Pelakon dan penyanyi, Tya Arifin mengorak langkah baharu dalam bidang seni apabila bergelar pengacara menerusi program bual bicara dalam talian, Bersama Tya.
Program yang bersiaran secara langsung setiap Isnin hingga Rabu, jam 10 malam di Instagram Live sejak 14 Jun lalu itu, sekali gus membolehkan Tya juga ibu kepada dua cahaya mata, Arif Jiwa dan Azzahra Jiwa membiasakan norma baharu bekerja dari rumah. Tya yang juga pengasas produk jus kesihatan, Mutyara berkata, pandemik yang sudah lebih setahun melanda turut menjentik semangat dirinya berkongsi perkara positif selain mahu memberi inspirasi menerusi program berkenaan. "Dalam membiasakan norma baharu sekalipun berdepan kekangan tertentu di era pandemik ini, kenapa tidak saya manfaatkan platform media sosial seperti Instagram dan YouTube. Sebenarnya ketika di Indonesia, saya pernah juga menjadi penyampai radio. Cuma tak sempat berjinak-jinak dalam bidang pengacaraan.
"Untuk tugasan program ini, saya banyak melakukan semua kerja sendirian. Awalnya pasukan kerja saya yang menguruskan set program, tetapan gajet, bahan grafik dan sebagainya. Lagi pun saya sudah terbiasa buat sesi siaran langsung di Instagram, jadi tidak canggung. Selepas itu, saya uruskan sendiri, termasuklah menata rias diri dan menentukan pakaian yang mahu dipakai. Malah, tetamu atau panel jemputan pun saya sendiri yang undang. "Lagipun mudah kerana saya bersiaran di rumah. Anak pula jam 9 malam sudah tidur. Jadi, masa bersiaran saya tak diganggu mereka. Pembantu rumah hanya 'standby' tekan butang siaran langsung di telefon bimbit," katanya.
|
Kurex replied at 15-9-2021 11:08 AM
Salah sorang pencari rezeki utk biawak hidup
purplelilac replied at 15-9-2021 11:55 AM
Ternampak dia post video before and after makeup. Before makeup mcm org biasa2 tp bila dh letak lips ...
bluebutter replied at 15-9-2021 08:14 AM
Seronok kaum puak keluarga dia disana nun.
Anak terkenal disini.
Kurex replied at 15-9-2021 11:08 AM
Salah sorang pencari rezeki utk biawak hidup
LadyCarefree replied at 17-9-2021 12:20 AM
Sebelum kahwin dgn acap, xsiapa kenal ke? I memang xpernah dgr nama dia.
NEmma replied at 16-9-2021 11:26 PM
Kan.. Before kawen dgn asyraf dulu i tengok tya ni cantik gila kot.. Time tu pun asyraf ada la usa ...
purplelilac replied at 15-9-2021 11:55 AM
Ternampak dia post video before and after makeup. Before makeup mcm org biasa2 tp bila dh letak lips ...
ADVERTISEMENT