CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Sudu Ajaib Simbol Perjuangan, Kebebasan Palestin

18-9-2021 04:19 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2362| Komen: 4

Selepas beberapa hari enam tahanan Palestin berjaya meloloskan diri dari penjara Israel dengan mengorek lubang menggunakan sudu, penduduk Palestin malah di kebanyakan negara di Asia Barat masih meraikan kejayaan tahanan berkenaan.



Kredit foto: Twitter

Tanda pagar ‘the miraculous spoon’ (sudu ajaib) berterusan menjadi sebutan orang ramai sebagai simbol perjuangan Palestin.

Malah, sudu kini diletakkan di samping bendera Palestin sebagai simbol baharu ‘kebebasan’ Palestin yang sekian lama dijajah rejim Zionis.

Tindakan itu sebagai menghargai dan rasa bangga terhadap enam tahanan Palestin yang berjaya memboloskan diri dari Penjara Gilbao, Israel, hanya ‘bersenjatakan’ sudu.


Kredit foto: Kredit foto: Times of Israel


Keenam-enam mereka melarikan diri melalui terowong yang dikorek pada 6 September lalu.

Roslan Mahajana, peguam kepada salah seorang tahanan yang ditangkap semula memberitahu AFP, anak guamnya, Mahmud Abdullah Ardah me-ngatakan dia menggunakan sudu, piring dan tempat pegang cerek untuk menggali terowong.

Menurut Roslan, anak guamnya mula mengorek lubang pada Disember lalu.

Seorang penulis, Sari Orabi berkata, dengan tekad hanya menggunakan sudu, orang Palestin boleh melarikan diri manakala musuh pula tidak mustahil dapat ‘dipenjarakan’ selepas ini.


Kredit foto: alarab.co.uk

Kartunis Palestin, Mohammed Sabaaneh pula berkata, kejayaan tahanan terbabit mendedahkan sistem keselamatan Israel menjadi bahan ejekan.

Dia telah membuat beberapa lukisan yang memaparkan perkakas, termasuk lukisan berjudul ‘Terowong Kebebasan’.

Bukan sahaja di Palestin, isu tersebut mencetuskan kekaguman penduduk di luar dengan sudu dibawa ketika demonstrasi menyokong tahanan berkenaan.




Di Kuwait, pengukir, Maitham Abdal mengukir tangan dengan kuat menggenggam sudu yang digelarnya ‘sudu kebebasan’.

Begitu juga pereka grafik di Amman, Raed al-Qatnani menghasilkan imej siluet jambatan ke arah kebebasan menggunakan subjek sudu.

Di Tulkarem, sebuah kota di Tebing Barat yang dijajah oleh Israel sejak 1967, kejayaan tahanan terbabit membawa kembali kenangan bagi Ghassan Mahdawi.


Kredit foto: anadolukamu.net

Dia dan seorang banduan lain melarikan diri dari penjara Israel pada 1996 melalui terowong yang digali menggunakan paku.

Dia ditangkap kerana menyertai kumpulan bersenjata semasa intifada pertama, yang berlangsung hingga awal 1990-an.

“Melarikan diri dari penjara Israel adalah sesuatu yang difikirkan oleh tahanan. Melakukannya dengan sudu, ia cukup bersejarah,” katanya.


Sumber: Utusan
2

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sarah82 18-9-2021 04:52 PM
Sudu.. Aku teringat kisah 1 sungai kat bangkok yg dibina oleh tawanan perang org2 melayu kedah dan pattani
Quote nakkomenjugak 19-9-2021 01:35 AM
Go ahead fight for your freedom!
Quote AdamHaris 19-9-2021 02:35 PM
saya di sini mendokan kesejahteraan rakyat palestine
Quote KamikuP 20-9-2021 02:41 PM
Tiap2 hari meolss mendoaakan pembebesan Palestin setiap kali lepas solat fardhu mahupun solat sunat. Aamin.

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-12-2024 09:41 PM GMT+8 , Processed in 0.195111 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top