CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Bye-Bye Malaysia, See You Whenever I See You", Lana Nordin Sekeluarga Dah Balik AS

14-9-2021 05:07 AM| Diterbitkan: bubuk_bearbear| Dilihat: 73439| Komen: 550




Kebelakangan ini, nama Lana Nordin kerap menjadi buah mulut apabila pelakon yang popular dengan jolokan Pamela Anderson Malaysia itu mengkritik Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr.Noor Hisham Abdullah, Ogos lalu.

Akibatnya, netizen menuduh Lana atau nama sebenarnya Mazlina Hassan Nordin, 41, sebagai anti vaksin dan cuba menghasut orang lain dengan mempersoalkan keberkesanan vaksin.

Menerusi hantaran terbaru di Instagram miliknya, Lana memuat naik satu video khas untuk sesiapa yang selalu menghina dan suka membuat spekulasi terhadap dirinya. Video tersebut memaparkan Lana sekeluarga berlepas pulang ke Amerika Syarikat (AS) iaitu negara asal suaminya, David McKienzie atau nama Islamnya, Mohd Daud Mckienzie.

"Ni video khas aku buat utk yg selalu menghina dan masih mencaci dan suka buat spekulasi sendiri tanpa tanya saya, tanpa selidik tanpa mengkaji kenapa dan apa yg sy buat! Ada yg kata oh dia tak lepas airport apa lagi berjaya ke nak balik usa..kat usa sane lagi teruk semua tak boleh, dine in ke, riadah ke masuk mall ke atau masjid ke..


"Ok selama ni aku diam sebab org kat portal ramai yg mengutuk,menghina bahkan ada yg lebih tau pasal usa dari negara yang selalu aku keluar masuk dan negara asal suami aku sendiri...

"Ok ini video khas utk korang, jgn dm dm aku tanya itu ini,just tengok dan nilai sendiri! korang yg di fb dan portal2 yg sibuk mengata aku, sibuk suruh aku balik usa siap halau aku dari negara aku sendiri..ok ni aku balik, aku buktikan apa yg korang yg cakap tu lebih tau dan teror pada aku!!!" kata Lana.

Tambah pelakon Aku Yang Kau Gelar Isteri itu, dia dan rakannya pelakon Rita Rudaini cuma berkongsi informasi yang benar kerana banyak perkara yang tidak telus.



"Bile aku gan @ritrud727 share info kami di labelkan berbagai nama, padahal kami bagitau apa yg benar yg banyak yg tak telus di beritahu sehingga ramai jadi doktor tik tok, jadi polis pencen, jadi wartawan yg lebih tau pasal negara luar."

"Skrg aku balik aku akan lihat sendiri siapa yg betul!! Dari aku apply MTP, buat DOKUMEN YG SAH mengikut UNDANG UNDANG MALAYSIA dan bertolak ke airport klia sampai ke usa, alhamdullilah perjalanan aku sangat2 di permudahkan ,tiada sebarang diskriminasi atau apa2 masalah! tiada sebarang cable,ni semua cable ALLAH SWT dan bile ALLAH kata kun fa yakun , jadi lah ia...

"Siapa kite nak pertikaikan rezeki, ajal dan apa2 pun dari DIA??? Jadi jgn nak sesuka hati nak jadi polis pencen ke, wartawan ke atau doktor yg korang skrg dok buat di social media sedangkan korang tak tau mane yg sahih dan mane yg RUMORS! STOP FEAR MONGERING dan live around virus! Covid is real, its endemic but not pandemic! WAKE UP, LIVE YOUR LIFE TO FULLEST WHILE STILL HAVE CHANCE! semoga allah swt melindungi kita! Stop discrimination and start respect others decisions!" katanya lagi.


Memetik Kosmo, menjawab persoalan ramai mengenai dirinya yang bersikap anti vaksin, Lana menegaskan dia bukan seperti itu dan tetap akan mengambilnya tidak lama lagi.

"Saya bukan tak nak ambil, tetapi anak saya ada masalah kesihatan, dia sakit jantung sejak lahir. Saya pula masih menyusukan dia sampai November nanti.

