CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Bersalin Secara Pembedahan Kali Ketiga, Izreen Azminda Rahsiakan Jantina Anak

15-9-2021 03:45 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4127| Komen: 19

 Selepas dua kali melahirkan anak secara pembedahan caesarean, pelakon Izreen Azminda tiada pilihan lain apabila terpaksa melahirkan anak ketiganya menerusi kaedah yang sama.


Menurut Izreen, 36, yang dijangka melahirkan anak ketiganya sekitar minggu ini atau minggu hadapan dan perkara tersebut telah diberitahu awal oleh doktor.

“Anak pertama dilahirkan secara pembedahan, jika diikutkan saya mahu lahirkan bayi kedua secara normal. Namun, disebabkan kedudukannya melintang, saya tiada pilihan selain perlu dibedah.

“Oleh sebab itu, saya  juga tiada pilihan untuk anak ketiga ini. Mahu atau tidak, doktor memberitahu, saya perlu melahirkan anak secara pembedahan juga,” kata Izreen yang dihubungi Kosmo! Online sebentar tadi.

Dalam pada itu, pelakon yang popular dengan drama Tanggang Ayu meluahkan kebimbangannya melahirkan anak dalam musim pandemik Covid-19.

Jelasnya, disebabkan sedar akan risiko lebih tinggi terhadap wanita hamil, Izreen mendisiplinkan dirinya untuk tidak keluar dari rumah selain daripada menjalani pemeriksaan kandungan bulanan di sebuah hospital swasta.


“Memang takut dan bimbang, cuma saya tidak mahu terlalu memikirkannya. Ibu mengandung emosinya mudah terganggu dan akan membuatkan saya tidak senang duduk.

“Jadi, cara terbaik adalah fokus pada kesihatan diri dan proses bersalin sahaja. Walaupun sudah cukup dua dos vaksin, saya mengambil langkah berjaga-jaga.

“Saya memang langsung tidak keluar rumah kecuali ke hospital untuk pemeriksaan bulanan. Jika terlalu bosan atau teringin sangat keluar rumah suami akan bawa berjalan-jalan pusing-pusing dalam kereta sahaja,” ujar Izreen.

Meskipun berasa bimbang, kata Izreen hatinya sedikit lega apabila melihat pihak hospital mengenakan posedur operasi standard (SOP) yang agak ketat.


Foto: IG/KOSMO

“Bersalin ketika musim Covid-19 memang agak sukar, namun semua SOP yang dibuat adalah untuk memastikan kesihatan pesakit terjamin.

“Saya akan ditemani suami ketika bersalin dan dia perlu menjalani ujian calitan dua hari sebelum pembedahan dijalankan. Begitu juga dengan ibu mertua yang akan menjaga saya sepanjang di rawat di hospital.

“Suami perlu tetap pulang ke rumah kerana anak kedua, Aaron masih kecil dan tidak mahu dengan orang lain,” ujar Izreen.

Ditebak akan jantina anak ketiganya, Izreen bagaimanapun memilih untuk merahsiakannya terlebih dahulu.

“Soal jantina anak tunggulah selepas dilahirkan kelak. Saya dan suami sudah tahu, cuma untuk orang lain tunggulah selepas saya bersalin,” tutur Izreen.

Kehamilan ketiga tersebut merupakan kandungan kedua hasil perkongsian hidup bersama pemuzik bebas, Muhammad Radzi Abdul Wahid atau dikenali sebagai Ude yang dikahwini pada 8 Ogos 2017.

Hasil perkongsian hidup bersama Ude, Izreen dikurniakan seorang anak lelaki, Aaron Ibrahim yang kini berusia dua tahun.

Terdahulu, pelakon kelahiran Perlis itu turut memiliki seorang anak lelaki sulung, Muhammad Adrian Umar, 8, menerusi perkahwinan pertamanya dengan seorang jurukamera, Muhammad Riza Baharudin. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote trexxxxxi 15-9-2021 03:47 PM
Lepas ni tutup kilang
Quote orkidorkido 15-9-2021 03:52 PM
Semoga selamat semuanya
Quote bluebutter 15-9-2021 03:53 PM
Tak baby perempuan baby lelaki. Hihi.

Tapi kan. Anak anak dia semua berupa. Handsome handsome anak lelaki dia.
Quote dudaberhias 15-9-2021 04:02 PM
Dia ni kalau gosip tak habis2 pasal beranak lah, mengandung lah dan paling sadis pasal jubo takleh berak pun ada. Gosip dia mesti ada je kait dengan apa saja benda berlubang.
Quote makadek 15-9-2021 04:22 PM
Dia ni cantik tp wow factor tak ada
Quote jiwakacau06 15-9-2021 04:25 PM
bukankah dia jugak bising ex madu beranak private hosp atau operation satu ketika dulu
Quote katakauu 15-9-2021 04:27 PM
die kelakauuu kalau berlakon tp tula buat taik
k bye
Quote bungarose 15-9-2021 04:29 PM
Bye izrin
Stopler jaja kisah peribadi
Quote boojaat 15-9-2021 04:32 PM
Bersalin czer ni kt boleh pilih tarikh. Motif bgtau bersalin minggu ni or dpn? Iols aritu siap2 booking tarikh sebab doctor bgtau awal perlu czer ..
Quote OyaTonggek 15-9-2021 05:48 PM
jering dh x bff dgn mami jarum junior dh ye?
Quote kitmal9545 15-9-2021 07:18 PM
tak minat nak tahu..takda impak pada covid pun
Quote anony-mous 15-9-2021 07:20 PM
makadek replied at 15-9-2021 04:22 PM
Dia ni cantik tp wow factor tak ada

Dia ada wow factor, pndai berlakon tp sbb mencaras lepas tu bising, sbb tu diboikot. Klau diam2 sedar diri mesti berlakon lg skrg ni
Quote nakkomenjugak 16-9-2021 01:17 AM
Tak nak ambik tau but congrats!
Quote aemon 16-9-2021 02:51 AM
sendunya kau..baru 14 komen termasuk aku
Quote bottombikini 16-9-2021 07:35 AM
ketinggalan ke aku nih
dah nak masuk 3 ke anak dia?
Quote epal_putih 16-9-2021 09:01 AM
Hmmm tahniah...
Tak lelaki ..
Pompuan
Quote xAthenax 16-9-2021 11:32 AM
geng muka keras perangai keras geng caras
3 ekoq dari P
Quote emera 16-9-2021 04:17 PM
Muka dia cam jantan. Tak sesuai berlakon jd pompuan ayu.
Quote TeropongThaico 16-9-2021 10:07 PM
Semoga dipermudahkan. Terlalu kurus dia ni kalau gebu sikit lawa.

Lihat semua komen(19)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-12-2024 12:48 PM GMT+8 , Processed in 0.210022 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top