Sejak kebelakangan ini, banyak isu tercetus melibatkan warga asing yang degil mengingkari SOP ditetapkan kerajaan. Bukan soal tidak hormat, sebaliknya dikhuatiri trend ini akan mencetuskan kluster baru Covid-19 terutamanya di kawasan awam.
Tular sebuah video memaparkan situasi pelanggan berasak-asak di perkarangan pejabat Pos Malaysia Klang tular menerusi media sosial. Apa yang mengecewakan, ratusan warga asing dilihat beratur tanpa mematuhi penjarakan fizikal sebelum masuk ke premis tersebut dipercayai untuk urusan memperbaharui pasport. Gara-gara itu, kelihatan beberapa kakitangan termasuk seorang wanita menghayun kayu sambil meninggikan suara kepada deretan warga asing tersebut agar menjarakkan barisan.
Tegasnya, individu yang ingkar kepada penjarakan fizikal langsung tidak dibenarkan masuk bagi sebarang urusan. Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen menyokong pendekatan yang diguna pakai oleh kakitangan wanita tersebut. Dalam pada itu, mereka turut menyifatkan sesetengah golongan warga asing memang susah untuk patuh arahan walaupun hakikatnya ia untuk kebaikan bersama. Sumber: Kisah Dunia
|
Jiddin replied at 15-9-2021 04:27 PM
Aku rasa warga asing tu pun tak kisah kena marah camtu. Kalau warga lokal pasti ramai Yang dah kecii ...
Cik_jantung replied at 15-9-2021 06:07 PM
Alan kakk.. sian akk marah2. Penat jaga sop. Lepas ni akk pegi Langkawi plak.. akk tengokla macam ma ...
ADVERTISEMENT