"Saya pun ada surat daripada doktor dan bukan suka-suka ingin menolak vaksin. Nyawa anak saya lebih penting dan jadi keutamaan sekarang ni," ujarnya.

Menurut Lana lagi, dia tetap akan mengambil vaksin tetapi bukan di Malaysia dan tidak dalam masa terdekat ini.



"Saya akan ambil di AS nanti bersama suami. Tunggulah mungkin awal tahun depan ke. Bukan tak nak ambil langsung. Benda nak masuk dalam badan dan saya kena pastikan betul-betul selamat digunakan serta melepasi ujian klinikal." - CARI


1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih
1

Lawak
2

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote cheezel 14-9-2021 05:16 AM
Edited by cheezel at 14-9-2021 05:22 AM

balik US mmg kena cucuk vaksin. so terpaksala konar baring nak cucuk tahun depan la apa la
Quote sayangkid 14-9-2021 05:20 AM
Edited by sayangkid at 14-9-2021 05:24 AM

Lps da lepas masuk US terus menganjing rakyat malaysia..kalau tak konon tak cucuk sebab anak sakit la apa la. Macam kat thread rita i cakap. Minah ni kat miami. Florida apa ko nak expect. Org US dr negeri lain tau kalau dari florida dgn texas ni sejenis degil tak nak vaksin tak nak mask bagai. Org dia sndiri kalau kes covid pelik2 bila diaorg akan tanya dari negeri mana. Bangga dia tak pakai mask bagai. Tapi ingt nnt kalau da terkena jgn mintak doa rakyat malaysia menangis keluar air hingus mcm dulu.
Quote cmf_ctrl 14-9-2021 05:29 AM
"Saya akan ambil di AS nanti bersama suami. Tunggulah mungkin awal tahun depan ke. Bukan tak nak ambil langsung. Benda nak masuk dalam badan dan saya kena pastikan betul-betul selamat digunakan serta melepasi ujian klinikal." - CARI


kalau ragu2 tak payah cucuk lah..hak masing2 selagi tak dipaksa. lagi pun bukan ke pakar2 doktor semua dah bagi jaminan vaksin sekarang selamat digunakan nak tunggu ujian klinikal yang mana lagi.. dah berjuta orang cucuk pun
Quote edayildiz 14-9-2021 05:42 AM
i tgk acik ni live td..menganjeng org malaysia..dk sebut psl Allah sambil terkankang..nmpk betis dk terkangkangtong la khenzz blh berbikini dah..
acik , i doa u selamat la ye..bangga nau ckp xyah pakai mask
Quote edayildiz 14-9-2021 05:44 AM
oh ye dia ni kalau xkawen ngn laki dia i rasa level doza jah ni..tp sbb dh kawen kokusen up la sikit
Quote Beaip 14-9-2021 05:50 AM
Hak alah.macam dia sorang je pernah apply MTP.Orang lain dah keluar masuk overseas dah berbulan.Memang government Malaysia tak discriminate kau nak keluar sebab as long as kau letak yang kau nak pegi US untuk migrate terus,dorang takkan stop.
MTP cuma bagi kelulusan kalau kau migrate permanently,working,studying or nak accompany hantar anak sekolah.Tu pun kadang2 tak lepas and kena apply few times baru approved.Aku pun pernah apply MTP.
Tapi kalau nak balik Malaysia,jangan meroyan pulak nak kena bayar quarantine berpuluh ribu.
Untung lah dia nak balik dengan case budak2 kena covid last week over 250,000 in US.
Aku nak bawak anak balik time ni pun seram lagi.Lagi anak dia kecik and ada sakit jantung.
If the covid didnt scare her,she should be scared of the hospital bills{:nose
Quote wanawina 14-9-2021 05:53 AM
Nnt di uturnnya mcm acik pelin, baru saya tahu di us kena vaksin. Agichew.
Quote KelisaOren 14-9-2021 06:23 AM
Kalau kena covid 1 family ko diam2 je kat us sana tu lana....malu la kalau orang tau manusia kebal diserang virus....jgn mintak org tolong doakan mcm masa anak sakit hari tu sebab takut nanti ramai yg kirimkan makian dan hinaan dari kirim doa
Quote perembes 14-9-2021 06:35 AM
toksiknya org malaysia... biarlah kalau dia xnak vaksin.. pilihan dia.. bdn dia.. knapa semua org nak hina dia.. kalau dia kena kobid pun pstu... perlu ka nak kecam dia x vaksin pdhal belambak je org ccuk kena kobid... org malaysia dah xreti beradab kot gara2 cecair suci..

