok, berapa orang je yang elok wangi.
Quote babycc 12-9-2021 02:04 PM
Malam td tayang yg utk 25thn astro.. siap tulis kat situ tarikh rancangan ni dirakam.. waktu putrajaya masih pkpp&pkpb..
Quote babycc 12-9-2021 02:05 PM
Yg menyampahnye tgk Ara.. mcm lah die sendiri pon nyanyi sedap sgt..
Quote tobobon 13-9-2021 12:03 AM
Since skrg semua dah bleh kluar dr gua..so xdela ramai sgt org nak scrutinize this show..dulu masa first kluar kat tv..org tgh pkp...dah xde keja..x boleh nak pegi mana2 ..tu yg org kritik kaw2 pastu repot..
Quote fry 14-9-2021 08:23 AM
aritu aku rengse tgk baju mimi fly over tu...
Quote princessmiang 14-9-2021 08:29 AM
Untungla kannn ada anak piyemmmm.... sah2 guna kabel
Quote MistrezHermanaz 14-9-2021 11:16 AM
oh show ni iols ada tertgk episod khas sempena astro 25tahun..okla adik adinda tu yg menang..lama x tgk farhan..yg kt podium mmg layak..tgk episod yg sblm kene gantung siaran tu entah apa2,najwa p ramlee tu suara so so je ok
Quote mzzenma 14-9-2021 11:23 AM
Sabtu ni ye start tayang balik? yeay. Ada lah benda nak tengok. Mzz sekarang layan what we do in the shadows, only murders in the building, what if, wrestling etc.  Lama nau rasa tak tengok local programs..

Lihat semua komen(16)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-12-2024 09:03 AM GMT+8 , Processed in 0.138858 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top