CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tak Tenang Fikir Nasib Sungai Pisang, Suami Isteri Dan Rakan Sanggup Pikul Sampah

19-9-2021 10:22 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 4827| Komen: 28

"Memang penat, tapi sayang hutan punya pasal kami sanggup kutip dan pikul sampah yang dibuang manusia tidak bertanggungjawab," kata Mohd Shukri Mohd Salehuddin.

Lelaki berusia 32 itu berkata, dia tidak boleh duduk diam sebaik mendapat maklumat kawasan air terjun Sungai Pisang, Gombak, Selangor dipenuhi sampah sarap.




Katanya, melihat lokasi rekreasi itu dicemari mengundang sebak dan kecewa dalam dirinya yang juga peminat sukan pendakian.

"Kami dapat tahu daripada rakan kami yang Sungai Pisang penuh dengan orang dan banyak sampah yang ditinggalkan selepas beriadah di situ.

"Jadi, saya bersama isteri dan empat lagi rakan buat keputusan ke sana dan kutip sampah semampu kami pada 12 September," katanya.

Menurutnya, kumpulannya tiba seawal 6 pagi di kawasan air terjun dan mengambil masa satu jam membersihkan kawasan sekitar.

"Selepas pasang khemah, kami solat Subuh di situ dan baru mula bersihkan kawasan sekitar.


"Sangat menyedihkan, banyak plastik, bekas makanan, botol air, kertas, tapak kasut dan puntung rokok di situ," katanya.

Mohd Shukri berkata, lebih membebankan apabila mereka terpaksa memikul tiga plastik sampah besar secara bergilir-gilir selama 40 minit sambil mengharungi trek untuk sampai di kawasan pembuangan sampah di tempat letak kereta.

"Tidak susah sebenarnya nak bawa balik sampah selepas beriadah di sungai, hutan mahupun tempat awam.

"Yang susahnya bila kena angkat sampah yang bertimbun, jadi saya sangat berharap orang ramai lebih bertanggungjawab soal isu ini," katanya.


Kredit foto: Twitter

Katanya, dia turut berkongsi usaha itu di Twitter dan tidak menyangka ia mendapat perhatian ramai.

"Kami harap dengan usaha kami ini, orang lain dapat menjadikannya inspirasi untuk menjaga alam sekitar.

"Apa yang dibawa perlu dibawa keluar sekali, menjaga kebersihan alam sekitar itu penting sebab orang kita mesti nak datang menikmatinya lagi," katanya.


Sumber: Harian Metro
2

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote LadyCarefree 19-9-2021 10:25 PM
Benci gila dgn manusia pengotor
Quote HappyGumbira 19-9-2021 10:27 PM
tahniah en mohd syukri n team. yg tinggalkan sampah mmg hanat. selayak nya korang bkurung je kat rumah. xde tamadun
Quote edayildiz 19-9-2021 11:18 PM
semoga yg buat sampah tu jadi gatal2 kulit dorg
Quote nakkomenjugak 19-9-2021 11:37 PM
Moga yang buang sampah tu terkena kencing tikus.
Time nyawa jadik pertaruhan time tu laaa baru nak tobat
Macam tak kenal ummah malaya ni
Quote kotakominami 19-9-2021 11:40 PM
Semoga musibat yg buang sampah merata tu terkena badi kt sana....
Quote dua_chzy 20-9-2021 12:07 AM
Doakan aje la kiok kena covid.
Quote dua_chzy 20-9-2021 12:08 AM
Ke arah kumpulan manusia berkualiti 2023.
Quote DARSITA 20-9-2021 12:35 AM

Dkt mana ya air terjun ini? zaman dulu dulu pernah masuk hutan di Gombak (tak jauh dgn kg orang Asli) ada satu air terjun di situ. Tak lah besar cenonit jer air terjun itu .. orang bunian pun tak hingin nak guna.
Quote Mini.Me 20-9-2021 08:20 AM
Org lain yg buat sampah org lain yg kena kutip...sampah masyarakat betoi laa
Quote pxlbb 20-9-2021 08:52 AM
Iols single dulu biasa je join group cuci pantai cuci gunung. Tapi sampah paking iols geli is pampers baby penuh taik & pad perempuan. Geli siakkkk

Sial betul sape yg buang tu. Binatang pun pandai tanam taik. Ni lagi bodo dari binatang
Quote xAthenax 20-9-2021 08:56 AM
Yang perangai hanat ni
akan breed another generation of superhanat
tinggal sampah sarap merata
jenis yang baling sampah dari tingkat sapluh gitu
Quote slyfynx 20-9-2021 09:01 AM
Sial la manusia yang buang sampah rata2 ni.
Bawak la beg sampah kalau ke mana2.
Aku dalam kete pun mmg ade plastik sampah, walaupun just gantung blkg seat.
Paling sial yang lepas minum or makan, campak kuar dari kete.
Rase nk amik je, baling balik kt muka diorang.
Tenyeh2 sekali kalau perlu
Quote grouper 20-9-2021 10:27 AM
Penunggu tempat2 mcm ni x buat keje ke...dh buat onar kat tempat2 yg byk makhluk halus ni patut penunggu tempat tu marah,p la rasuk or ikut balik rumah org2 yg buat onar tu.. bagi pengunjung seterusnya takut nak buang sampah dh..
Quote ninja boy 20-9-2021 10:41 AM
Yg sayang alam sekitar hanya 10 of 200
Quote maitang 20-9-2021 11:46 AM
nk bercuti tempat nature yg bersih tp tinggalkan sampah. common sense kot. syabas syuk, mira and kawan2.
Quote namr 20-9-2021 12:13 PM
Sapa yang buang sampah merata ni memang babi
Quote wanawina 20-9-2021 12:22 PM
meols paling rengsa kalau buang pampers dekat pokok2. pengotor betul.
Quote KamikuP 20-9-2021 12:55 PM
Moga rumah org yg buang sampah ni tandas dia tersumbat keluor taik2 memenuhi segenap ruang rumah selama 7 hari 7 malam
Quote hanihan16 20-9-2021 01:00 PM
semoga yang tinggalkan sampai kat situ tu tiap tiap malam mimpi ditenggelami sampah sarap basah dan pampers busuk tak boleh2 keluar. tiap tiap malam ok!

Lihat semua komen(28)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-12-2024 05:06 PM GMT+8 , Processed in 0.220959 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top