patutnya, sapa nak ccuk.. cucuk.. sapa x nak biarkn .. x mnyusahkan sapa2.. tp otak kita kna cuci, suntik vaksin utk herd imunity dan cegah dr stage berat.. sapa x ccuk mnularkn pd org.. hah smpai skrg org mlaysia punya otak pikir gitu, berblh bergaduh psl cecair...

smpai skrg xde bukti pun herd imunity tu.. perbandingan pratus kematian yg dah ccuk dan blm cucuk pun hmpir setara..x jauh beza..



Quote samshik 14-9-2021 06:41 AM
Tgk doktor2 dah berbuih mulut ajor n tnjuk realiti sbnr bdk2 bile kene covid tp parents gini still rs deme lg tau everything.. Actually, if ko xmo n xblh cucuk vaksin pun, xpyhla probok2 org.. Bile dah kne cerca, sume org pun ko hanjengkn.. Dulu time ank ko xsihat, kat netizen jgk ko minta doa kan??
Quote perembes 14-9-2021 06:41 AM
lagi satu psl diskriminasi gara2 cecair... cucuk atau x.. tetap boleh dijangkiti dan menjangkiti... cucuk atau x tetap boleh ke stage berat.. sama je..

who pun dah kata, herd imunity gagal sbb virus bermutasi..

tp knapa tetap nak diskriminasi.. apa tujuannya? knapa perlu ada greenlane? org2 ccuk je ke yg boleh hidup bebas pasni? xpelik ke peraturan tu??
Quote missyL 14-9-2021 06:58 AM
I tkut tgok hidung die..
Tertgok dlm TV aritu.

Semoga x blik msia dah..
Bangga btol dok usa ye. Haha
Quote fadz84 14-9-2021 06:58 AM
"...suka buat spekulasi sendiri tanpa tanya saya, tanpa selidik tanpa mengkaji kenapa dan apa yg sy buat..."

Yg dia tu buat research tak apa yg dia duk canang, tulis pasal covid selama ni?
Quote imanjannah 14-9-2021 06:59 AM
portal cari ke tu
Quote September14 14-9-2021 06:59 AM
perembes replied at 14-9-2021 06:35 AM
toksiknya org malaysia... biarlah kalau dia xnak vaksin.. pilihan dia.. bdn dia.. knapa semua org na ...

Klu dia xnk cucuk n duduk diam2 ok jer… klu mulut pot pet pot pet mcm rita tu mmg kna kutuk blik ler
Quote Dorotheas 14-9-2021 07:06 AM
Sedih bff kene tinggal lawan zombies sorang2
Quote babycc 14-9-2021 07:15 AM
Dia mengutuk mengata org boleh.. org kecam balik x leh terima pulak siap menganjing balik???
Quote lonely_classic 14-9-2021 07:18 AM
Tak rugi pun minah ni tak ada kat Malaysia.
Biasalah kan, empty vessels make the most noise! Tak boleh panggil dia bimbo sebab dia tak cantik langsung.
Quote sayangkid 14-9-2021 07:19 AM
perembes replied at 14-9-2021 06:35 AM
toksiknya org malaysia... biarlah kalau dia xnak vaksin.. pilihan dia.. bdn dia.. knapa semua org na ...

Orang tak kisah pon kalo dia tak nak cucuk kalo dia tutup mulut dia yg lancang tu..post benda merapu sana sini hasut orang. La ni tgk la menganjing2 kan orang. Macam la dia sorang yg dok us sana. Dia dok us 6 bulan kluar balik malaysia. Cakap macam tau. Org lain menetap sana berbelas tahun dok diam je.

Lihat semua komen(550)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-12-2024 07:33 AM GMT+8 , Processed in 0.037524 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top