|
Dua individu berbasikal melakukan aksi lagak ngeri yang boleh membahayakan nyawa mendapat perhatian ramai. Menerusi satu video berdurasi 25 saat yang dikongsi Brainless Driver Malaysia Edition di Facebook memaparkan dua individu berbasikal ‘mencucuk’ angin sebuah lori dengan mengekori rapat kenderaan terbabit.
Bagaimanapun, masa dan lokasi kejadian tidak dapat dipastikan. Tinjauan Kosmo! di ruang komen mendapati rata-rata orang ramai menyatakan kebimbangan terhadap tindakan kedua-dua individu berkenaan.
“Kalau jatuh memang melecet badan, dengan baju dan seluar nipis, apa yang mereka harapkan untuk melindungi diri, helmet pun kecil saiznya langsung tidak selamat digunakan di atas jalan raya yang ada kenderaan lain,” kata Faris Hakimi. “Yang menunggang motosikal pun tidak ikut belakang lori, inikan pula kamu yang berbasikal,” kata Fadzli Ghafar. Sementara itu, Ah Bui menjelaskan mereka yang berbasikal sukar untuk menerima teguran dan menganggap jalan raya adalah ‘milik’ mereka. “Geng ini mana boleh ditegur, jalan raya mereka punya. Nanti dah kena langgar baru ada akal. Yang ‘backup’ (sokong) geng ini pun boleh tahan,” tulisnya di Facebook. Sumber: K! ONLINE
|
wajaman replied at 13-9-2021 11:57 AM
aku pn main basikal tp mmg aku kutuk sekeras2 nya perangai mangkuk berdua ni..nk kurangkn rintangan ...

ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
10-2-2026 06:13 AM GMT+8 , Processed in 0.119433 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.