Amboi, baru berusia enam tahun dah nak merasa pegang duit sendiri. Berikutan mahu menjana pendapatan sendiri, Hayla Maghfiratul Azkiyaa, anak kepada pasangan selebriti sensasi Aeril Zafrel dan Wawa Zainal kini bergelar pelakon.
Berkongsi di Instagram, Wawa berkata anaknya itu sebenarnya masih belum bersedia untuk berlakon, namun dek keinginannya mahu memegang duit sendiri dia sanggup bersengkang mata ke set penggambaran. "Tengoklah macam mana lakonan dia, boleh ke tak. Kalau tak boleh, terpaksa tarik diri. Risau pula menyusahkan pelakon lain," tulisnya. 'Seram' katanya apabila melihat barisan pelakon yang hebat-hebat bakal membintangi drama yang masih belum didedahkan judulnya itu. Rasanya, berjaya ke tidak Hayla bawa watak Syu bergandingan dengan Syukri Yahya, Nabila Huda, Amerul Afendi dan Adlin Aman Ramli? - CARI
|
awenda507 replied at 15-9-2021 12:53 AM
Lawa bdk ni tp dress up x mcm bdk umo 6y
gekkou replied at 15-9-2021 07:59 AM
kalau dah mak pak pn tergedik2 terkinja menari bervideo
kids learn from you
tak yah nk seram2 sang ...
Masukkeluar replied at 15-9-2021 10:24 AM
ank ank dia mmg comel tp nampak selekeh..
miracle_forever replied at 14-9-2021 11:54 PM
padan la gigih buat gigi palsu hari tu. nk berlakon rupanya
ADVERTISEMENT