Nampaknya, penyanyi Iman Troye semakin selesa dengan pencapaiannya sebagai pendatang baru apabila berjaya membolosi dua kategori pencalonan awal Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) Ke-34 bagi kategori Artis Baharu Wanita Popular dan Penyanyi Wanita Popular.
Iman atau nama sebenarnya, Siti Nur Alyssa Sahabudin tidak menyangka namanya sangkut dalam anugerah berprestij yang mengangkat tema #KITABERSAMA. "Alhamdulillah, saya tak sangka nama membolosi dua kategori. Jujurnya, saya terkejut, namun gembira sebaik mengetahui berjaya membolosi dua pencalonan. "Saya belum layak memandangkan masih merangkak sebagai pendatang baharu dalam industri muzik. Apapun, saya mengucapkan terima kasih kepada peminat yang sentiasa menyokong saya. "Terima kasih menerima karya saya dan berharap mereka terus menyokong saya sampai bila-bila," katanya kepada BH Online.
Sumber: BH Online
|
Daftpunk_shine replied at 17-9-2021 04:11 PM
Cantik pulak beg prada hijau iman ni..
ADVERTISEMENT