Lelaki dikecam netizen kerana membuat perbandingan fizikal isteri sebelum dan selepas mereka berkahwin. Apa yang membuat netizen kesal adalah kenyataannya yang menganggap wanita itu kini tidak cantik, lapor Suara.com.
Irvhan Chandra menerusi hantaran di TikTok memaparkan gambar isterinya ketika mereka bercinta dengan keadaan tubuhnya yang langsing dan berkulit gebu. Penampilannya juga kelihatan menarik serta sedang tertawa manis. Bagaimanapun, selepas mereka berkahwin, lelaki itu seolah-olah mengeluh isterinya semakin gempal terutamanya ketika hamil.
“Semakin berusia, kelihatan tidak cantik,” tulis lelaki tersebut pada keterangan video itu. Hantaran tersebut mendapat kritikan hebat daripada netizen yang marah membaca kenyataan lelaki itu kerana menggunakan perkataan tidak cantik (jelek) terhadap isterinya. “Sebelum berkahwin, isteri kamu cantik kerana dia dijaga oleh ibu bapanya. Selepas berkahwin, terpulang kepada bagaimana seorang suami melayan isterinya,” tulis seorang netizen. “Kalau begitu, jangan dibiarkan dia mengandung. Biar sahaja dia tetap cantik, jangan punyai anak supaya dia kekal langsing. Jika sudah mempunyai anak, nanti tidak sempat bersolek. Jadi, jangan punyai anak,” sindir seorang pengguna. Sumber: Kosmo
|
ADVERTISEMENT