CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Staf, Sekolah Disaman Bapa RM4.1 Juta Kerana Tolong Potong Rambut Anak

20-9-2021 10:07 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 5096| Komen: 30

Seorang bapa mengambil tindakan undang-undang ke atas kakitangan di sebuah sekolah di Michigan, Amerika Syarikat (AS) setelah rambut anak perempuannya dipotong tanpa kebenaran.

Jimmy Hoffmeyer mengemukakan tuntutan ASD1 juta (RM4.1 juta) terhadap Mount Pleasant Public Schools, seorang pustakawan dan pembantu guru pada Selasa lalu, lapor People.



Kredit foto: Jimmy Hoffmeyer / AP

Tuntutan itu turut mengambil kira dakwaan diskriminasi kaum, menimbulkan ketakutkan etnik serta melanggar hak Perlembagaan anak perempuanya yang berusia tujuh tahun.

Sebelum ini, Hoffmeyer berkata, anaknya, Jurnee harus mendapatkan gaya rambut yang tidak simetri setelah rakan sekelasnya memotong satu sisi rambutnya dengan beberapa inci.

Beberapa hari kemudian, anaknya pulang ke rumah dengan potongan rambut yang berbeza.

Katanya, pekerja sekolah yang bertanggungjawab memotong rambut anaknya adalah individu berkulit putih.


“Defendan gagal melatih, memantau, mengarah, mendisiplinkan serta mengawasi pekerjanya dengan baik.

“Dan mengetahui atau seharusnya mengetahui bahawa para pekerja akan terlibat dengan aduan yang dikemukakan kerana wujudnya latihan, adat, prosedur dan kebijaksanaan yang tidak tepat serta kekurangan disiplin yang ada untuk pekerja,” kata tuntutan itu.


Keadaan rambut Jurnee setelah dipotong. 
Kredit foto: Jimmy Hoffmeyer / AP

Sementara itu, pihak sekolah dalam satu kenyataan berkata, Jurnee tidak senang dan tidak berpuas hati dengan gaya rambutnya setelah dipotong murid lain.

“Jurnee kemudian meminta seorang pekerja perpustakaan membantu memperbaiki rambutnya ketika lawatan kelas ke perpustakaan,” katanya.

Pihak sekolah berkata, guru Jurnee juga dimaklumkan mengenai perkara itu.

“Hanya kerana ingin berniat baik, tindakan ini (saman) tidak dapat diterima dan menunjukkan kurangnya pertimbangan kepada kedua-dua pekerja kami.

“Kedua-dua pekerja kami telah mengakui tindakan mereka dan meminta maaf,” katanya.

Tambahnya, pekerja kulit putih yang memotong rambut Jurnee mungkin akan berdepan dengan penamatan perkhidmatan.

Siasatan juga tidak menemui bukti mengenai berat sebelah antara kaum, kata sekolah itu.

“Kami akan mempertahankan secara agresif terhadap tuduhan tidak berasas ini di mahkamah dan sama sekali tidak akan mengalihkan perhatian kami mengenai misi untuk menyediakan setiap kanak-kanak mendapat pendidikan bertaraf dunia bagi mempersiapkan diri mereka untuk kuliah dan kerjaya,” kata sekolah itu. 


Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut
1

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Dwdrum 20-9-2021 10:26 AM
Budak mulatto lah ini.. Jadi dekat anak akak pun akan saman... Dari rambut comel instant noodles terus jadi begitu depa potong...
Quote shernazz 20-9-2021 10:46 AM
Dwdrum replied at 20-9-2021 10:26 AM
Budak mulatto lah ini.. Jadi dekat anak akak pun akan saman... Dari rambut comel instant noodles ter ...

Apa tu mulatto kaka?
Bg iols rambut mcm ni sayang woo bak potong...
Cantiks semulajadi
Quote Yokot 20-9-2021 10:48 AM
Edited by Yokot at 20-9-2021 10:56 AM

Cantiknya rambut, ai suka sangat tgk baby pompuan rambut ala ni. Comel sangat tpi tu lh nk jga susah sket.

Hri tu nmpk sorang model bdk pompuan. Emk kulit putih bapa black. Ank pompuan dorang comel giler. Kulit putih, hidung mancung, mata biru, rambut perang tpi kerinting mcm ni.Jarang tgk mix black ni mata baby warna biru.
Quote naina 20-9-2021 11:34 AM
Memang angin aku. Abang ipar aku pun suka hati potong rambut anak2 aku. Bodoh betol. Habis aku maki kakak dengan laki dia tu. Marah sungguh aku balik2 tengok rambut 3-3 anak aku hampir botak. Sampai sekarang aku mendidih.
Quote Dwdrum 20-9-2021 11:49 AM
shernazz replied at 19-9-2021 06:46 PM
Apa tu mulatto kaka?
Bg iols rambut mcm ni sayang woo bak potong...
Cantiks semulajadi


Anak caucasian mixed with black....
Rambut cantik... lambat mahu panjang.... Kasihan budak perlu tunggu berapa tahun untuk panjang begitu..
Tapi parent yang rambut anak begitu depa buat braid... pakai head band or letak hair gel...
Quote Scheherazade 20-9-2021 11:52 AM
Sian budak comel ni
Quote CupingTelinga 20-9-2021 12:13 PM
agaknya klau laki aku ni, berapa juta dia nak saman klau org lain potong rambut anak dia? hahahhahah
dia siap cakap jgn sape2 berani potong rambut anak dia hahah !! bila baca berita ni baru aku fhm knapa, rambut tu org ckp mahkota la kan.  means, identity seseorang tu, maruah dia, hak peribadi dia. nak2 lagi anak prempuan. anak aku rambut perang la x hitam la mcm org lain, smula jadi Allah jadikan. tu pun laki aku dh warning. ni kan pula rambut curl camtu, di potong dan di pendekkan . jaga ank sndiri dah la weh, jgn sebojk rmbut anak org lain
Quote naina 20-9-2021 12:27 PM
CupingTelinga replied at 20-9-2021 12:13 PM
agaknya klau laki aku ni, berapa juta dia nak saman klau org lain potong rambut anak dia? hahahhahah ...

