CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tengah Sedap Makan, Terjumpa Jari Manusia Dalam Burger

17-9-2021 10:45 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2763| Komen: 17

LA PAZ: Seorang wanita terkejut selepas menemukan potongan jari manusia di dalam burger yang dibelinya di sebuah restoran di Santa Cruz de la Sierra, Bolivia.

Lapor Express, wanita yang enggan mendedahkan namanya memberitahu dia menemukan bahagian itu ketika sedang menikmati hidangan makanan di restoran tersebut.

Timbalan Menteri Hal Ehwal Pengguna, Jorge Silva berkata, bahagian jari ditemukan itu milik salah seorang pekerja di rumah sembelihan.


Foto: Newsflash

Katanya, pekerja tersebut kehilangan dua jarinya dalam satu kemalangan pada Jumaat lalu ketika mengendalikan mesin pemotong yang menyediakan kira-kira 80 kilogram (kg) daging.


Menurut Silva, pekerja tersebut kemudian dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan dan jari terputus itu didakwa telah dibuang selepas kejadian itu.

“Kami akan mengambil tindakan tegas terhadap pihak yang bertanggungjawab, hukuman penjara boleh dikenakan hingga 10 tahun,” katanya.

Dilaporkan, ini bukan kali pertama insiden seperti itu berlaku.

Sebelum ini, terdapat sekurang-kurangnya tiga kejadian lain membabitkan pekerja kehilangan jari.

Sementara itu, Kementerian Sumber Manusia mengarahkan semua operasi di rumah sembelihan tersebut dihentikan sehingga terdapat bukti dokumen pekerja dilatih untuk mengendalikan mesin.

Menurut pengurusan restoran, pihaknya sentiasa mematuhi semua peraturan keselamatan makanan. -CARI

Sumber: Utusan

Bagus

Marah
2

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote syazwan92 17-9-2021 10:48 AM
Boleh trauma kalau iols kena macam ni {:cryrun
Quote cucutokwan89 17-9-2021 11:25 AM





Quote Scheherazade 17-9-2021 11:31 AM
Samada mmg x mkn burger dah la lps tu @ klu mk, mesti check patty burger tu thoroughly gittew
Quote Adrif 17-9-2021 11:56 AM
jadi Raja Bersiong
Quote kemaruk 17-9-2021 12:00 PM
bangkem dah kurangkan makan makanan dah diproses nih

hotdog tu dorang masukkan sekali limpa perut usus paruh otak ayam
Quote angelofish 17-9-2021 12:08 PM
80 kg...dah exciden berdarah pon tetap jual.tak nak rugi
Quote nakkomenjugak 17-9-2021 12:27 PM
kesiannnn
nasib jumpa jari
kalau jumpa totey?
trauma laaa sisss nak makan burger lepas ni
Quote Artemesiaa 17-9-2021 12:31 PM
Euwww betul2 kes nyanya selayaknya disaman
Quote Tokeybundle 17-9-2021 12:36 PM
Putus selera.dah byk kes putus jari pun tokey rmh sembelihan tu bt x tau je.blh terus beroperasi.
Quote evlinne 17-9-2021 12:56 PM
kemaruk replied at 17-9-2021 12:00 PM
bangkem dah kurangkan makan makanan dah diproses nih

hotdog tu dorang masukkan sekali limpa perut ...

Bangkem duduk area lembah klang tak? Kalau ya, boleh try hotdog keluaran Dr.zainol
Sbb hotdog dia guna daging ayam organik 100% dada. Ada saiz jumbo jugak tapi pricey
Quote kemaruk 17-9-2021 01:02 PM
evlinne replied at 17-9-2021 12:56 PM
Bangkem duduk area lembah klang tak? Kalau ya, boleh try hotdog keluaran Dr.zainol
Sbb hotdog di ...

tak pernah dengar.. jual katne?
boleh je nak try


teringat lagi zaman kecik2 dulu.. hotdog sedap sangat

bekal pergi sekolah masa sekolah rendah nasi putih dengan hotdog + sos je

hotdog zaman sekarang rasa macam bahan kimia je even jenama yang mahal

Quote JohnyEnglish 17-9-2021 01:15 PM
kemaruk replied at 17-9-2021 12:00 PM
bangkem dah kurangkan makan makanan dah diproses nih

hotdog tu dorang masukkan sekali limpa perut ...

Hot dog Ramli buatan Isele pun sama kew?
Quote edayildiz 18-9-2021 01:23 AM
gelinya oi..terus trauma ..so xyah la mkn mknn diproses ni..time terliur sgt jah beli hotdog/ nugget
Quote evlinne 18-9-2021 06:35 AM
kemaruk replied at 17-9-2021 01:02 PM
tak pernah dengar.. jual katne?
boleh je nak try



Boleh try cari kat az zain mart
Tak pun bangkem try follow fb dr.zainol dia ada bagi list pengedar dia

Dia ada sosej ayam, lembu. Brand khaleel pun ok jugak bangkem sbb healthy
Sosej jumbo dorang bawah RM20 tak silap, iols pun dah lama tak beli sosej
Teringin pulak buat popia carbonara takpun karipap letak sosej jumbo ni hehehe
Quote Trumpettt 18-9-2021 07:08 AM
Soalannye, apa rasa daging manusia...
Quote darkness 18-9-2021 07:14 AM
sampai bila2 trauma
Quote raxief 18-9-2021 03:50 PM
peh, baru tertengok cite thailand.. meat grinder

Lihat semua komen(17)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-12-2024 08:40 PM GMT+8 , Processed in 0.079660 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top