Dalam situasi industri hiburan yang baru sahaja bernafas, rupa-rupanya penyanyi Ramlah Ram sudah terlebih dahulu bertakhta dengan lagu baharunya di radio tempatan. Lagu "Aku Ubatinya Lagi" yang dilancarkan pada bulan Julai baru-baru ini sudahpun beberapa minggu mendapat tempat pertama di Selangor FM dan Melaka FM. Bagi Ramlah, 56, ianya bukan kejayaannya seorang, tetapi juga kejayaan peminat yang sentiasa mengundi dan stesen radio yang rajin memainkan lagunya.
Istimewanya adalah ia lagu pertama dari komposer Ajai sepanjang tiga dekad dalam industri nyanyian, seperti yang dilaporkan Berita Harian. "Ia lagu pertama ciptaan Ajai untuk saya
selepas lebih tiga dekad bergelar penyanyi. Sebelum ini, bukan saya
tidak mahu menyanyikan lagu Ajai, namun, rezeki belum ada. Justeru, apabila Ajai menawarkan saya menyanyikan lagu ini, saya terima tanpa banyak bicara." Wah! Masih berbisa aura Ramlah Ram dalam lambakan lagu BBNU saat ini. - CARI |
princessmiang replied at 20-9-2021 08:48 AM
kak melah suara dah suara nenek2. tapi sedap lagi.
lagu dengan sleeq ke apa tah dulu 5 minit kot ...
ADVERTISEMENT