Ala ni kes kalau balik kampung mula lah atok nenek pak cik makcik duk sibuk rimas lah macam perempuan lah. Halah2 kita yang tengok hari2 tak rimas, rasa comel je..gatal la mulut dan tangan masing2 nak potong. Dan benda tu dah terjadi pun kat anak aku.  Laki aku sejak wfh pun mmbela jugak. Pun dorang sibuk2 Suh potong. Laki aku ok je. Aku pun ok je. Dia cakap masa ni jelah boleh bela ckit. Nak dah masuk opis tak boleh dah..sama la dgn anak aku. Yg pasti potong kedai bukan kat tangan orang tak reti. Asal sedap mata dorang yg sesekali tengok plak. Aku yg sakit hati hari2 tengok
Quote innocent_me 20-9-2021 01:08 PM
Entah la manusia taksub sgt dengan rambut lurus .
Kt malaysia ni melayu n cina taksub rambut lurus.
Anak aku, rambut kerinting gitu la sbb bapak dia campur arab.
Tapi aku serabuttttttttttttttttttttttttttt sngt dengan orang lain yg sibuk dengan rambut anak aku.
Suruh pendekkan macam jantanlah, konon serabut tengok. Eh tiber kau serabut tengok??
Gi salon pun, si cina tu tak habis2 suruh luruskan rambut budak tu.
apesal nk luruskan rambut budak tu...kemain org lain habis ratus2 gi perm rambut. apesal nk luruskan rambut anak aku?
Kesian anak aku baru sekolah rendah dah ada masalah self esteem sbb org buat dia mcm pelik sangat dengan rambut curly.

Padahal anak aku punya comel rambut kerinting perang2, aku syampu, aku buh mask. lembut wangi je rambut dia tp org rengsa tengok.  Macam nk lempang je org yg komplen tu.
Quote uori 20-9-2021 01:16 PM
aku dulu kekecik rambut panjang sungguh.
mak tiri curi2 bawak potong rambut aku, terus demam seminggu.
sebab dekat 15 tahun tak pernah potong.
hanat punya mak tiri
Quote kuchenta_81 20-9-2021 01:25 PM
innocent_me replied at 20-9-2021 01:08 PM
Entah la manusia taksub sgt dengan rambut lurus .
Kt malaysia ni melayu n cina taksub rambut lurus. ...

Ni sama macam emak i cakap bila i nak luruskan rambut yang agak curl kat bahagian bawah. "ko poi tengok kodai kek Pilah tu ado ke tulih kodai lurus rambut? takdo. yang ado tulis kodai kerinting rambut yo". dari dulu orang memang buat kerinting rambut kan. skang je moden nak rebonding bagai.
Quote green~tea 20-9-2021 01:55 PM
Perlu ke saman berjuta... mcm la rambut anak dia tu boleb bagi income.. ape dia justify utk saman berjuta tu
Quote isseliparjepun 20-9-2021 02:05 PM
Ingatkan budak lelaki, budak perempuan rupanya. Kes I lain pula. I teringat zaman I sekolah classmate I suka pakai songkok. Once spotcheck rupanya rambut heols ada ekor. Dia sengaja bela ada la ukur lilit jari kelingking tu, then panjang pulak tu lebih paras dada. Memang kena potong la jawabnya.
Quote sukacactus 20-9-2021 02:44 PM
Ank aku rambut curly yg seketul2 tu
Panjang sampai belakang badan
Pergi mana2 mesti ada yg tya natural curl ke buat
Quote nononcrux 20-9-2021 03:32 PM
emm ntah la, agknye balik2 tengok muka ank tak comel mcm selalu tu yang saman berjota2 tu.. kadang kite pon tak terima kedai cut hair kita tak ikut citarasa hahah
Quote edayildiz 20-9-2021 03:50 PM
cantik rambut bdk ni..masa kecik dulu i pun rengsa auntie i suka potong rmbut  ..kt depan jd straight..xreti nk explain tp i xsuka
Quote supermum 20-9-2021 04:10 PM
Edited by supermum at 20-9-2021 04:11 PM

Masa anak aku kecik rambut panjang curly, siap-siap dah aku pesan kalau ada sesapa pandai-pandai potong rambut anak aku siap. Sebab nenek aku dah beberapa kali hint rambut budak kecik yang panjang, rimas. Hahha kena pesan awal sebab family ada history potong rambut budak tanpa kebenaran
Quote Gianna111 20-9-2021 04:14 PM
CupingTelinga replied at 20-9-2021 12:13 PM
agaknya klau laki aku ni, berapa juta dia nak saman klau org lain potong rambut anak dia? hahahhahah ...

teringat kat abg ipar i..abang ipar i pun salah seorang yang jangan sesekali kau usik rambut anak perempuan aku..rambut anak perempuan dia orang memang lawa silky.
Quote Artemesiaa 20-9-2021 04:16 PM
Ni bukan pasal kena potong rambut je tapi trauma budak tu sebab dipaksa selayaknya disaman

Lihat semua komen(30)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-11-2024 05:29 AM GMT+8 , Processed in 0.044440 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top