Kebelakangan ini, isu menjaga kebersihan alam sekitar di kawasan perkelahan menjadi perbualan hangat warga maya susulan penularan foto sampah sarap yang dibiarkan di kawasan rekreasi. Pelakon dan usahawan, Shaheizy Sam tampil berkongsi pengalaman lamanya sejurus habis merokok.
Menurut Sam, dia mempunyai tabiat buruk sering membuang puntung rokok merata sehinggalah pelakon berusia 39 tahun ini ditegur kenalan. “Sampailah satu hari kawan saya tegur dan tanya saya kenapa nak kena buang puntung rokok macam tu? Saya jawab, tak tahu nak buang kat mana dan dah nampak banyak puntung rokok dekat situ,” katanya. Suami kepada pelakon Syatilla Melvin ini menambah, adalah sangat penting untuk menjaga kebersihan kerana ia juga merupakan satu tuntutan dalam agama. “Setiap kali nak buang punting rokok, kena ingat yang Allah marah kita kalau buat kotor. Jadi mula dari situ, saya akan cuba menjaga supaya saya tak nak buat kotor.
“Sebelum kita buang, kita fikir dulu Tuhan pasti mesti marah kalau kita buat kotor. Betul tak? Jangan buang sampah merata-rata Tuhan marah,” katanya.
|
ADVERTISEMENT