CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Remaja Maut, Gosok Gigi Guna Racun Tikus

16-9-2021 01:29 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 6355| Komen: 48

Mumbai: Seorang remaja perempuan maut selepas tersilap memberus gigi menggunakan racun tikus yang disangka ubat gigi.

Afsana Khan, 18, berasal dari Dharavi, meninggal dunia pada 3 September lalu.


Mangsa dikatakan dalam keadaan mengantuk dan terambil racun tikus yang diletakkan berhampiran ubat gigi.

Tanpa disedari, remaja perempuan itu terus mencapai racun tikus dan meletakkan pada berus gigi sebelum menggosok gigi.

Gambar Hiasan

Remaja itu terus berhenti menggosok gigi selepas tersedar akan kelainan pada rasa dan bau.
Dia bagaimanapun tidak berasa tidak selesa selepas itu dan meneruskan rutin hariannya walaupun berasa sedikit pening.



Bimbang dimarahi keluarga, Afsana mengambil ubat untuk mengatasi masalah peningnya itu walaupun berasa tidak selesa pada perut.

Mangsa turut mendapatkan rawatan di tiga klinik swasta dan hospital, namun tiada sebarang perkembangan positif.

Selepas didesak ibunya apabila tahap kesihatan yang semakin menurun, Afsana akhirnya memaklumkan kejadian sebenar kepada keluarga.

Dia kemudian dikejarkan ke sebuah hospital untuk rawatan lanjut.

Pelbagai usaha dilakukan untuk menyelamatkan nyawanya, namun dia akhirnya menghembuskan nafas terakhir di samping keluarga.

Laporan kesihatan merumuskan Afsana maut kerana keracunan dan Balai Polis Dharavi sudah mengambil sampel forensik untuk siasatan.

Polis juga sudah merakamkan keterangan daripada ahli keluarga mangsa.

Setakat ini, kes diklasifikasikan kematian kerana kemalangan. -CARI

Sumber: Harian Metro
1

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Orix 16-9-2021 01:35 PM
Sbb tu jgan garang melampau sgat dengan anak.. anak jd takut nk bgtau apa2… jiran iols dlu ada kes lebih kurang mcm ni… anak dia accident jatuh motor, dh patah riuk gagah kan diri jugak pergi balik rumah berkurung dalam bilik takut nak bgtau mak ayah dia takut kena marah kaw2, meninggal terus x lama pastu.. buat bedah siasat tulang dia ada yg patah n kecederaan dlm organ.. boleh selamat jika dapat rawatan cepat… tapi apakan daya, apak dia garang nak mampus dgan anak2
Quote noor2 16-9-2021 01:38 PM
Orix replied at 16-9-2021 01:35 PM
Sbb tu jgan garang melampau sgat dengan anak.. anak jd takut nk bgtau apa2… jiran iols dlu ada kes  ...

Sedihnya.......innalillah....
Quote edayildiz 16-9-2021 01:40 PM
racun tikus yang diletakkan berhampiran ubat gigi

serius la racun tikus dk sebelah ubt gg
dah la mmg tgh gosok gg kdg mata mmg xblh bkk sgt lg..i pernah gosok gg ngn pencuci muka jah..pahit sgt..
Quote cmf_almondpecan 16-9-2021 01:41 PM
Orix replied at 16-9-2021 01:35 PM
Sbb tu jgan garang melampau sgat dengan anak.. anak jd takut nk bgtau apa2… jiran iols dlu ada kes  ...

Kesiannya. Adik tu tanggung sakit tak terkata agaknya sampai mati. Tapi saya faham sangat sbb dlm keadaan yg sama dulu. Kalau saya pun memang pilih mati daripada bgtau ibu.
Quote Orix 16-9-2021 01:42 PM
noor2 replied at 16-9-2021 01:38 PM
Sedihnya.......innalillah....

Aah, x terbayang iols cemana dia menahan sakit diam2 dlm bilik smpi meninggal….
Quote batmana 16-9-2021 01:42 PM
Orix replied at 16-9-2021 01:35 PM
Sbb tu jgan garang melampau sgat dengan anak.. anak jd takut nk bgtau apa2… jiran iols dlu ada kes  ...

patut klu pak garang, mak kene lembut sket,
anak tu dptla cerita

ni dua2 garang, anak jadila cmni..
Quote Orix 16-9-2021 01:44 PM
batmana replied at 16-9-2021 01:42 PM
patut klu pak garang, mak kene lembut sket,
anak tu dptla cerita


Mak dia nnt mesti la bgtau apaknya. Standard mak2 suri rumah apa la daya sgat kalo anak accident kena msuk hosp ujong2 mesti bgtau apaknya. Apaknya pulak jenis baran tak tentu pasal
Quote edayildiz 16-9-2021 01:46 PM
Orix replied at 16-9-2021 01:35 PM
Sbb tu jgan garang melampau sgat dengan anak.. anak jd takut nk bgtau apa2… jiran iols dlu ada kes  ...

kesiannya arwah..tp i fhm jer perasaan arwah sbb i pun kalau jatuh/ luka kat memana xbgtau ayh..pernah sekali jatuh tangga kt sekolah..punya la skt kaki tp bila kat umah tahan sakit jalan mcm biasa..dah bengkak sikit tpksa bgtau jgk..
Quote Orix 16-9-2021 01:51 PM
edayildiz replied at 16-9-2021 01:46 PM
kesiannya arwah..tp i fhm jer perasaan arwah sbb i pun kalau jatuh/ luka kat memana xbgtau ayh..pe ...

