CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Penghantar Makanan Dikecam Sebab Suruh Pelanggan Pakai Bra Masa Ambil Makanan

15-9-2021 07:40 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 7239| Komen: 38

Tangkap layar satu pesanan ringkas yang dihantar oleh seorang penghantar makanan di Thailand kepada pelanggan wanitanya  menjadi tular di internet dengan ramai netizen mengaitkan perbualan tersebut sebagai gangguan seksual, lapor akhbar Bangkok Post hari ini.


Menerusi perbualan tersebut, penghantar makanan itu mengingatkan pelanggannya supaya memakai bra ketika datang untuk mengambil makanan yang dipesan.

“Kepada pelanggan. Apabila anda datang untuk mengambil makanan, sila pakai bra. Saya berasa tidak selesa (jika anda tidak memakai bra),” tulis penghantar makanan berkenaan.


Foto: Unox

Bagaimanapun, menurut laporan, penghantar makanan tersebut mengaitkan pesanan itu dengan insiden lain di mana terdapat pelanggan yang tampil mengambil makanan daripadanya tanpa memakai bra.


Tangkap layar yang dimuat naik itu mencetuskan perdebatan dalam kalangan netizen dan menerima kecaman terutamanya daripada golongan wanita yang menyifatkan mesej tersebut berbaur lucah.

“Sama ada seseorang wanita itu memilih untuk memakai coli atau tidak, itu adalah hak individu. Tiada sesiapa boleh memalukan atau mengganggunya,” tulis seorang netizen.

Seorang lagi netizen wanita menyokong pelanggan tersebut dan berkata, sesetengah perempuan tidak suka memakai bra ketika berada di rumah kerana ingin berasa lebih selesa. 

Menurutnya, mereka tidak akan memakainya untuk seketika hanya semata-mata untuk mengambil makanan daripada penghantar makanan.

Bagaimanapun, sebilangan pengguna lain tidak bersetuju dengan kenyataan tersebut dengan beberapa penghantar makanan berkongsi pengalaman mereka serta mendakwa bahawa ada pelanggan wanita yang sengaja tidak memakai bra kerana ingin menggoda.

Tambah mereka, tabiat tidak memakai bra mungkin perkara biasa di negara Barat, namun tidak di Thailand di mana kes jenayah seksual kerap berlaku.

Selain itu, mereka turut meminta agar pelanggan wanita melindungi diri sendiri daripada jenayah seksual.

Dalam pada itu, syarikat penghantaran makanan tersebut kemudiannya membuat permohonan maaf secara terbuka dan berjanji akan menyiasat perkara itu serta menghukum pekerjanya yang terlibat. -CARI

Sumber: Kosmo
1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote buragazz 15-9-2021 09:27 AM
Tetiba aku teringat cerita geng sekolah.. cerita ni diceritakan masa reunion sesi throwback suka duka ada sorang mamat ni dia memang tak boleh lansung teransang maksud aku klu tgh tgk tv kat TV room asrama tu ada adegan peluk2 ker kiss2 biasa tu tetiba dia kan hilang sekejap.. rupanya member aku cakap dia pergi toilet utk melampiaskan keterujaan nya.. maybe mamat ni tak selesa sebab klu dia hantau makanan sekali nampak pai ayam terjojol mana nak pegi takkan tgh2 jalan nak On..
Quote bulalof 15-9-2021 09:36 AM
ingatkan di Malaysia......
Quote kaedahnya 15-9-2021 09:57 AM
penghantar makanan tu patut rephrase, kalau hang ambik makanan dari aku tanpa pakai bra, aku report hang nak buat kelucahan dekat aku.
Quote JohnyEnglish 15-9-2021 09:59 AM
Grab ke FP?
Quote yum3 15-9-2021 10:04 AM
lelaki ni mata korang ni memng akan pandg dada perempuan ke?  Memng le setgh ppuan kat rmh tak pkai bra.    Bagi le bernapas sikit. Cam aku kalau balik rmh mak atau suami kt kg. Memang akan pakai. Malu lah adik ipor ayah metua ado ooiiiii. Kang tjojol nampak. Malu iiii . Biras aku, adeh.. boleh dia x pakai... Dah le beso... Maluu aku.. Nak tegur kang terasa ati plak
Quote kelip2_07 15-9-2021 10:22 AM
yum3 replied at 15-9-2021 10:04 AM
lelaki ni mata korang ni memng akan pandg dada perempuan ke?  Memng le setgh ppuan kat rmh tak pkai  ...

