Malang nasib wanita hamil ini apabila dia menjadi mangsa kekejaman pasangan sendiri. Menerusi kejadian pada 14 September lalu, Maria Jose yang sedang hamil 12 minggu dirakam sedang membuat percubaan untuk terjun dari tingkap bangunan kediamannya.
Menurut laporan media tempatan, ia bukanlah kejadian pertama seumpamanya, malah ia sudah berlarutan sejak dua tahun lalu. Difahamkan, pasangan Maria iaitu Vitor Batista sering menggunakan kekerasan akibat cemburu buta. Wanita berusia 35 tahun itu mengakui dia sering dipukul oleh pasangannya yang bekerja sebagai pemandu teksi.
"Dia sangat cemburu. Dia tak benarkan saya keluar berjalan," dakwa wanita yang menetap di bandar Duque de Caxias, Rio de Janeiro, Brazil itu. Selasa lalu, jirannya membuat laporan polis yang membawa kepada penahanan lelaki itu. - CARI Sumber: Daily Star
|
genUmi replied at 18-9-2021 01:52 PM
aku rasa tak bagi keluar bukan sebb cemburu, tapi sebab lain hehehe
genUmi replied at 18-9-2021 01:52 PM
aku rasa tak bagi keluar bukan sebb cemburu, tapi sebab lain hehehe
ADVERTISEMENT