Dek terlalu menjiwai watak, Ellie Suriaty tidak sengaja menyebabkan leher seorang pelakon wanita dalam siri Malaysian Ghost Stories lebam menyerupai gigitan cinta.
Akuinya, dia tergigit leher aktres berkenaan ketika melakonkan watak Hantu Kum Kum. Ellie berkata, dia bersimpati apabila melihat kesan gigitan itu pada leher pelakon berkenaan ketika kembali ke set penggambaran sehari selepas babak bersamanya. "Saya puji produksi mencari watak mangsa kepada Kum Kum, sebab memang ambil pelakon remaja.
"Pengalaman saya, tergigit kuat sangat sampai dapat love bite! Saya terbawa-bawa dengan karakter. "Dari permainan watak, ada pemujaan dan sebagainya. Jadi saya ada apply teknikaliti dari seni persembahan teater dalam presentation watak itu, dimana dia muntahkan darah yang disedut secara terbalik. "Memang menarik untuk penonton televisyen. Apapun, saya memang seronok melakonkan watak ini," katanya kepada Gempak.
|
ADVERTISEMENT