Iols x kisah kalau kena marah dgan mak iols, tp make sure marah in private. Iols boleh naik hantu sama level dgan kegarangan mak iols kalau dia marah iols dekat public. Malu hokey !
Quote Fortiori02 16-9-2021 02:04 PM
Kesiannya. Bnd2 beracun gini kena letak kat tempat berkunci spy mak pak je yg blh akses. Budak2 kdg tak tgk / baca pun label brg tu, dia terus guna je.
Quote Fortiori02 16-9-2021 02:06 PM
Orix: Sbb tu jgan garang melampau sgat dengan anak.. anak jd takut nk bgtau apa2… jiran iols dlu ada kes lebih kurang mcm ni… anak dia accident jatuh moto ...

Tu lah org kata, tegas tu kena berpada2, ikut keadaan. Kesian anak jiran u tu.
Quote becir 16-9-2021 02:09 PM
Orix replied at 16-9-2021 01:35 PM
Sbb tu jgan garang melampau sgat dengan anak.. anak jd takut nk bgtau apa2… jiran iols dlu ada kes  ...

Lepas anak meninggal bapaknya kurang baran tak?
Quote I.K.A888990 16-9-2021 02:47 PM
kesian budak ni
benda xsangka jadi
jgn la letak ubat racun sekali dgn brg2 harian yg selalu kita pakai. kita x jangka apa2 boel jadi esp yg ada ank kecik ni
Quote SecretLuv 16-9-2021 04:02 PM
Orix: Mak dia nnt mesti la bgtau apaknya. Standard mak2 suri rumah apa la daya sgat kalo anak accident kena msuk hosp ujong2 mesti bgtau apaknya. Apaknya pu ...


Lepas tu bapak dia masih garang lagi tak dengan anak2 dia yang lain? Ke dah berubah? Mesti menyesal sangat kan..
Quote SecretLuv 16-9-2021 04:04 PM
Aku pun ada jiran yang jenis garang gila. Kalau marah anak2 dia memang semua boleh dengar. Mesti anak2 dia stress dapat bapak macam tu.. Aku ni kalau kena bebel pun boleh stress.. Inikan pula yang kena tengking2 maki hamun..
Quote sekngucing 16-9-2021 04:13 PM
Orix replied at 16-9-2021 01:35 PM
Sbb tu jgan garang melampau sgat dengan anak.. anak jd takut nk bgtau apa2… jiran iols dlu ada kes  ...

Sepupu aku meninggal.lemas di parit di teluk intan tahun 2002

Adiknya..tgok kejadian tu balik rumah dan tak bgtabu bapak dia sebab takut...

2 kanak kanak mati dlm kejadian tu..sepupu aku dan kawannya..
Quote slyfynx 16-9-2021 04:20 PM
edayildiz replied at 16-9-2021 01:40 PM
racun tikus yang diletakkan berhampiran ubat gigi

serius la racun tikus dk sebelah ubt gg
...

Aku hampir nk tergosok gigi dengan polident abah aku
Sibbaik aku terfikir nape susah sgt nk picit tiub die
Quote dua_chzy 16-9-2021 04:38 PM
sekngucing replied at 16-9-2021 04:13 PM
Sepupu aku meninggal.lemas di parit di teluk intan tahun 2002

Adiknya..tgok kejadian tu balik r ...

Macam kes anak makcik depan rumah nenek aku. Dia dan kawan2 gi mandi sungai. Pehtu dia lemas hanyut dibawa air. Kawan2 dia 2 orang warned yang budak sorang lagik muda jangan kasitau mak pak, nanti kena marah. Meka pun balik rumah masing2. Bila jiran nenek tu frantic cari anak dia dan berita ni tersebar meluas di kampung, dah tengah malam baru yang paling kecik tu nangis2 cerita mak pak apa yang jadi. Yang 2 orang lagik memang konsisten berbohong kata tak tau apa2. Jadi kalau nak kata budak kecik tak pandai berbohong, tu memang bohong sangat lah.
Quote supernaturalee 16-9-2021 04:53 PM
Dia bagaimanapun tidak berasa tidak selesa selepas itu dan meneruskan rutin hariannya walaupun berasa sedikit pening.

Tidak berasa tidak selesa????

Tau lh berita dr yindia
Kau pny ayat pun x nk kalah
Bg mood eh

Lihat semua komen(48)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-12-2024 12:40 PM GMT+8 , Processed in 0.190436 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top