Isu harga ayam yang melambung kerana masalah dedak naik harga dan lain-lain memang sentiasa berlaku. Namun maklum balas daripada pihak kerajaan sangat mengecewakan. Terbaharu, komik yang dimuat oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) membuatkan ramai rakyat Malaysia tersinggung. Manakan tidak, diberi jalan penyelesaian mudah tanpa kaedah jangka masa panjang. Disuruh beli ayam di pasar raya berbanding pasar basah! Kan aniayai peniaga kecil tu!
Bagi
netizen, cadangan tersebut sangat lah tidak praktikal. Mengapa pula
perlu membeza-bezakan kedai ayam sedangkan kerajaan boleh bertindak
dengan lebih bagus menerusi penyelesaian panjang iaitu harga dedak ayam! "Mohon perkasa mutu penyampaian.
Tak semua akan ke pasar raya. Sila lantik pegawai media sosial yang
cakna dalam semua perkara. Jangan jadi kurang cerdik bila kongsi twit
kepada rakyat." Malahan netizen turut mengkritik menteri serta pegawainya yang tidak prihatin dengan masalah asas. Bagaimanapun, setelah mendapat banyak kritikan, KPDNHEP akhirnya memadam twit tersebut. Apa pendapat anda? - CARI |
edee_91 replied at 14-9-2021 11:29 AM
Ingat kawan-kawan,
Supply VS demand...
ADVERTISEMENT