CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lelaki Naik Hantu, Fasal Makan Pun Boleh Bertikam

17-9-2021 08:27 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4659| Komen: 27

Kulim: Hanya kerana abang ipar memberitahu ibunya yang dia sudah makan, seorang lelaki 'naik hantu' apabila mengamuk dan menikam abang iparnya itu dengan pisau di Kampung Gunung Bongsu, Karangan, dekat sini, hari ini.


Dalam kejadian 3 petang itu, mangsa yang bekerja sebagai penoreh getah berusia 30-an ditikam di dada kiri dan kini mendapatkan rawatan di Hospital Kulim.

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Sazalee Adam berkata, polis menerima panggilan pada 3.16 petang daripada ahli keluarga yang memaklumkan kejadian terbabit.

Kredit foto: Harian Metro


"Bertindak daripada maklumat itu, polis bergegas ke lokasi kejadian serta menahan suspek berusia 27 tahun dan merampas sebilah pisau.


"Pemeriksaan lanjut mendapati suspek mempunyai beberapa rekod lampau bersabit kes jenayah dan dadah," katanya ketika dihubungi.

Menurutnya, siasatan mendapati mangsa sebelum itu sedang makan di dapur bersama ibu mentuanya dan dia ketika memberitahu wanita terbabit yang suspek sudah makan.

Katanya, suspek yang mendengar perbualan dan kata-kata abang iparnya itu secara tiba-tiba mengamuk dan mengambil pisau di sinki sebelum menikam mangsa.

"Tikaman itu terkena bahagian kiri dada abang iparnya dan doktor merawat memaklumkan mangsa berada dalam keadaan stabil.

"Hasil keterangan awal, keluarga memberitahu suspek seorang pendiam serta kerap bercakap seorang diri sejak lebih lima tahun lalu.

"Keluarga suspek mendakwa yang dia seorang penagih dadah dan kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan," katanya. -CARI

Sumber: Harian Metro
1

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Dwdrum 17-9-2021 08:06 AM
Ambil dadah sehingga mental problem... Side effect nya... Kasihan family yang ada penajis dadah...
Quote kyozsamurai 17-9-2021 08:08 AM
penagih ni macam bom jangka la kot.....bila2 masa boleh meletup
Quote edayildiz 17-9-2021 08:15 AM
mesti sebab dadah kalau amuk gini..
nape mcm xpernah penyanyi yg hisap dadah tu mengamuk gini ye
.betul tak soalan ni
i tgk penghisap dadah yg alaf baru jer jd gini..yg senior sejenis buat hal dorg sendiri..xde nk amuk2..
Quote sarah82 17-9-2021 08:24 AM
Dadah la tu.. Dasar manusia yg tak guna
Quote CARI-MRO 17-9-2021 08:27 AM
Kulim: Hanya kerana abang ipar memberitahu ibunya yang dia sudah makan, seorang lelaki 'naik hantu' apabila mengamuk dan menikam abang iparnya itu dengan pisau di Kampung Gunung Bongsu, Karangan, dekat sini, hari ini.


Dalam kejadian 3 petang itu, mangsa yang bekerja sebagai penoreh getah berusia 30-an ditikam di dada kiri dan kini mendapatkan rawatan di Hospital Kulim.


Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Sazalee Adam berkata, polis menerima panggilan pada 3.16 petang daripada ahli keluarga yang memaklumkan kejadian terbabit.


Kredit foto: Harian Metro





"Bertindak daripada maklumat itu, polis bergegas ke lokasi kejadian serta menahan suspek berusia 27 tahun dan merampas sebilah pisau.


"emeriksaan lanjut mendapati suspek mempunyai beberapa rekod lampau bersabit kes jenayah dan dadah," katanya ketika dihubungi.


Menurutnya, siasatan mendapati mangsa sebelum itu sedang makan di dapur bersama ibu mentuanya dan dia ketika memberitahu wanita terbabit yang suspek sudah makan.


Katanya, suspek yang mendengar perbualan dan kata-kata abang iparnya itu secara tiba-tiba mengamuk dan mengambil pisau di sinki sebelum menikam mangsa.


