Salah satu beg terbaru Balenciaga menjadi topik hangat di media sosial apabila model beg itu menerima banyak komen yang tidak menyenangkan dari netizen. Apa yang tak kena?
Seperti dilaporkan Daily Mail, produk terbaru yang menjadi tumpuan adalah beg membeli-belah The Barbes Large East-West yang dijual pada harga USD 2,090 (kira-kira RM 8,674) di laman web rasmi Balenciaga. Jenama dari Sepanyol ini menggambarkan produk mereka sebagai beg membeli-belah diperbuat daripada kulit lembu dan mempunyai logo “Balenciaga” di bahagian depan.
Beg belanja ini juga dilengkapi dengan dua pemegang atas, tali yang boleh dilepas serta poket dalam. Difahamkan, beg 100 peratus kulit ini dibuat di Itali dengan lapisan kanvas kapas organik. Foto beg harga mahal ini tular di Twitter dan menjadi bahan ejekan sebilangan netizen yang menggelarnya serupa dengan beg lama yang digunakan ‘mak-mak’ mereka. Ada juga netizen yang mengejek beg itu menyerupai beg murah yang selalu dibawa ke dobi. Malah, ada yang mengaitkannya dengan beg belanja yang sering digunakan di Rantau Panjang, Kelantan. Sementara itu, ini bukan kali pertama produk Balenciaga mendapat reaksi seperti ini. Beberapa waktu lalu, netizen teruja untuk menonjolkan jaket Balenciaga bernilai RM16 ribu, yang kelihatan seperti baju seragam pengutip sampah. Sumber: Murai
|
kaedahnya: entahla kengkadang rasa macam brand ni macam mock golongan tak kaya pun ada
Guccibamboo replied at 17-9-2021 11:00 PM
Bedok amat
purplelilac replied at 17-9-2021 12:47 AM
Ni beg kat uma nenek aku ni dia sumbat baju lama semua dlm tu. Beli kat kedai lorong RM8. Corak hamp ...
ADVERTISEMENT