CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Setakat Ini, Adam Corrie Dah Islamkan 20 Saudara Baru

13-9-2021 03:31 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 4892| Komen: 22

“Kebanyakan saudara baharu yang saya Islamkan dapat hidayah lepas dengar azan.”

Demikian kata pelakon Adam Corrie kepada Kosmo! Online yang video dimuat naik dalam Instagram menyaksikan dirinya mengislamkan dua pasangan menjadi perbualan netizen.



Kredit foto: IG Adam

Adam atau nama Islamnya, Adam Corrie Lee Abdullah memaklumkan, setakat ini dia sudah mengislamkan 20 saudara baharu.

“Saya baru sahaja mengislamkan seorang saudara baharu hari ini di Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim). Menariknya cerita saudara baharu ini, dia seorang perempuan dan mengalami kemalangan pada 2007.


“Dia cerita kepada saya sebelum membulatkan tekad memeluk Islam, dia selalu bermimpi bertemu malaikat. Semua ini kehendak dan aturan Allah.

“Semuanya bermula dengan hanya satu direct message (DM) menerusi media sosial dua minggu lalu. Alhamdulillah, seorang lagi saudara baharu kita dan sudah 20 orang telah mengucap syahadah. Sama-samalah kita bimbing mereka semua,” katanya.



Bercerita lanjut tentang dua pasangan yang mengucap syahadah Jumaat lalu, Adam berkata, kedua-dua mereka mempunyai cerita yang berbeza.

Ceritanya, pasangan pertama berketurunan Cina sementalah yang kedua pula India. Kedua-dua pasangan tersebut ingin mendirikan rumah tangga dan ingin terus mendalami agama Islam.

“Yang Cina perempuan, bakal suami seorang muallaf. Saya nasihatkan mereka, nak kahwin tiada masalah cuma kalau dah peluk Islam, jaga rukum Islam, belajar solat, mengaji dan sebagainya.

“Yang pasangan India, lepas mengucap dua khalimah syahadah, dia mereka menangis dan maklumkan masuk Islam sebab dapat ispirasi daripada kisah saya. Tapi, saya cakap hidayah milik Allah dan semuanya Dia yang susun,” ujarnya.

Kata Adam, kebanyakan 20 orang yang telah terbuka hati untuk memeluk Islam mendapat petunjuk dan hidayah sebab selalu dengar Azan.




“Mereka kata rasa tenang sebab selalu dengar azan. Itu pengakuan kebanyakan orang yang telah menjadi saudara baharu depan mata saya. Perancangan Allah cukup indah, masya-Allah,” katanya.

Terdahulu, Adam yang pernah menerima anugerah Tokoh Maal Hijrah peringkat negeri Selangor 2017 memeluk Islam pada 13 Julai 2007. 


Sumber: K! ONLINE


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sharlenetexas 13-9-2021 03:40 PM
Nak tengok heols menari.

Quote naina 13-9-2021 04:17 PM
Alhamdulillah..
Quote NFBZCantik 13-9-2021 04:29 PM
MasyaAllah, hebatnya beliau
Quote TabletSusu 13-9-2021 05:29 PM
MasyaAllah.. hebatnya dia.
elok je dia buat keja diam2. xyah nak mencapub, menangis syhdu sayu pilu bagai
Quote genUmi 13-9-2021 05:53 PM
aku  suka vibe dia nih

kalau x salah dia la yg start guna istilah bidadari kat isteri,  ke aku salah orang
Quote riana_rose 13-9-2021 06:00 PM
Alhamdulilah...dia ni ioulls okay sbb tak over. Relax jek
Quote che-cikL 13-9-2021 06:04 PM
Alhamdulillah, Maha Suci Allah.

Insan terpilih.
Quote haruslah 13-9-2021 06:09 PM
Tenang is good
Gittewwwww
X perlu caption shayang3
Quote dudaberhias 13-9-2021 06:37 PM
Alhamdulilah, dia ni betul istiqomah, pernah dengar cerita dia dulu agak wild etc. Ujung2 ini lah kesudahannya. Terbaik betul perancangan tuhan.
Quote edayildiz 13-9-2021 07:53 PM
Edited by edayildiz at 13-9-2021 07:54 PM

Alhamdulilah..i suka sgt adam corrie ni
i kenal dia dia berlakon jd jht..pastu masa i kecik dia ni penari khenzz..yg tkg ajar menari kt af kalau x silap..muka dia ganas tp hati baik
Quote OyaTonggek 13-9-2021 08:40 PM
meols suka mualaf adam korie ni dr mualap celup lesung tu..
Quote aderaderker 13-9-2021 09:20 PM
The one and only local selebriti yg I follow ig dia.
Mula2 sbb anak dia Adam Fateh tu comel sangat.
Lama2 suka sebab very positif, without trying too hard.
Quote makadek 13-9-2021 09:35 PM
Mcm ni real molap
Tk bukak tin biskut bersayu sayu
Usaha sendiri meniaga wlpn tk laku

Harap dia kekal istiqomah dgn low key skg
Dn follow firdaus wong
Quote imanjannah 13-9-2021 10:10 PM
alhamdulillah....
Quote nakkomenjugak 14-9-2021 12:31 AM
Alhamdulillah..
Tak payah nak sayang sayu nangis2 bagai
Quote cmf_jeangrey 14-9-2021 06:05 AM
Iols pun selalu tgk IG dia..sejenis yg x suka konfrontasi...tgk posting2 dia pun low key dan x over...yg iols paling suka tgk anak dia fateh...comel sgt
Quote cmf_jeangrey 14-9-2021 06:06 AM
Anyways Alhamdulillah...senyap2 kumpul pahala...sekali sekala bercerita juga sbg inspirasi...
Quote rhea85 14-9-2021 08:54 AM
anak dia comellllll
Quote johan-adx 14-9-2021 09:02 AM
byk phala dia.

Lihat semua komen(22)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-12-2024 11:29 AM GMT+8 , Processed in 0.043450 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top