"Tikaman itu terkena bahagian kiri dada abang iparnya dan doktor merawat memaklumkan mangsa berada dalam keadaan stabil.


"Hasil keterangan awal, keluarga memberitahu suspek seorang pendiam serta kerap bercakap seorang diri sejak lebih lima tahun lalu.


"Keluarga suspek mendakwa yang dia seorang penagih dadah dan kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan," katanya. -CARI


Sumber: Harian Metro
Quote supernaturalee 17-9-2021 08:37 AM
Abg ipar bergura lh tu sbb saiz heols kot

Kn dh mendapat

Quote JohnyEnglish 17-9-2021 08:37 AM
Isap dadah jenis ape leh jd gemuk?aku syak beliyau mampu isap gam cap senapang jah
Quote Xim 17-9-2021 08:40 AM
Thread dah ada : https://mforum1.cari.com.my/foru ... ead&tid=1271982
Quote wajaman 17-9-2021 09:41 AM
fofuler kulim ni ye..mcm2 kes ada
Quote kakikuDibibirmu 17-9-2021 09:43 AM
Benjy hisap dada bukan bertambah kurus, bertambah gemok dan tembam lagi adalah
Quote glump 17-9-2021 09:44 AM
Penagih dadah sekarang ramai ambik dadah santetik yg menyebabkan kerosakan otak..tu yg  golongan ini cenderung melakukan jenayah luar jangka Dan payah nak jangka..memang menyusahkan.
Quote Mooverine 17-9-2021 09:45 AM
semoga kita dan keluarga kita dijauhkan dari najis dadah ni
risau sangat-sangat , takut family jadi mcm dalam kes-kes macam ni..
Quote Suchi 17-9-2021 09:46 AM
Kenapa dia marah abang ipar dia ckp gitu?

“Mak saya dah makan”
Tetiba adik ipar meluru tikam abang ipar.

Halusinasi ke apa?
Quote copy_paste 17-9-2021 09:47 AM
kalau berita mcm ni mesti babit dadah...
Quote mzzenma 17-9-2021 09:50 AM
4 kali mzz baca berita ni and still mzz tak faham. Diorang tengah malam bertiga ke.. and tetiba bil suspek cakap suspek dah makan? ke bil tu yg dah makan?

i is pening.

Tapi baca tajuk mmg dah boleh agak ni mesti dadah. sila tembak penagih bodoh ni.
Quote bedahmenjuyah 17-9-2021 09:53 AM
Suchi replied at 17-9-2021 09:46 AM
Kenapa dia marah abang ipar dia ckp gitu?

“Mak saya dah makan”

Dah tak betul mcm tu la. Nak jadi sebab utk mengamuk
Quote cucutokwan89 17-9-2021 09:56 AM
Suchi replied at 17-9-2021 09:46 AM
Kenapa dia marah abang ipar dia ckp gitu?

“Mak saya dah makan”

abg ipar tgh makan dgn mak mentuanya. Lps tu abg ipar bgth pada mak mentua yg suspek dh makan. Suspek dengar n mengamuk.
Quote bottombikini 17-9-2021 10:07 AM
cucutokwan89 replied at 17-9-2021 09:56 AM
abg ipar tgh makan dgn mak mentuanya. Lps tu abg ipar bgth pada mak mentua yg suspek dh makan. Sus ...

yg aku paham camni la kisahnye

saspek dgr mcm abg ipar dia menganjing agaknye
rasa kalo famili2 banyak je yg mcm ni
dalam drama pun banyak

cth:
mak: adik dah makan ke?
abg ipo: dia dah makan mak (dialog yg ni penting ok, kalo tak kena tonasi mmg bole jadi tikam menikam)




Quote Mini.Me 17-9-2021 10:11 AM
Pasal dah makan pon boleh buat gaduh...lalok sgt la tu

Lihat semua komen(27)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-12-2024 06:43 PM GMT+8 , Processed in 0.381744 second(s), 37 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top