CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Harris Annuar Berubah Kerana Cemburu Dengan Siti Sarah

18-9-2021 02:12 PM| Diterbitkan: Lilrose| Dilihat: 7395| Komen: 39|Original author: Oleh: LilRose

Kredit foto: IG


Semakin banyak perkongsian berunsur keagamaan dikongsikan menerusi Instagram Harris Annuar sejak kebelakangan ini.

Jika dilihat, pelakon dan pengacara berusia 28 tahun itu sering juga menyertai aktiviti dakwah.



Malah, sama seperti kebanyakan selebriti dia juga berguru dengan pendakwah kesayangan ramai, Ustaz Ebit Lew.



Apa yang membuat Harris kini berubah?

Berkongsi cerita dengan GEMPAK, pemergian Siti Sarah Raisuddin menjadi antara sebab titik permulaan penghijrahannya.

"Kalau ingin diceritakan agak panjang, tetapi antara sebab mengapa saya berubah adalah selepas melihat kematian Siti Sarah. Ketika arwah pergi, ramai yang mendoakan kesejahteraannya. Saya sangat cemburu kerana bagi saya, arwah pergi dengan cara yang sangat mulia. Orang kata meninggal dalam husnul khotimah.

"Sewaktu menyaksikan tahlil yang dibuat untuk arwah juga, saya berasa terpegun melihat ramai rakan-rakan artis yang telah berubah. Jadi, saya bertanya kepada diri sendiri, bila giliran saya mahu berubah?

"Pada sebelah malamnya, saya mendapat mimpi yang saya pula akan meninggal dunia. Dari situ saya tahu yang Allah ingin tunjukkan sesuatu kepada saya,??? ujarnya.




Ramai berpendapat seseorang artis perlu meninggalkan dunia hiburan setelah berhijrah, bagaimana pula dengan Harris?

"Ebit menggalakkan saya untuk menggunakan platform yang ada dalam menyebarkan kebaikan. Saya juga jadikan hijrah ini sebagai platform untuk meraih seberapa banyak ilmu yang boleh. Saya takut kalau mati nanti saya tiada ilmu,??? jelasnya.



Tambah Harris, semakin lama dalam industri dia semakin mengabaikan soal aurat.

Bagaimanapun, sebaik berhijrah dia cuba istiqamah menjaga diri dan aurat setiap masa walaupun ketika berlakon dan bersukan.



Semoga Harris terus istiqamah dan kuat semangat agar tidak terkandas di tengah perjuangan ke jalan Allah. - CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote trexxxxxi 18-9-2021 02:21 PM
Maap ler tadak komen molia nak bagi
Lagi2 bila hang dok tersengih-sengih bersama lelewbit


Quote cicicumel 18-9-2021 02:27 PM
Hebat  Team PR Ebit liew.. Semua retis laki muda2 dia approach.
Quote LadyCarefree 18-9-2021 02:36 PM
Apa benda merepek dia berani claim dah wajib syurga untuk mamat tu?
Quote LembingDayanti 18-9-2021 02:40 PM
ewwwwwwwwwww
Quote OyaTonggek 18-9-2021 02:50 PM
meols tapayah la nk baca karangan tu sumer pun dah tau shiapa gerangan ugamawan bimbingan ummah retis skang ni, dh jadi trend pulak..makin mendonia lelewbit skang, tonggeng ugama selagi boleh...Woiii! cari ustaz yg bertauliah la ngokk!
Quote OyaTonggek 18-9-2021 02:53 PM
"Saudaraku, disebalik ujian ada rahmat"






kemahen tiset memasing
Quote slyfynx 18-9-2021 02:55 PM
Aku risau mende ni bermusim.
Sbb trend semua tabligh skrg...
So semua nk join, jumping on the bandwagon.
Satgi abis, lupe camtu je.
Harap2 x la
Quote anony-mous 18-9-2021 03:04 PM
Arghhhhh jijik dan benci!!! Xpernah2 ada record so called ostat kat malaysia ni recruit retis2 tahap ni
Quote anony-mous 18-9-2021 03:06 PM
slyfynx replied at 18-9-2021 02:55 PM
Aku risau mende ni bermusim.
Sbb trend semua tabligh skrg...
So semua nk join, jumping on the band ...

I bet 150% trend jah. Tgk lg setahun dua. Silap2 xsmpai. Mmg realiti iman ni ada turun naik, so xpyh la beria2 mcm ni
Quote cupu 18-9-2021 03:08 PM
tetaplah jua daku cannot go tgk kamu...cringe sgt..dgn mulut luas nganga2 bajet kelakar sgt usik kakton.
Quote makcun14 18-9-2021 06:03 PM
Bosan tul ngan ebit lew inieh. I tak pernah terpedaya dengan dia.
Sesuatu sangat!!
Quote edayildiz 18-9-2021 06:05 PM
heshe ni tulen ke..
Quote pxlbb 18-9-2021 06:05 PM
Sini hakak nak pesan kat adik2 bbnu

Kerja nak tambah iman dan taqwa ni tak perlu beritahu orang dek. Bukan kerana berubah pakaian boleh berubah hati. Jalan agama ni jalan offline dek. OFFLINE. Nak seru org buat baik takpe tp kalau nak tunjuk baik aiseh something wrong dah situ ye.
Quote pxlbb 18-9-2021 06:06 PM
anony-mous: Arghhhhh jijik dan benci!!! Xpernah2 ada record so called ostat kat malaysia ni recruit retis2 tahap ni


Samala dgn trend niqob mata bulu pelesu kening trimmed
Quote RatuDunia94 18-9-2021 07:36 PM
Kena ingat IMAN ni ada pasang surutnya.. jangan merana kita dh ubah penampilan dan baru sehari join tabligh kita dh terpaling suci dan beriman.. seeloknya buat lah secara privasi.
Quote AyaqMeloSuam 18-9-2021 07:56 PM
Sayuuuuu....{:childlike
Quote doubleharmonic 18-9-2021 07:59 PM
sooooo? bukan nya ko ikhlas nak berubah pon khenss tapi sebab cemburu kat sarah lah dapat mimpi meninggal dunia lah apoooo? dok ikot bontot osim tu jah pon bukan nya ko pi belajar dengan pakar agama yang sahih? ko tengok jah syuk babi tu hujung2 taubat taligh hijrah ke laut masih jugak hadap skandal fara psycho tu apooo?
Quote Whitney72 18-9-2021 08:30 PM
pxlbb replied at 18-9-2021 06:05 PM
Sini hakak nak pesan kat adik2 bbnu

Kerja nak tambah iman dan taqwa ni tak perlu beritahu orang d ...

Terbaik Sis..betul tu.
Quote makadek 18-9-2021 09:59 PM
Perlu ke ada walabruk menempek puih

Lihat semua komen(39)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 08:57 AM GMT+8 , Processed in 0.055721 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top