“Tak faham kenapa semua sibuk nak pergi Langkawi. Hari ini dibenarkan, hari ini juga nak pergi.” Itu antara luahan selebriti versatil, Nabila Huda selepas melihat ramai yang mula menjejakkan kaki untuk bercuti ke Pulau Langkawi, Kedah bermula hari ini.
Menerusi beberapa ciapan Twitter, pemilik nama lengkap Nabila Huda Suhaimi itu mempersoalkan mengapa ramai yang terburu-buru untuk bercuti ke Pulang Langkawi hari ini. “Tidak berapa faham kenapa semua sibuk nak pergi Langkawi. Hari ini boleh pergi, hari ini juga semua nak pergi. “Tak boleh tunggu minggu depan atau bulan depan? Tetap nak jugak hari ni. Kenapa ya?” soal aktres berusia 37 tahun itu.
Tambah pelakon drama, dia juga menyamakan situasi hari ini seperti kejadian apabila lokasi rekreasi air terjun dipenuhi orang ramai baru-baru ini. “Hari itu semasa dibenarkan rentas daerah, semua jugak pergi sungai. Waktu itu juga semua nak ke sana dan sesak terus keadaan di sungai. “Sama juga ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) diumumkan, semua nak pergi ke pasaraya, pembelian panik,” luahnya lagi. Ujar pelakon filem M4M4 itu, dia juga pelik dengan sikap sesetengah manusia yang suka terburu-buru dalam melakukan sesuatu perkara selepas diberikan kebenaran.
|
mieymiey replied at 17-9-2021 08:25 AM
Iols kalau kerajaan benarkan merentas negeri hari ni, hari ni jugak iols merentas. Ada iols kesah de ...
cap_ayam replied at 17-9-2021 09:16 AM
pada kaka orang2 yang pi Langkawi ni umpama hero.. sama macam orang2 yang battle vaksin AZ bulan 4 l ...
ADVERTISEMENT