CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Tiada Kawan Di Sekolah, Vicha Pernah Dipanggil <mark>Babi</mark> Hutan Dan Adik Giant!

12-9-2021 11:08 PM| Diterbitkan: Lilrose| Dilihat: 3569| Komen: 11|Original author: Oleh: LilRose

Kurus atau berisi, pasti akan ada mulut berbunyi dengan ejekan menjatuhkan keyakinan seseorang.

Pelakon dan pelawak Vicha juga tidak terlepas daripada menjadi mangsa penghinaan fizikal atau body shaming.



Kredit foto: IG

Malah, dia pernah digelar babi hutan dan bentuk fizikalnya yang gempal membuatkan dia tidak memiliki kawan.

"Kalau nak cakap tentang isu body shaming atau penghinaan fizikal inii, memang banyak yang saya lalui sejak dulu.

"Saya pernah dipanggil Jaiko (adik Giant) dalam cerita Doraemon tu. Lagi, ada juga yang sampai panggil saya babi hutan.


"Macam-macam lagi gelaran mereka beri kepada saya termasuk gendut! Saya tak ada kawan sebab saya gemuk, kekasih pun tak ada sejak zaman sekolah dan remaja lagi.

"Iyalah siapa mahukan saya sebab saiz fizikal saya kan," katanya ketika sesi soal jawab bersama Tok K di Rumah 107 musim kedua #sembangonlinejer yang dipetik dari Gempak.

Bagaimanapun, Vicha memilih untuk tidak terus mengalah dengan penghinaan orang.

"Sedih memang sedih, tapi saya fikir buat apa kita nak mengalah dengan hinaan orang. Dari situ saya bangkit dan perbaiki hidup," ujarnya.


Kredit foto: IG

Katanya, beratnya kini tinggal 104 kilogram (kg) berbanding 140kg dahulu dan dia berazam menurunkan berat badan hingga tinggal dua angka.

"Macam-macam saya buat, sedut lemak, diet, potong usus dan sekarang saya menjalani hidup sihat.

"Dapat 99kg pun dah okey. Saya bukan nak kurus tapi nak sihat," katanya.

Mulut orang memang tak boleh ditutup, memang susah tapi kita kena kuat semangat untuk tidak mudah mengalah dengan mulut jahat orang sekeliling. - CARI
1

Bagus

Marah

Terkejut
1

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote nakkomenjugak 12-9-2021 11:34 PM
Jaiko... hehehe
Iol dulu dipanggil flowerhorn. Sanggul rambut tinggi
Takpe laa mbakkkkk
Citer lamaaa..
Quote dudaberhias 12-9-2021 11:57 PM
dia kurang kontroversi so iolsss nak beri sokongan kepada beliau...
lagipun apa yang dia nak tu boleh di jadikan sebagai inspirasi...

nak "sihat" bukannya nak kurus macam lidi...

semoga di permudahkan urusan kehidupan dia dan dapat kesihatan dan tubuh badan yang dia inginkan...
Quote Kurex 13-9-2021 01:18 AM
Dia dah bermastautin dekat Malaysia ke?
Quote slyfynx 13-9-2021 09:23 AM
Macam-macam saya buat, sedut lemak, diet, potong usus dan sekarang saya menjalani hidup sihat.


Sorry Vicha.
Kurang setuju dengan pernyataan ni.
Melainkan vicha sangat2 overweight, these things are not healthy.
Sihat x bermakna kene kurus.
Mende2 ni ade long term side effect.
Yang buat sleeve perut, potong usus. Unless mmg atas nasihat doktor.
Tu pun bukan sebab doktor tu nk duit.
Quote azie5zoe 13-9-2021 09:48 AM
Iols masa sekolah rendah sampai sekolah menengah orang panggil macam2, ketotlah, pendeklah, kenitlah, seramalah, katiklah. Tapi bila dah dewasa memasing nak saiz macam iols konon senang dapat baju, pakai apa pun cantik hakikatnya iols nak cari baju pun susah kena xxs atau xs. Saiz s pun kadang - kadang mcam baju pinjam. So hakikatnya apa jua saiz kita memang tak sempurna saja, apa yang penting sihat tubuh badan sihat fizikal dan mental.
Quote eely_shana 13-9-2021 09:51 AM
xpe vicha..org2 yg menghina tu akan dpt balik segala hinaan dia..semoga terus istiqamah vicha.
Quote uori 13-9-2021 09:56 AM
Jaiko

Kreatif jugak kaki ejek nih
Quote drivethru 13-9-2021 10:11 AM
Batak perhatian. Motif bukak cerita kat malaysia. Pergi lah jaja cerita kat indon sana.
Quote TeropongThaico 13-9-2021 11:58 AM
Normal la zaman budak2 dulu. Tak yah ler nak ungkit2. Mulut org bukan ada insurance.
Dia pandai bergaya tapi maaf teman tak minat kalau jenis jerit2 buat lawak tp tak lawak punnnn. Menjatuhkan industri lawak Msia je. Dah...dah.... Gi balik kampung terus
Quote manjalara_01 13-9-2021 04:20 PM
Teringat zaman skolah rendah dulu. Ade this girl gemuk jgk la kena ejek. T boys panggil die bulldozer {:cryrun
Quote xtinkerbellx 13-9-2021 08:43 PM
Alhamdulillah i x penah lg kena ejek dgn kwn sekolah walaupun selalu jadi budak yg paling gemuk dlm kelas. Tp kalo kena ejek dgn family, sedara selaluu

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-12-2024 06:48 PM GMT+8 , Processed in 0.043967 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top