|
Pandemik Covid-19 yang melanda negara sememangkan membataskan pergerakan teruatamanya kanak-kanak. Namun, berbeza pula ceritanya kali ini apabila seorang kanak-kanak ‘meluahkan’ perasaannya dengan meminta ‘kebenaran’ Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk bersiar-siar.
Video rakaman suara Aisyah itu dimuat naik pengguna TikTok Cik Nana (jnhjhd). Video pendek itu memaparkan perbualan suara di WhatsApp di antara Aisyah dan Cik Nana. Aisyah kononnya ‘bertanya’ kepada KKM sama ada kanak-kanak sudah dibenarkan keluar rumah ataupun tidak kerana dia ingin pergi berkelah di pantai.
Dengan loghat Sabah, dia juga sempat mengadu bahawa dia sudah lama terkurung di rumah. Menurut Cik Nana, topik perbualan itu mula tercetus selepas Aisyah melihat berita di televisyen ada ibu bapa yang sudah mula membawa anak-anak berkelah di tepi sungai. Kebanyakan netizen terhibur mendengar celoteh anak kecil itu. Malah tidak kurang juga ada yang menyifatkan Aisyah seorang kanak-kanak yang bijak selain petah berbicara. Sumber: OhBulan
|

ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
9-2-2026 09:11 PM GMT+8 , Processed in 0.432107 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.