Bau busuk seperti bau toksik menggemparkan penduduk Kampung Baru Sri Aman, Seelong, johor Bahru sehingga memaksa mereka keluar dari kediaman masing-masing pada tengah malam Selasa. Salah seorang penduduk, Rubaiyah Mat Sam, 70, yang menyedari bau kuat sejak petang Selasa turut merasa pening-pening.
“Dari siang sudah cakap dengan budak-budak ini, bau apa ini, bau najis ke. Puas cari depan rumah, tapi tak ada apa pun. “Dekat rumah sudah ada rasa pening tapi tak tahu apa. Saya dan menantu rasa pening, jadi kami telan panadol,” katanya ketika ditemui pemberita di Balai Raya Kampung Sinaran Baru, Seelong di sini pada awal pagi Rabu. Dia yang tinggal bersama anak lelakinya, menantu dan dua cucu hanya menyedari kehadiran bomba pada jam 10 malam dan mendengar khabar ada berlakunya pembuangan toksik. Katanya, pada tengah malam Selasa, bomba telah mengarahkan mereka keluar dari rumah untuk tinggal sementara di balai raya itu.
Seorang lagi penduduk, Hafiz Badrul Hisham, 37, menyedari bau tersebut kira-kira 8.30 malam. “Saya terhidu bau yang tidak menyenangkan sehingga terasa sesak nafas. Jadi saya cuba mencari, kemungkinan bau petrol, lama kelamaan makin kuat baunya,” katanya ketika ditemui di Kampung Baru Sri Aman. Bila jiran-jiran sudah keluar, dia berkata ada seorang wanita batuk lalu rebah, jadi dia pergi menolong sementara menunggu bomba tiba. Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Puteri Wangsa, Mazlan Bujang berkata, penduduk kampung berkenaan yang sebelum ini ditempatkan di balai raya berhampiran kini ditempatkan semula ke Balairaya Kampung Sinaran Baru yang terletak kira-kira satu kilometer memandangkan bau yang masih kuat. “Kita telah menguruskan makanan dengan segera dan juga tikar sebagainya untuk mereka tidur. Bila masih berbau, kita pindahkan mereka untuk keselamatan,” kata beliau ketika ditemui di kampung berkenaan pada malam Selasa. Dalam kejadian jam 10 malam itu, dua wanita berusia 20-an dan 40-an sesak nafas manakala 102 penduduk daripada 25 keluarga dipindahkan sementara ke Balai Raya Kampung Sinaran Baru. Hasil siasatan awal, pihak bomba mengesyaki tumpahan yang ditemui di sungai berhampiran adalah methyl alcohol, sejenis bahan buangan berjadual dengan kepekatan 120 ppm (bahagian per juta). Sumber: Bernama
|
edayildiz replied at 15-9-2021 01:47 PM
bau apa?gas apa bocor..
pernah baca kt yindon polis bakar dadah yg dorg rampas..satu kg laklok.. xt ...
edayildiz replied at 15-9-2021 02:16 PM
loklak tu mkn sis
tikusmontok replied at 15-9-2021 02:20 PM
loqlaq
Not thinking straight; not being careful in doing something.
edayildiz replied at 15-9-2021 02:29 PM
so loqlaq la ye..selama ni i guna laklok..laklok sbb dadah gitu mksd ayat i td
ok ok faha ...
besi_kelabu replied at 15-9-2021 02:34 PM
loqlaq - cuai
laklok - khayal
edayildiz replied at 15-9-2021 02:47 PM
bau apa?gas apa bocor..
pernah baca kt yindon polis bakar dadah yg dorg rampas..satu kg laklok.. xt ...
edayildiz replied at 15-9-2021 03:32 PM
azmi terasa sedikit loqlaq sbb setelah tidak cukup tidur.
ni mcm ayat utara ni..
hang ni loqllaq n ...
trexxxxxi replied at 15-9-2021 02:55 PM
Loklaq Peghelis bawak maksud not being careful
Loklaq Kedah lebih pada lucah tu
edayildiz replied at 15-9-2021 04:01 PM
lain mksd rupanya..haha
baik sis..labil tu apa kalau kt kedah
trexxxxxi replied at 15-9-2021 04:57 PM
Tak torah
Boleh google sebab ada dalam kamus dewan edisi keempat
ADVERTISEMENT