CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

6 Lelaki Ditahan Kembali Beraksi Di Lorong Kunyit

12-9-2021 03:03 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 5304| Komen: 27

Lima lelaki warga asing dan seorang lelaki tempatan ditahan selepas berpakaian wanita di tempat awam dipercayai terlibat dengan aktiviti tidak bermoral, di sekitar bandar raya Kuantan, malam semalam.


Mereka berusia 30 hingga 35 tahun itu ditahan dalam ‘Ops Pasar’ yang dijalankan di sekitar lorong pasar dan Jalan Wong Ah Jang yang dikenali sebagai Lorong Kunyit antara jam 3.30 petang hingga 7 malam.


Sebahagian lelaki ditahan kerana berpakaian seperti wanita dalam operasi sekitar lorong pasar dan Jalan Wong Ah Jang di Kuantan semalam.

Timbalan Ketua Polis daerah, Superintendan Muhammed Rizal Kamarudin berkata, operasi berkenaan dilakukan hasil daripada maklumat awam berhubung kewujudan perlakuan lelaki berpakaian wanita di dua lokasi terbabit beberapa hari lalu.


“Hasil siasatan mendapati, lima warga asing itu yang ditahan itu bukan sahaja melakukan kesalahan berpakaian wanita malah tiada dokumen pengenalan diri dan tinggal melebihi tempoh di negara ini.

“Manakala lelaki tempatan itu pula mempunyai rekod lampau berkaitan kesalahan berpakaian wanita di tempat awam,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat polis Daerah (IPD) Kuantan, di sini, malam semalam.

Menurut Muhammed Rizal ketika serbuan dilakukan kesemua suspek berpakaian menyerupai wanita yang dipercayai sedang menunggu pelanggan bagi aktiviti tidak bermoral di sekitar kawasan terbabit

Katanya, kesemua suspek disiasat mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955 manakala lima warga asing terbabit turut disiasat mengikut Seksyen 61 (1) (c) Akta Imigresen kerana tiada pas perjalanan dan Seksyen 15 (1)(c) kerana tinggal melebihi tempoh.

Tambahnya, lima warga asing berkenaan diserahkan kepada Jabatan Imigresen Malaysia untuk tindakan lanjut. 


Sumber: K! ONLINE

Bagus
1

Marah

Terkejut
1

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kakalongmu 12-9-2021 03:28 PM
Ditahan kerana kesalahan berpakaian wanita. Sajat, safi and the gang tu elok jer bejimba-jimba tak kena tangkap pun. Heran aku
Quote momoruru 12-9-2021 03:37 PM
Kakalongmu replied at 12-9-2021 03:28 PM
Ditahan kerana kesalahan berpakaian wanita. Sajat, safi and the gang tu elok jer bejimba-jimba tak k ...

Mungkin sbb lokasi dia tu juga... Lorong kunyit ni mmg tempat golongan2 berkenaan menjual lendir
Quote Kakalongmu 12-9-2021 04:10 PM
momoruru replied at 12-9-2021 03:37 PM
Mungkin sbb lokasi dia tu juga... Lorong kunyit ni mmg tempat golongan2 berkenaan menjual lendir

Atau kah sebab kunyit lorong nih kurang agung nak sorong bawah meja
Quote edayildiz 12-9-2021 04:18 PM
baru tau kat malaysia ni salah rupanya berpakaian seperti wanita..patutla  pondan spt sajat tu berpakaian gini
Quote JohnyEnglish 12-9-2021 04:32 PM
edayildiz replied at 12-9-2021 04:18 PM
baru tau kat malaysia ni salah rupanya berpakaian seperti wanita..patutla  pondan spt sajat tu berpa ...

Biar betul kau br tau benda ni salah?
Quote edayildiz 12-9-2021 04:36 PM
JohnyEnglish replied at 12-9-2021 04:32 PM
Biar betul kau br tau benda ni salah?

tau la..saja jer tu bang johny
sbb bamjat,safiey,vivy pakai pakaian perempuan herlok jah sblm ni..xde pun kena..
Quote Acikgomen 12-9-2021 04:50 PM
Kakalongmu replied at 12-9-2021 03:28 PM
Ditahan kerana kesalahan berpakaian wanita. Sajat, safi and the gang tu elok jer bejimba-jimba tak k ...

Khennnnz bamjat tuh siap penah jalan seiring dgn bam jagung dpt anugerah serikandi ke hape dulu
Quote kaedahnya 12-9-2021 06:19 PM
apoo yang pakai gaun pink tu hahahhaa. pakai jeans macam kengkawan lain tak boleh ke hahh.
Quote Perawankota 12-9-2021 06:40 PM
Lorong kunyit ni dari aku kecik, sampai beso, tak abis2 LG...
Quote drivethru 12-9-2021 06:48 PM
Aku n kawan2 pernah kena kejar dgn pondan lotong kunyit. Sbb tibs2 tergelak tgk pondan yg toleh muka ke kami. Dan aku sakit perut sbb mkn kfc lorong kunyit. Pagi tu ada exam. Aku fail subjet tu. Mgkn lecture ingat aku meniru sbb asyik ulang alik ke toilet waktu exam.
Quote Zaien 12-9-2021 06:52 PM
{:run sbb dh second dose ke?? Lega dh boleh beraksi blik hahahaha
Quote edayildiz 12-9-2021 07:08 PM
drivethru replied at 12-9-2021 06:48 PM
Aku n kawan2 pernah kena kejar dgn pondan lotong kunyit. Sbb tibs2 tergelak tgk pondan yg toleh muka ...

lorong kunyit tu sempena tmpt tu port dorg ke?
Quote Whitepinkrider 12-9-2021 07:17 PM
Kakalongmu replied at 12-9-2021 03:28 PM
Ditahan kerana kesalahan berpakaian wanita. Sajat, safi and the gang tu elok jer bejimba-jimba tak k ...

kan... terangan hari2 kat socmed takde kene ape pun.
Quote TeropongThaico 12-9-2021 07:40 PM
Teman tak faham la undang2 yg berkaitan deme ni. Jab tak boleh, jab boleh... Yg mana satu??? Geng Abam jat, sapi bolehhhh ja. Kalau tak salah dulu ada kes kat n9. Puak ni masuk court sbb berpakaian wanita tp menang kes.

Ke deme ni golongan tak cun tu yg kena tangkap. Kalo cunn aman2 sajork
Quote imransulaiman 12-9-2021 08:21 PM
Besarnya kaki baju Pink tu! {:question
Quote drivethru 12-9-2021 08:35 PM
edayildiz replied at 12-9-2021 07:08 PM
lorong kunyit tu sempena tmpt tu port dorg ke?

Ya. Tempat mengunyit.
Quote nakkomenjugak 12-9-2021 09:52 PM
currrrlastttttt merasa kunyitan pati
Quote missyL 12-9-2021 10:08 PM
Kakalongmu replied at 12-9-2021 03:28 PM
Ditahan kerana kesalahan berpakaian wanita. Sajat, safi and the gang tu elok jer bejimba-jimba tak k ...

Kan..
Rizulala tu.
Pastu si aizat tu kemain skang.
Rileks je sume
Quote TeropongThaico 12-9-2021 10:54 PM
imransulaiman replied at 12-9-2021 08:21 PM
Besarnya kaki baju Pink tu! {:question


Terpaksa scroll atas balik untuk melihat heshe. Udah macam budak sekolah rendah pake gaun... Takde cutting

Lihat semua komen(27)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-11-2024 02:22 PM GMT+8 , Processed in 0.051309 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top