|
Osaka menjadikan sebuah arked permainan video sebagai pusat vaksinasi dalam usaha mempercepatkan pemberian vaksin COVID-19 di Jepun. Ia ditutup selama dua hari bagi memberi laluan kepada kira-kira 1,500 pekerja serta kakitangan arked dan penduduk berdekatan kawasan itu menerima vaksin.
Mereka yang terlibat menyifatkan ia langkah yang bertepatan dan memudahkan mereka untuk menerima vaksin. Jepun agak ketinggalan berbanding negara lain dalam program pemberian vaksin kepada penduduknya. Bagaimanapun, ia mencapai perkembangan yang progresif apabila lebih daripada separuh populasinya kini telah divaksinasi sepenuhnya.
Sumber: AWANI
|
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
11-2-2026 11:34 PM GMT+8 , Processed in 0.874023 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.