CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lapor Polis Jiran Sering Tayang Pakaian Dalam Untuk Goda Suami

12-9-2021 02:40 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 5466| Komen: 23

Akibat cemburu, wanita di Mexico membuat laporan polis terhadap jirannya yang gemar menayangkan pakaian dalam.

Lapor Odditycentral, Yuvitza E, 42, mendakwa jirannya cuba menggoda suaminya dengan sengaja menggunakan taktik itu.



Gambar hiasan

Dalam laporannya, Yuvitza menganggap tindakan jirannya yang disifatkannya sebagai tidak tahu malu dan memang sengaja melakukan perbuatan itu.

Katanya, taktik wanita muda berusia 23 tahun itu kerap mencuci seluar dalam, setiap Sabtu iaitu pada waktu tengah hari ketika suaminya ada di rumah adalah bukan secara kebetulan.


Menurutnya, dia juga kerap 'menangkap' suaminya ketika sedang ralit memerhatikan seluar dalam jiran mereka itu.

Katanya, meskipun sudah banyak kali menegur perbuatan jirannya itu, wanita itu tetap tidak peduli.

Bengang dengan kedegilan jirannya, Yuvitza membuat laporan polis dan meminta polis menahan jirannya atas dakwaan tidak bermoral dan kurang sopan.

Bagaimanapun, polis di Quintana Roo memaklumkan jirannya tidak melakukan kesalahan.

Polis yang melawatnya di rumah menasihati Yuvitza supaya mengelak sebarang konflik pada masa depan selain mengadakan perbincangan secara baik dengan suaminya dan jiran mereka.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih
1

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Firenzza 12-9-2021 02:48 PM
Aduiii...dpt jiran saiko pun ssh jg hidup..dah hari sbtu je dia ada masa nk cuci underwear  lg pun dia sidai kaw umah dia bkn tumpang sidai umah acik saiko nih...
Quote JohnyEnglish 12-9-2021 03:06 PM
Musti kau jeles sbb saiz beza bnyk kan
Quote Guccibamboo 12-9-2021 03:25 PM
Ape jiran buat tu x salah ....cume utk org yg ade common sense x buat mcmtu
Quote becir 12-9-2021 03:27 PM
Sian jirannya..buatnya jenis cam Kita marhaein keluar subuh balik maghrib weekend jela nak sleep in..sebab tu basuh spenda tengahari sebab baru bangun

Quote Guccibamboo 12-9-2021 03:29 PM
Zmn skrg ni ....belilah dryer ....apoo nak sidai2 kat luar (yeah natural uv light kills germs& natural evaporation )....so pprt
Quote ninja9 12-9-2021 03:36 PM
Observation perempuan kepada perempuan yang lain harus dipuji... kerana mereka ada kebolehan untuk boleh memahami signal-signal rahsia yang cuba disampaikan oleh seorang perempuan kepada seorang lelaki... hebat! ...
Quote hareeeesah 12-9-2021 03:49 PM
ninja9 replied at 12-9-2021 03:36 PM
Observation perempuan kepada perempuan yang lain harus dipuji... kerana mereka ada kebolehan untuk b ...

Hahahaha perempuan memang terror bab ni.
Untuk tak OT laki dia yang sibuk nak tengok kot wakkakak.. time tu panas terik dia sidai la, time tu je pun dia kat rumah. Routine dah gitu kan
Quote Catpaw 12-9-2021 05:57 PM
Laki ko yang birah. sila ikat batu tutup belah situ.

sekian bekap
Quote TeropongThaico 12-9-2021 06:29 PM
Tak pasal2 kena tazkirah dgn polis pulak
Quote Friska 12-9-2021 07:48 PM
Tetangga yang paranoid
Quote sukacactus 12-9-2021 08:03 PM
Marahkan jiran plak
Marah le laki ko sdr
Ataupun suruh je dia pakai mask kat mata
Quote kitmal9545 12-9-2021 08:04 PM
macam macam dunia ni
Quote glump 12-9-2021 08:21 PM
I jenis suka bau  pakaian yg dijenur bawah cahaya matahari..ampaian terletak dibelakang rumah. Notice jugak bila menyidai tu jiran intai dari tingkap dia.. biarlah bukan luak baju aku tapi awal2 dulu kira takut ada yg ilang exp collection la senza ke wacol heheh
Quote missus_meow 12-9-2021 08:22 PM
yg problem lakinya ...
Quote edayildiz 12-9-2021 08:45 PM
every woman is insecure until she feels she is secured...the best way to fix insecure women problem is loving them unconditionally... love is the answer of everything...they hd been hurt in the past and the best  every shuben can do is to heal the broken heart..

Quote nakkomenjugak 12-9-2021 09:42 PM
Buat tembok ajeee.
Quote kaedahnya 12-9-2021 10:03 PM
ke memang duk berskandal & cuci lingerie tu signal nak jumpa ke hapa
Quote KamikuP 13-9-2021 04:03 PM
Ada ke gambo seluaq dalam itu?
Quote R2D2 13-9-2021 06:18 PM
jiran sebelah cup besar
sendirinya punya leper
memang la jeles
mau tak nye

Lihat semua komen(23)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-12-2024 07:48 AM GMT+8 , Processed in 0.110019 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top