tmpt plg utama utk santapan mata depa
Quote Beaip 15-9-2021 10:31 AM
Aku pun jenis suka free tak pakai bra{:run tapi aku letak kaftan tebal satu kat living room so bila orang hantar barang,aku sarung je kaftan.
Quote nononcrux 15-9-2021 10:45 AM
thailand ape yang pelik.. itu biasa
Quote card_reader 15-9-2021 10:55 AM
Pompuan buat gangguan seksual kat laki xpe, jgn laki buat gangguan seksual kat perempuan....
Quote KamikuP 15-9-2021 04:30 PM
Beso ke pon kopek pelanggan heolls tu?
Quote edayildiz 15-9-2021 04:46 PM
kalau yg bertudung sorok la blkg tudung
abam panda/ grab kat malaysia ni semua ok kot..xsempat la nk scan pun..dorg kejar order
Quote gigahertz 15-9-2021 04:48 PM
yum3 replied at 15-9-2021 02:04 AM
lelaki ni mata korang ni memng akan pandg dada perempuan ke?  Memng le setgh ppuan kat rmh tak pkai  ...

kalau kecik macam tempurung kelapa tu tiada masalah.
tapi besar macam watermelon pastu baju putih jenis besar.
yang ni mmg sesuatu sangat.
kalau thailand ni banyak yang operated.
Quote imanjannah 15-9-2021 05:04 PM
sian penghntr mknn tu, dia yg kena sexual harassment
Quote PEPPERMAN 15-9-2021 05:06 PM
kalau tak pakai bra pun, pakai lah pakaian yang senonoh sikit.
ni dah lah yang dalam tak pakai, yang luar plak acah2 macam model sekeping bertatu tak laku.
Quote n3ar 15-9-2021 05:30 PM
pompuan ni, dah suruh pakai bra, pakai je laa.. karang si penghantar makanan tu tak tahan, jadi cam dalam porn baru deme tahu

cuba terbalik penghantar makanan perempuan, lelaki yg buka pintu tapi pakai boxer ketat....mau terbeliak mata perempuan tu cakap laki tu pervert
Quote primarikey 15-9-2021 05:35 PM
Yg tak pakai bra kt rmh ni tak risau ke tektek londeh nt....
Quote Scintilla 15-9-2021 09:04 PM
bukan ke kt thailand tu senang nak cari whore kt tepi2 jln jerr
Quote sharlenetexas 15-9-2021 09:08 PM
Also pesan kat lelaki ambil parcel jgn hanya berseluar dalam.

Quote nini_azmi 15-9-2021 09:17 PM
yum3 replied at 15-9-2021 10:04 AM
lelaki ni mata korang ni memng akan pandg dada perempuan ke?  Memng le setgh ppuan kat rmh tak pkai  ...

Errrkkkk..biras awk tu mksdnya menantu kat rumah tu la kan? Biar betik tak pakai bra.
Sy kat rumah dgn anak2 pun pakai..anak semua lelaki, yg sulung darjah 4. Malu pulak kalau tak pakai, nk tido br bukak.same thing kat kmpg rumah parents or in law.
Tp adik bongsu iols kat rumah kdg tak pakai bra ayoooo...dahla ada abg dgn ayah

Lihat semua komen(38)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-11-2024 03:21 PM GMT+8 , Processed in 0.466468 second(s), 51 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top