CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ahli Nujum Peribadi Kepada Puteri Diana Dah Ramal Harry, Meghan Tinggalkan UK

10-9-2021 12:59 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4582| Komen: 25

Ahli nujum mendiang Puteri Diana dilaporkan membuat ramalan tepat me-ngenai masa depan Putera Harry dan isterinya, Meghan Markle.

Lapor Mirror, ramalan itu termasuk mengenai perkahwinan pasangan tersebut dan cara Meghan berusaha menjadi sebahagian keluarga diraja Britain.


Menurut Debbie Frank kepada OK! Magazine, sebagai ahli nujum peribadi kepada Puteri Diana, dia telah diminta untuk melakar carta dan menilik puteranya.


Foto: Google

Pada 2018, Frank meramalkan Meghan akan berasa sukar untuk hidup dalam keluarga diraja sepertimana dilalui oleh Puteri Diana.

Malah, Frank juga meramalkan Duke dan Duchess of Sussex itu akan berpindah ke luar negara.


“Puteri Diana akhirnya kesepian dalam keluarga diraja dan Meghan juga tidak akan mempunyai seseorang bersamanya pada ketika itu.

“Sekiranya, beliau menghadapi masa sukar, beliau tidak akan mendapat ban-tuan diperlukan sehingga perlu membentuk rangkaian soko-ngannya sendiri.

“Amat sukar untuk berkahwin dengan pasangan dari keluarga diraja. Pelbagai tradisi, protokol dan cabaran perlu dilalui. Ini adalah sesuatu yang sangat besar,” kata Frank.

Dilaporkan, ramalan ahli nujum itu terbukti benar.

Berhubung isu Harry dan Meghan berpindah ke luar negara, Frank meramalkan: “Putera Harry tidak dibenarkan berbuat demikian sebagai anggota keluarga diraja namun saya dapat melihat langkah antarabangsa.

“Saya rasa mereka akan membuat keputusan ke arah sesuatu yang baharu, membuka mata kita semua dan me-ningkatkan kesedaran untuk kebajikan. Mereka merupakan pasangan diraja yang luar biasa,” katanya.-CARI

Sumber: Utusan Online
1

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
2

Sedih
2

Lawak
1

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote shernazz 10-9-2021 01:04 PM
Mcmana dia ramal ek?
Guna tarot card atau temgok air dalam mangkuk cam.nujum pak belalang
Quote delia3003 10-9-2021 01:28 PM
Tak perlu ahlul nujum pun, ramai yg 'ramalkan' mekgan akan tinggalkan UK

Tapi kira ok ler, dari pelakon sendu yg ramai orang tak kenal, boleh hidup mewah lepas kawen dgn harry. Lebih baik menangis bertilamkan wang berkepuk daripada menangis atas lantai
Quote shida81 10-9-2021 01:33 PM
Ntahnya lain la ko ramal mase awal2 dorang kawen.. Ni kt smua da blh aagak dia mmg nk tgglkan UK...
Pastu ayat 'mereka akan membuat keputusan kearah yg baru' ... General sgt.... Pastu fefeeling ramalan yg tempat....
Pasangan diraja yg luar biasa??  Hahaa...
Quote helicornia 10-9-2021 01:37 PM
shernazz replied at 10-9-2021 01:04 PM
Mcmana dia ramal ek?
Guna tarot card atau temgok air dalam mangkuk cam.nujum pak belalang

sotong kurita barangkali mcm ramalan world cup dulu
Quote shernazz 10-9-2021 01:41 PM
helicornia replied at 10-9-2021 01:37 PM
sotong kurita barangkali mcm ramalan world cup dulu

Wahahahhaaha
Kalau lah cenggitu...senang nya nak.ramal.kan...haha
Quote edayildiz 10-9-2021 01:57 PM
nenek si harry ni i xsuka..mcm nenek yg bela hantu gitu kan..scary..
Quote samperit 10-9-2021 02:07 PM
setakat ramal mcm tu kita semua boleh. Dia blm jumpa lagi sittah yg ddk dekat mekdi, itu level dewatarayadeepavali punya ramalan dia kasik kauu
Quote ellejo 10-9-2021 02:14 PM
acik porom tk payah jadi ahli nujum footri dayana pun dapat ramalkan sampai bertingkat2 istana megen kat bod kenamaan
Quote KIM.K 10-9-2021 02:42 PM
Aku minat meg time SUIT but tak cukup kick nak polo as royalty. Biasa2nye aura dan sumbangan meg nih
Quote trexxxxxi 10-9-2021 02:49 PM
Ni isu semasa kerr
Tanya jah
Quote kotakominami 10-9-2021 05:28 PM
Ade satu show yang james corden sama harry wat prank kat megan....aduhai cantik sgt megan kat video call tu..nampak malu2
Quote TOPwind 10-9-2021 07:36 PM
shernazz replied at 10-9-2021 01:04 PM
Mcmana dia ramal ek?
Guna tarot card atau temgok air dalam mangkuk cam.nujum pak belalang

ada yg guna kiraan Metafizik
boleh cuba - ada kebenaranya  juga Metafizik ni.
Quote lurve82 10-9-2021 07:36 PM
Notradamus wujud lg ke…
Quote shernazz 10-9-2021 08:29 PM
TOPwind replied at 10-9-2021 07:36 PM
ada yg guna kiraan Metafizik
boleh cuba - ada kebenaranya  juga Metafizik ni.

Iols nombor metafizik 5..
Tu je yang iols.tau
Hahaha...
Quote nakkomenjugak 10-9-2021 10:43 PM
hehehe shiddd
kalau iol jadik meghan, iol pun blah
dasar frozen peti mayat punya royalty
Quote tumpanglalu74 10-9-2021 10:49 PM
Edited by tumpanglalu74 at 10-9-2021 10:53 PM

Elok pon keluor UK tu.  Mundor sangat mentaliti deme.  Deme tu katak bawah tempurong walopon menjadi perumah kepade universiti2 terhebat dunia.  Aku bangge dulu dok sana.  Pegi kedei nak cari barang letrik je sume Made In Malaysia.  Ateh jalanraye sume kete Proton.  Early 90s dulu.  Tshirt pulak sume Made In Bangladesh.  Aku nak cari souvenir pon susah.  Nak cari tshirt Made In UK mahe berdentum, kat kedei GAP tu ade le.  Aku beli gak pehtu aku buang benang2 Made In Bangladesh tu satu2.  Jenoh..
Quote makita 10-9-2021 11:10 PM
shernazz replied at 10-9-2021 01:04 PM
Mcmana dia ramal ek?
Guna tarot card atau temgok air dalam mangkuk cam.nujum pak belalang

Jangan dilupa limau nipis dihiris masuk ke dlm mangkuk berisi air
Quote shernazz 11-9-2021 06:12 AM
makita replied at 10-9-2021 11:10 PM
Jangan dilupa limau nipis dihiris masuk ke dlm mangkuk berisi air

Haha
Tak nampak mKnanya 3 kali jumaat je dia ada..
Quote Catpaw 11-9-2021 06:33 AM
Ingatkan ramalan masamendiang ada lagi..

Kuat lagi amalan2 nujum Pak Belalang mereka ni Buku2 diorang pun ada cerita buat simpulan2 tali
letak dalam sungai  untuk telek masa depan

Lihat semua komen(25)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-9-2024 03:24 PM GMT+8 , Processed in 0.208976 second(s), 52 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top