Remaja perempuan di Amerika Syarikat mengahwini lelaki berusia 42 tahun lebih tua daripadanya, lapor Metro UK. Anggota polis tentera, Audrey Cheyanne-Smiley Moon, 19, berkahwin dengan Kevin, 61, yang dikenali melalui satu aplikasi pacaran, Badoo pada Januari tahun lalu.
Biarpun jarak usia 42 tahun, Audrey berkata, dia tertarik dengan biodata Kevin dalam aplikasi itu yang menyebut bahawa lelaki itu merupakan veteran polis tentera. Selepas beberapa bulan berkenalan di alam maya, mereka berpacaran secara rasmi dan bertemu buat pertama kali pada Julai tahun lalu sebelum melangsungkan perkahwinan pada 1 Ogos lalu di Nevada. “Saya teruja dan gementar untuk bertemu dengannya. “Kevin memulakan langkah dalam memikat saya. Kami berdua bersetuju bahawa ini merupakan cinta pandang pertama,” kata Audrey.
Kedua-dua Audrey dan Kevin tidak pernah menjalin hubungan dengan perbezaan usia yang ketara, namun mereka percaya bahawa ia tidak membawa apa-apa makna memandangkan mereka berkongsi banyak persamaan. Memandangkan Kevin lebih berusia berbanding ibu dan bapa Audrey, pasangan itu pada mulanya merahsiakan hubungan mereka. “Keluarga saya pada mulanya amat menentang hubungan ini dan apabila saya pulang ke rumah, saya terkejut melihat polis sedang menunggu di luar. “Ia amat menakutkan namun selepas mengenali Kevin, mereka mula menyukainya,” kata Audrey. Pasangan itu juga mahu menghilangkan stereotaip negatif mengenai jurang umur dan berkata, mahu menunjukkan kepada dunia bahawa hubungan mereka adalah atas dasar cinta sepenuhnya. Sumber: Harian Metro
|
nakkomenjugak replied at 19-9-2021 11:32 PM
macam mana la ummah murica memandang deyol di jalanan?
ADVERTISEMENT